Wednesday, December 31, 2014

It's been so long..

Bismillahirrahmanirrahim..

Allahuakbar. Lama sungguh x kesini. Entah apa alasannya..

Busy? Yes.. Kerjaya dan Keluarga..
Malas? Yes jugak.. Maybe sebab ada Facebook dan Instagram. Tapi x jugak selalu update FB dan IG, tgk mood jugak kot.

Yg pasti, sejak adanya Amir Al Farabi. Masa dan hidup kini adalah dia.
Alhamdulillah. How time flies.. Dah setahun lebih usia permata hati kami. Pejam celik pejam celik..
Apa pun, syukur yg teramat ke hadrat Illahi atas peluang ini.
Pengalaman melahirkan, membesarkan anugerahNya sungguh x ternilai harganya. Subhanallah.

Apa ye yg membuatkan Ana untuk kembali menjenguk Diary Kayangan..? Mujur x lupa password, ingat2 lupa actually :)
Fazura! Yes, Fazura. Setiap hari nampak iklan Facing Up To Fazura, teringat2 Diary Kayangan sbb nama blog ni adalah krn Fazura. Dari dulu mmg suka sgt tgk dia, there is a movie long time ago bertajuk Kayangan dan Fazura adlh heroinnya.. So, kerana tu la pilih nama Diary Kayangan. Semoga Fazura sentiasa dilindungi dan dirahmati Allah swt, dikurniakan kekuatan iman, kebahagiaan serta kejayaan dunia akhirat. Amin.

Banyak sebenarnya permintaan rakan2 utk Ana kongsikan tips2 juga pengalaman travel (yg x seberapa ni) sbg panduan mereka. Tapi.. Allahuakbar. Tak pernah berkesempatan nak buat. Insya Allah satu hari nanti. Buat masa ni panduan melalui whatsapp or FB private message je la yg termampu. Tanya dan Ana akan cuba bagi info mana yg termampu Insya Allah. Tapi sejak kahwin, I'm no longer backpacker sebab husband kurang berminat travel cara macam tu. Tp insya Allah blhla share info sikit2 especially on itinerary and how experienced their public transport (metro, tram and so on)
Yg penting, bila nak travel.. plan your travel wisely and keep on searching info as much as u can accordingly. Insya Allah, bila kita niat kan setiap perjalanan tu krn Allah pasti Allah permudahkan.

Mengembaralah, berjalanlah di bumi Allah. Banyak yg perlu dipelajari, dan terlalu banyak untuk disyukuri. Allahuakbar. Keagungan dan kebesaran kuasa Tuhan tiada tandingan. Subhanallah.

Hari ini..hari terakhir 2014. Esok kita melangkah ke tahun 2015. Moga lembaran baru membawa 1000 hikmah buat kita semua, menambahkan ketaqwaan kita pd Allah Azza Wa Jalla.

2014 yg penuh pelbagai cerita begitu juga dgn ujianNya.
Ujian demi ujian, ambil lah ia sebagai peringatan serta kasih sayang Tuhan.
Agar kita tidak alpa juga leka, terbuai indah dgn nikmat dunia.
Semoga Allah kurniakan ketabahan dan kekuatan iman buat keluarga mangsa MH370, MH17 dan juga mangsa2 banjir yg sedang bertarung hebat meneruskan kehidupan. Allahurabbi.

Berat mata memandang, berat lg bahu memikul.
Ujian ini bukan hanya untuk mereka, tapi untuk kita semua.
Bantulah mana terdaya, meskipun cuma doa yg seikhlas2nya.
Sungguh, mereka lah insan terpilih.

Dalam saat kita berdosa, ujian didatangkan untuk menggugurkan dosa2 kita. Malah dalam saat kita beriman, ujian diberi sbg cara untuk meninggikan darjat kita disana nanti.
Betapa besar nya kasih sayang Allah buat hambaNya.

Ya Allah, kami berserah hanya padaMu. Kami ini milikMu, Kau lah pemilik abadi.

La Hawla Wa La Quwwata Illa Billah