Monday, July 6, 2015

Traveller, always a traveller



"Wahai anakku! dunia ini bagaikan samudera tempat banyak ciptaan-ciptaaNya yg tenggelam.
Maka jelajahilah dunia ini dg menyebut nama Allah.
Jadikan ketakutanmu pada Allah sebagai kapal-kapal yang menyelamatkanmu.
Kembangkanlah keimanan sebagai layarmu, logika sebagai pendayung kapalmu, ilmu pengetahuan sebagai nakhoda perjalannanmu dan sabar sebagai jangkar dlm setiap badai dan cobaan"
(Ali bin Abi thalib ra)

Thursday, April 30, 2015

Wednesday, December 31, 2014

It's been so long..

Bismillahirrahmanirrahim..

Allahuakbar. Lama sungguh x kesini. Entah apa alasannya..

Busy? Yes.. Kerjaya dan Keluarga..
Malas? Yes jugak.. Maybe sebab ada Facebook dan Instagram. Tapi x jugak selalu update FB dan IG, tgk mood jugak kot.

Yg pasti, sejak adanya Amir Al Farabi. Masa dan hidup kini adalah dia.
Alhamdulillah. How time flies.. Dah setahun lebih usia permata hati kami. Pejam celik pejam celik..
Apa pun, syukur yg teramat ke hadrat Illahi atas peluang ini.
Pengalaman melahirkan, membesarkan anugerahNya sungguh x ternilai harganya. Subhanallah.

Apa ye yg membuatkan Ana untuk kembali menjenguk Diary Kayangan..? Mujur x lupa password, ingat2 lupa actually :)
Fazura! Yes, Fazura. Setiap hari nampak iklan Facing Up To Fazura, teringat2 Diary Kayangan sbb nama blog ni adalah krn Fazura. Dari dulu mmg suka sgt tgk dia, there is a movie long time ago bertajuk Kayangan dan Fazura adlh heroinnya.. So, kerana tu la pilih nama Diary Kayangan. Semoga Fazura sentiasa dilindungi dan dirahmati Allah swt, dikurniakan kekuatan iman, kebahagiaan serta kejayaan dunia akhirat. Amin.

Banyak sebenarnya permintaan rakan2 utk Ana kongsikan tips2 juga pengalaman travel (yg x seberapa ni) sbg panduan mereka. Tapi.. Allahuakbar. Tak pernah berkesempatan nak buat. Insya Allah satu hari nanti. Buat masa ni panduan melalui whatsapp or FB private message je la yg termampu. Tanya dan Ana akan cuba bagi info mana yg termampu Insya Allah. Tapi sejak kahwin, I'm no longer backpacker sebab husband kurang berminat travel cara macam tu. Tp insya Allah blhla share info sikit2 especially on itinerary and how experienced their public transport (metro, tram and so on)
Yg penting, bila nak travel.. plan your travel wisely and keep on searching info as much as u can accordingly. Insya Allah, bila kita niat kan setiap perjalanan tu krn Allah pasti Allah permudahkan.

Mengembaralah, berjalanlah di bumi Allah. Banyak yg perlu dipelajari, dan terlalu banyak untuk disyukuri. Allahuakbar. Keagungan dan kebesaran kuasa Tuhan tiada tandingan. Subhanallah.

Hari ini..hari terakhir 2014. Esok kita melangkah ke tahun 2015. Moga lembaran baru membawa 1000 hikmah buat kita semua, menambahkan ketaqwaan kita pd Allah Azza Wa Jalla.

2014 yg penuh pelbagai cerita begitu juga dgn ujianNya.
Ujian demi ujian, ambil lah ia sebagai peringatan serta kasih sayang Tuhan.
Agar kita tidak alpa juga leka, terbuai indah dgn nikmat dunia.
Semoga Allah kurniakan ketabahan dan kekuatan iman buat keluarga mangsa MH370, MH17 dan juga mangsa2 banjir yg sedang bertarung hebat meneruskan kehidupan. Allahurabbi.

Berat mata memandang, berat lg bahu memikul.
Ujian ini bukan hanya untuk mereka, tapi untuk kita semua.
Bantulah mana terdaya, meskipun cuma doa yg seikhlas2nya.
Sungguh, mereka lah insan terpilih.

Dalam saat kita berdosa, ujian didatangkan untuk menggugurkan dosa2 kita. Malah dalam saat kita beriman, ujian diberi sbg cara untuk meninggikan darjat kita disana nanti.
Betapa besar nya kasih sayang Allah buat hambaNya.

Ya Allah, kami berserah hanya padaMu. Kami ini milikMu, Kau lah pemilik abadi.

La Hawla Wa La Quwwata Illa Billah

Monday, December 24, 2012

23rd DEC 2012

Alhamdulillah, selepas majlis 1st SEPT 2012, akhirnya selesai sudah dgn majlis 23rd DEC 2012 setelah ditunda atas sebab2 tertentu... outstation sane sini, keadaan mabuk yg agak teruk, bila usia kandungan mencecah hampir 4 bulan, alhamdulillah kurang sikit.

Syukur atas setiap kehadiran para tetamu & setiap kerjasama dr pihak keluarga utk memastikan majlis berjalan lancar. Majlis yg simple tp meriah & sempurna bg kami, alhamdulillah.

Ya Allah, Kau berkatilah rumahtangga kami. Kurniakan kebahagiaan dunia & akhirat. Amin..

Akan ku pesan ini selalu pd suamiku..
"Abang, doakan rumahtangga kita sampai syurga ye.."

Saturday, October 13, 2012

There is not much to tell..but..

Seriously my heart is beating too fast, I'm shaking indeed..my hands too. Is it because of I had 'Kopi O' this morning while having breakfast with my Other Half..

Yesterday, masuk je kereta when The Other Half fetch me from work, menggagau carik plastic pastu uwekk uwekk.. I said sorry to him sbb muntah dpn dia dlm kete, sambil dia usap2 belakang.. he said its ok, Abg x kisah Syg.. Abg kesian kt Ana. Owh, that makes me feel better. Smp meleleh2 airmata klu muntah..

Almost everyday dia ucapkan terima kasih sbb susah payah 'membawa' zuriat dia.. Subhanallah.. Semua ni kuasa Allah sesungguhnya, tanpa dia pun semua ni takkan terjadi..

Teringat disatu pg dlm train, masa tu lps sahkan berita gembira dgn UPT awal subuh.. Pg pegi keje tu bertukar ke juzu' baru sbb ptg semalam nya habis satu juzu' tp x teruskan ke juzu' seterusnya, lgpun masa tu dh nak smp station lrt Kelana Jaya so to be continued the following day. Bila bkk je juzu' seterusnya...terus rasa nak menangis, masya-Allah..what a coincidence.. Surah Yusuf! Ya Allah, rasa mcm nk menitik air mata.

Perancangan Allah swt tu cukup indah utk dihargai. Syukur alhamdulillah atas segalanya. Semoga zuriat ini adlh zuriat yg soleh & solehah, jd hambaMu yg solat serta beriman. Amin Ya Rabbal Alamin..

Saturday, October 6, 2012

Dear Lil Baby...

Syg..
Kalau baby faham Ummi, sayang Ummi.. Bagi Ummi masa skjp ye Syg
Ummi tak larat, pening & muntah2 dr pagi tadi..
Ummi nak masak utk Walid, kejap lagi Walid balik dari keje..
Lepas dah siap masak utk Walid nanti, kita sambung main muntah2 & pening2 lagi ye..

Baby jangan kecik hati ye Syg.. Taaakk.. Baby tak susahkan Ummi pun. Ummi suka Syg.. Itu tanda akan kewujudan baby dalam rahim Ummi..
Terima kasih sangat kerana hadir dlm hidup Ummi & Walid..
Terima kasih.. Terima kasih juga buat Walid..
Terima kasih Syg..

Friday, September 28, 2012

Status : "...is married to..."

Bila tgk status FB, buat aku senyum sendiri.. Tak sangka kekadang, dah bertukar status rupanya.

Teringat hari ke DUA bergelar isteri, waktu tu masih kt kampung, suami dtg terus cakap "Sayang, Sayang.. Cepat approve tau.." sambil senyum manis.
Aku yg terpinga pun tertanya2.. Owhh, approve his request on FB status rupanya. How sweet of him.

Walaupun lps kawin, ada waktunya kami terpisah disebabkan urusan kerja, tp syukur Alhamdulillah, dgn izin & bantuan Allah swt, kami makin erat.

Rutin harian kami seakan mengakrabkan hubungan, setiap hari solat Maghrib berjemaah, begitu juga waktu Subuh. Dia memilih utk mnghantar & menjemputku setiap hari, waktu perjalanan itu dptlah kami peruntukkan utk 'dating' :)

Blk kerja, aku ke dapur mnyiapkan hidangan makan malam buat suami tersayang, makan bersama. Rasa bersalah sgt klu dia makan kt luar atau makan nasik bungkus. HE DONT DESERVED TO BE TREATED THAT WAY.

Kerja rumah seakan ringan, suami sgt rajin membantu. Teringat waktu Pak Andak dtg sekeluarga, aku memasak & mengemas, bila keluar dari dapur, suami menyapu & membantu mengemas. Subhanallah..
Semoga Allah memberkati setiap saat nafas Abg.

Betapa pantas segalanya berlalu, bagaikan setiap satunya dipermudahkan, indah dlm percaturanNYA. Perkenalan, pertemuan, ikatan pertunangan, ijab kabul.. dan kini, Allah kurniakan lagi.. Masya-Allah..

Berita gembira tu baru saja dikhabarkan pd Mak & Ummi oleh suami. Mmg dia dah cadang nak bagitau lps kami jumpa doctor. Mak, Ummi & semua, doakan segalanya selamat & dipermudahkan.

Selesai je perbualan suami kat phone, sedang aku menggoreng ayam di dapur, sms dr Ummi pun smpai..

"Slm. Tahniah, tahun depan dpt baby. Rajin baca Al-Quran, amalkan surah Yusuf, surah Maryam. Tiap mlm sebelum tidur minta maaf dari Amir biar senang bersalin."

Owhh.. Pesanan2 Mak & Ummi, suara ceria mereka buat aku terharu. Syukur atas kesemuanya.

Ucapan tahniah & doa dr teman2 juga amat ku hargai.. Terutama dr Sue yg dpt tau dr blog, pagi dah dpt sms dr dia :)
Ucapan dari Aween the cupid, Suzie, Shaiz & officemates yg ceria :) & project team as well. Tak lupa jg ucapan dr follower :)
Thanks for d care. Semoga Allah membalas kalian dgn kebaikan. Amin..

Wednesday, September 26, 2012

+ve

Since got back from Japan, seriously i feel uneasy. Seems like something strange in my tummy.
My first test wasnt that sure as its not really clear, but yesterday morning.. Its positive!

Alhamdulillah.
Terus menangis sorg2 dlm bilik air waktu awal subuh. Tangis syukur. Selesai solat sunat & solat subuh, aku masukkan 'berita gembira' dlm kotak & letak tepi bantal suami.

Aku pun terus iron baju kerja aku & suami..tak lama kemudian aku dengar suami bangun utk mandi & solat..

Sedang aku menggosok kemejanya, tiba2 dia meluru & memelukku dari belakang.. Owh, dia pasti dah tgk 'berita gembira' tu..

Aku bahagia lihat dia gembira.. Aku & dia memandang antara satu sama lain..

Ye Abg, insya-Allah tak lama lg dgn izin Allah kita bakal jd parents. Terima kasih Syg. Terima kasih Ya ALLAH.

Monday, September 17, 2012

Bahagia Itu Di Jiwa

Waktu ini dlm perjalanan pulang dari Batu Pahat.. Setiap kali blk dr kg suami, pasti menahan sebak, kali ni telah berjaya tidak menangis depan Mak tp terburai airmata bila kereta dah melunjur laju atas jalan raya. Teringat kali pertama ke sana setelah kami ditunangkan, pelukan Mak waktu kami nak balik masa tu masih lg terasa, mata Mak merah bersama air mata yg bertakung menanti limpah.. Mmg tak mampu ku sekang kolam mata, aku turut menangis meninggalkan keluarga baruku. Penerimaan mereka terhadap diri ini memberikan rasa yg sgt mendamaikan. Perasaan ikhlas & sayang yg terlahir tanpa dipinta.

Suami sedang memandu meneruskan perjalanan setelah berhenti solat di Masjid Al-Istiqamah, Muar. Adik ipar, Mira & kawannya Ana lena di belakang. Lebuhraya bergerak agak perlahan, ramai yg pulang dari kampung sempena cuti 1 Malaysia barangkali. Kami akan ke UiTM dulu hantar Mira & Ana.

Suara yg serak akibat sakit tekak sejak pulang dari Japan masih belum pulih, sakit yg terlalu sedikit jika dibandingkan dgn nikmat yg Allah beri pd diri ini. Alhamdulillah.

Suamiku..
Dengan nama Allah, teramat sayang padamu, terlalu cinta.
Tidak Ana mengharapkan bahagia darimu, tapi Ana berharap bahagia itu dari Allah swt. Syukur, DIA mengurniakan bahagia itu melalui Abg.
Terima kasih yg tak terhingga buat Abg krn membuat diri ini terlalu bahagia dgn cinta & kasih sayang Abg. Abg merubah persepsi Ana terhadap cinta menjadi sesuatu yg indah.. dan Ana yakin, cinta krn Allah & cinta yg berlandaskan cintaNYA akan lebih bermakna...dunia akhirat.

Abg..
Suami yg Allah kurniakan buat Ana cukup indah, cukup sempurna di mata Ana. Khalifah yg istimewa.. Bakal Walid pd zuriat kita nanti, amanah Allah & bekalan kita ke syurgaNYA.
Redhanya Allah pd Ana terletak pd redhanya Abg pd Ana. Abg lah tempat kedua setelah Allah & Rasul utk Ana taati.

Memiliki dua ibu yg baik & penyayang, Ummi & Mak cukup membuatku terharu.. Dan seharusnya jadi lebih bersyukur dgn mempertingkatkan lagi ibadah pada Allah swt, Maha Kaya, Maha Pengasih & Penyayang yg memberi segala nikmat yg ada.

Ya Allah, bimbinglah hambaMU yg lemah ini. Hanya padaMU ku bergantung harap, ku serah hidup matiku hanya padaMU.

Saturday, September 15, 2012

1st SEPT 2012 - Amir & Anna

Syukur ALHAMDULILLAH...
Segalanya teratur indah dlm perancangan ALLAH swt.
Majlis walimah yg sederhana tp cukup meriah, majlis tanpa pelamin & bersanding tp jauh lebih bermakna juga berharga.
Semoga segala2nya adlh krn ALLAH swt semata2 tanpa dinodai dgn calitan riak serta menunjuk2.
Menjamu tetamu, menyambut & menghargai kedatangan mereka, cuba memberi yg terbaik DAN yg paling utama adlh mengeratkan silaturrahim.. itulah objektif penting. Mudah2an majlis ini menjadi majlis yg dirahmati.
Terima kasih atas doa, ucapan & kehadiran semua, semoga ALLAH membalas kalian dgn kebaikan. DAN semoga perkahwinan ini diberkati, rumahtangga yg diredhai ALLAH swt. Amin..

Friday, September 7, 2012

Off to JAPAN

Will be back soon.
Few days in Tokyo & now in Osaka..

Wednesday, August 29, 2012

Tisu, nak...

Menunggu Maybank KLCC dibuka, aku duduk di bangku sblh Choc World. Sambil membelek bank statement yg perlu pengesahan bank for my Visa to Japan.

Satu suara dari blkg menyapa, "Nak, nak tisu ke.."
Mulut dgn spontan mnjawab "Owh, tak. Terima kasih"
Tak berapa lama kemudian kusedari pakcik tua yg bertongkat membawa pergi tisu2 yg baru siap disusun rapi ketika duduk di belakangku.

Ku amati pakcik tua itu berjalan terdengkot2. Tiba2 tersedar dr lamunan, hati beristighfar..
Ya Allah.. Terasa ralatnya. Sedangkan beg duit berada di tgn kiriku.

Sungguh hati terasa sayu. Mgkin pakcik tua itu lebih mmerlukan, knp tidak kuhulur seikhlasnya seberapa yg termampu..
Sedangkan setiap rezeki itu adlh milik Allah swt yg perlu kita kongsikan bersama. Subhanallah..

Segala yg kita terima bkn semuanya milik kita, kita mgkin hanyalah sbg medium utk kita sampaikan sebahagiannya pd org lain yg mmerlukan.

Aku terus bangun dr tempat duduk utk mncari pakcik tu kembali. Puas ku pusing sana sini, kelibatnya tak kelihatan lagi..
Kesiannye pakcik tu.
Sedetik menyesali diri.. Tiada gunanya lagi..

Friday, August 17, 2012

Jumaat Terakhir Ramadhan

Seawal pagi dah keluar rumah, bkn pergi kerja as i'm already off start frm today til whole week minggu dpn, smlm pun blk awal.. Tu yg makin suke dgn Project Director..

Pagi2 dah kt Jabatan Immigration as i have to renew my passport. Dulu2 buat for 5 years, so xlah fikir nk kene renew cepat sgt..lupa plk last renewal buat utk 2 tahun. Bila dah tarik luggage for packing, tgh passport..perghh..

Tak jadilah plan ke embassy hari ni, passport will be ready to be collected by 11.30am

Then off to hometown

Tuesday, August 14, 2012

Maaakkkk

Mak, tolong Kak Long...Maaakkk
Kak Long x kuat, Mak
Maaakkk~~~~~

Monday, August 13, 2012

13th AUGUST

Hari ni adlh birthday insan yg paling saye syg & kasihi. Amat saye hormati & sanjungi. Tanpa rahmat Allah yg mengurniakan dia pd saye, siapalah diri ini..

Terima kasih Ummi atas setiap pengorbanan, tulusnya kasih syg, indahnya belaian, ikhlasnya ucapan.

Terima kasih juga atas setiap titis susu ibu yg telah Ummi berikan, mendidik & membesarkan. Semoga Allah membalas setiap satunya dgn kebaikan.

Syg Ummi selalu, moga panjang umur & murah rezeki, dikurniakan cucu2 yg comel, bijak, soleh & solehah ;)

Wednesday, August 8, 2012

08.08

Tahun ke 4 melalui tarikh 8/8 atau 8th August..
X pernah ada yg istimewa dgn tarikh itu.
Tp kali ni, tahun ini, berlainan sekali..
Terlalu istimewa TAPI bkn krn tarikh itu, bkn jua krn peristiwa itu..
Tapi krn kurniaan cinta dr Illahi, kasih yg tulus buat bakal suami yg sgt2 kusanjungi & hormati.
Kehadirannya ibarat pelangi, berseri saat sesudahnya hujan pergi, menghilangkan duka yg kusangkakan abadi.

Ya Allah, semoga KAU tempatkan Amir Fadzillah ke dlm syurgaMU, dan letakkanlah dia ditempat yg tertinggi dlm hati ini setelahMU & Rasulullah..
Amin Ya Rabbal Alamin

Perginya Bakal Dirindui

Waktu pantas berlalu..
Ramadhan akn pergi meninggalkan kita x lama lg
Akankah berpeluang ku temui Ramadhan yg mendatang..

Ya Allah, terisikah Ramadhan ku kali ini,
Terimakah olehMU amalanku..?
Yg pasti, perginya dirindui, hadirnya dinanti..
Semoga berpeluang merasai nikmat bulan yg barakah ini tahun hadapan..

Lama sgt rasanya x mencoret rasa di sini, since assigned to new project, mmg tersgtlah busy
Bila dlm train mcm ni, adlh masa nk jenguk Diary Kayangan yg dah agak lama x berpena..

Niat dihati nak khatam lg sekali bln puasa ni tp nmpk gayanya, gagal..
Tarawikh pun berlobang2
Buka puasa kt office & kat dlm kete lebih banyak dr berbuka di rumah
Ya Rabb, beri aku kekuatan agar mampu ku seimbangkan duniawi & ukhrawi..

Adakalanya nafas seakan berat, lelah dgn urusan dunia..
Tp cepat2 kusedarkan hati..
Bahawa..kesenangan itu akn hanya ada disana nnt
Bersyukurlah dgn setiap yg Allah takdirkan

Ya Rabb, KAU hiasilah hati ini dgn iman agar aku sentiasa ikhlas & redha menerima percaturan hidup drMU
Sesungguhnya terlalu bnyk nikmat lain yg telah KAU beri pd diri ini
Tp terlalu sedikit kusyukuri..
Ampunkan ku Ya Allah
Aku x pnh sempurna dlm mncari redhaMU

Tuesday, August 7, 2012

Platinum vs Silver

I've been searching wedding ring for my husband to be..
White gold & suasa lelaki kan x blh pakai.
So i would go for platinum or silver, yes its expensive but compare to him.. done much more than that
Terlalu banyak kebaikan yg telah diberi, bersama kasih syg & perhatian yg dicurahkan pd diri ini..
Takkan pernah terbalas, so precious & priceless.. Nothing can afford it

Diamond & Platinum menjadi target tp xde kt KLCC, nak pegi tempat lain mmg xtaulah bila.

Habib xde silver, they are offering suasa for a guy.. Hmmm, not a good choice..
Chopard mmg xkan ku masuk la kan..

But there is a place that i've been keening a chance to go, Tiffany & Co. Seems everyday lalu sambil tengok picture of nice loving couple on d wall.

So decided to get silver 925 instead of platinum sebab memakai perak itu adlh salah satu sunnah Rasulullah.

Alhamdulillah, x susah & pening2 pun fikir. Sekali pergi je, terus jumpa.

Thanks for Tiffany & Co
Menanti waktu utk ku sarungkan ke jarinya..
Insya-Allah

CINcin CINta

Mlm tadi balik dari berbuka & solat kat Masjid Negeri, Abg pesan..
"Syg pakai je tau cincin tu, jgn tanggalkan.."
Today, when i was driving to LRT station, smiling all the way looking at the ring on my finger.. What he said lingers on my mind.
Now dlm train so i should stop smiling or else other people would be thinking that im crazy.
Abg will be off for few days outstation, semoga Allah melindungi Abg sentiasa.

Daku yg debar menghitung hari berakhirnya pertunangan ini dan bakal digantikan dgn akad.
Semoga Allah permudahkan urusan, Amin. Insya-Allah

Wednesday, May 16, 2012

15th MAY

Yang terindah pernah ku terima sepanjang umurku

@ Bora Asmara