Wednesday, December 10, 2008

For the 1st time

buat pertama kalinya setelah berkali kali...

i feel so stress of calls with regards office and work matters during my day off.
i really need and i wish i may have my own privacy which i can spend only with my hubby and family.
please dont take it as previous, im no longer single.
since this morning my phone keep ringing and few person keep calling due work issues.
im on leave today and also myself not feeling very well..
when can people understand?
i normally let them notify that ill be away for certain period but is it really away to me.
i cant even leave my laptop and broadband.
DAMN!! working working and working..

ok fine, i will do that. honestly. but give me 37k per month for my salary like what they pays those "mat & minah salih".. is it FAIR for local staff like us??????????

semalam yang hangat

bukan tajuk lagu dangdut..
tetapi hari semalam yang ku lalui..

kesakitan yang ku rasai semalam ku ambil secara positif sebagai kurniaan Allah untuk aku lebih menghargai kesihatan.........................................
dan lebih menyedari kasih sayang suamiku.
seawal jam 4 pagi, suamiku yang bersengkang mata dari jam 12 malam menjaga aku telah bersusah payah memimpin aku untuk membawaku ke clinic terdekat due to my bad condition.
the whole day dia melayanku dengan penuh sabar.
memasak bubur untukku, menyuapkanku, memimpinku ke bilik air,
tangan tak henti memicit kepala dan badanku yang sakit2.
tak henti2 juga mengusap2 perutku yang kurang sihat.
juga sentiasa mengucup dahi dan pipiku sambil mengucapkan kata2 semangat dan ungkapan2 sayang..
sentiasa berada disisi memelukku erat menghangatkan diriku yang kedinginan dan ada ketikanya menggigil kesejukan.
- jutaan terima kasih buat suamiku.. Muhamad Zahrullail Ahmad Yunus

malam tadi family in law datang melawatku. mak, abah, angah and kak ana. si kenit2 3 orang tu pun datang sekali. masuk2 rumah terus panggil 'aunty nana! aunty nana! aunty nana cakit ye'

abg and yang lain2 cakap aku dah macam rupa orang baru lepas bersalin. berstokin, bersanggul tinggi, berkoyok kat kepala, jalan perlahan2. lepas makan malam, duduk bersantai ramai2 sambil menonton tv. aku duduk kat sofa sambil abg memeluk dan memicit kepalaku yang agak pening, tiba2 abg berbisik.... 'syg, baby nangis dalam bilik'. aku sedar abg sekadar bergurau dengan kata2 itu, tapi senyuman dan pandangan yang abg berikan waktu itu sangat memberi erti.

abg, mengertilah.. isterimu ini juga amat menginginkan cahaya mata tapi seperti yang abang sarankan hari tu. kita perlu tunggu waktu yang sesuai. saat ini kerjaya tidak mengizinkan kami untuk menimang cahaya mata. kami taknak baby sedih kerana punya mummy and daddy yang tidak punya waktu yang banyak untuknya.

apapun, aku rasa sangat berterima kasih atas keprihatinan suamiku. Alhamdulillah, hari ni i feel better than yesterday. dah boleh buat sarapan bihun goreng udang rasa tomyam untuk mak abah mertua yang tidur sini malam tadi walaupun aku masak perlahan2 sebab masih sakit. lunch tadi aku masak simple je, telur goreng masak kicap, udang petai masak merah dengan ayam goreng. ada ulam sikit dalam fridge so buatlah sambal tempoyak. abah makan sampai 3 pinggan, mak yang tengah tak lalu makan tu pun makan sampai 2 pinggan.

abg, mummy tunggu abg balik petang ni. tadi abg sms 'rindu' and lunch time he just called to say 'i miss u and i love u'.. abg, i miss u too. cant wait to see u.


Thursday, December 4, 2008

Rindu Anugerah Allah

rindu itu adalah anugerah Allah yang amat hebat nikmatnya bila kita dapat merasainya dengan tulus dan penuh ikhlas..

Wednesday, December 3, 2008

Today

10.15am
got into my car, driving from home towards Damansara - ELITE-NKVE

1.05pm
reached office

this is my lunch today, itu pun drive thru.. gara2 MGSH3 Expansion.


6.04pm
office - Ericsson (M) Cyberjaya

buang pandangan ke luar, rehatkan mata, segarkan minda.... wish can go home.
daddy, im stuck here surrounding with deadline.
DAMN!!

mulut penuh dengan buah kiwi. wajah kebosanan.
only when my husband's number or his office number appear, i will pick up the phone.
sorry guys. i feel not to be disturbed at this moment.

Tuesday, December 2, 2008

Bicara Kehidupan

4.30pm
im safely home.

terasa ingin menulis lagi.
lepas meeting tadi aku tak jadi lunch dengan suami, dah lama tak lunch dengan Tina.
lama juga kami lunch sama tadi, banyak yang dibualkan.
walaupun mengenali belum sampai setahun tapi banyak keserasian antara kami, mungkin cara didikan dan pemikiran yang sama.
dia juga anak seorang pendidik, seperti aku.

jangka waktu bukanlah ukuran untuk sebuah persahabatan terjalin, bukan juga penghalang mewujudkan keserasian dan bukan juga alasan untuk sebuah kepercayaan.
sejak mengenali Tina, aku terasa punya 'teman' kembali setelah sekian lama hidupku hanya bekerja dan mencari keduniaan untuk keluarga.

teman berbicara, teman ketawa, teman bercerita, teman menimba... such a great soulmate for me.
aku melalui usia remajaku tidak seperti remaja2 lain.
tidak pernah punya 'housemate' or 'roommate'.
teman sebilik hanya waktu di hostel when i was secondary school and UiTM.
itu pun masa tahun akhir aku menyewa rumah di luar kampus, sendirian.
aku lebih selesa begitu dari menghadapi teman serumah yang tak seperti yang ku harapkan, lebih baik aku sendiri.. yang penting tidak akan timbul masalah dalam persahabatan.
tambahan, aku punya adik seramai 5 orang dan rumah yang kududuki seorang akan selesa ketika keluargaku berkunjung kerumahku.
dan ada ketikanya mereka cuti sekolah, aku perlu menjaga mereka atas urusan2 Ummi & Abi ku.
jadi mudah untuk adik2ku berada dirumahku.
normally, when i meet people which ask me about my age. i just let them guess and most of them says "26" or "27"... hmm, am i look too old??
usiaku baru saja menjangkau 24 tahun pada May lepas, tapi aku kelihatan lebih tua dari umurku.
mungkin disebabkan pengalaman dan kesusahan yang aku lalui sepanjang hidupku membuatkan aku kelihatan jauh lebih matang dari usia sebenar.

i've been up, i've been down....
tapi aku sangat bersyukur dengan kehidupan yang pernah aku lalui.

the best education in this life is experience..

mungkin aku tidak punya Master or PHD like my cousins tapi alhamdulillah, rezeki Allah,

aku miliki apa yang aku ada kini... dan sesuatu yang masih belum dicapai oleh sepupu2ku.
keinginan untuk menyambung pelajaran ke tahap yang lebih tinggi perlu aku kemudiankan demi adik2ku dan keluargaku.
merekalah harta paling berharga buatku. kebahagiaan mereka lebih utama dari segala2nya.

dan aku juga menerima segalanya sebagai takdir Allah, sesungguhnya Allah itu maha mengetahui apa yang terbaik buat diri ini.

aku pernah melalui saat2 sukar suatu ketika dulu, amat sukar... kuterima semua itu sebagai dugaan dan ujian dari Allah. Dia menguji hambaNya kerana sayang, Dia ingin melihat bagaimana kita menghadapi ujianNya dan Dia juga ingin menguji sejauh mana kekuatan hambaNya menerima dugaan yang diberikan.
Allah tidak akan memberi sesuatu yang kita tidak mampu hadapi.
dugaan dan cabaran hidup membuatkan kita lebih matang.
dengan melalui detik2 kepayahan jugalah kita akan lebih menghargai erti kesenangan dan kebahagiaan.

walaupun kita tidak punya siapa2 lagi didunia ini, yakinlah bahawa Allah sentiasa bersama kita.
bagaimana susah pun hidup yang kita hadapi, bersyukurlah kerana diluar sana ramai lagi yang melalui dugaan lebih hebat dari kita.
jadilah insan yang sentiasa positif terhadap kehidupan kita sendiri.

bersabar atas apa jua yang dihadapi, sentiasa percaya bahawa kebahagiaan ada menanti kita.
penantian itu bukanlah satu penyeksaan, andai dihujungnya ada sinar kebahagiaan....

this is Tina, my best buddy.... ever after
big thanks to Tina for being such a nice, great friend and good listener to me.
this blog created by her suggestion.. lagipun bila tengok hubby dah ada blog sendiri, why not me..
this blog also can be my friend.
thanks to my hubby too, being always there for me... giving happiness and unlimited love.

Penawar

malam tadi, aku pulang agak lewat.
suamiku menanti aku dengan penuh sabar.
aku cuba untuk tersenyum tapi fikiran dan kesedihan menguasai diri, wajahku sedikit sugul malam tadi.
suamiku terlalu memahamiku, memang itulah kebiasaanku bila teringatkan kembali sesuatu yang pernah berlaku dulu.
abg rasa bersalah atas apa yang berlaku.
Ya Allah, aku perlu kuat untuk melupai semua ini.
aku tidak mahu perasaan dan emosi ini menghambarkan rumahtangga aku.
sedangkan aku punya suami yang amat menyayangi aku.
aku mampu hadapi semua ini, aku perlu lupakan apa yang pernah berlaku demi mengekalkan kebahagiaan rumahtangga aku.

malam tadi aku mampu tersenyum, aku menangis tapi tangisan itu adalah tangisan gembira.
terharu akan kebahagiaan ini.
saat aku melintasi meja, aku perasan seolah2 ada sekeping kad tapi kerana kepalaku yang agak pening aku terus melabuhkan punggung disofa.
lantas suamiku merapatiku, memelukku erat, satu ciuman singgah kedahiku.
sekeping kad dihulurkan kepadaku.
perlahan2 kad itu kubuka, kubaca dengan penuh syahdu.
airmataku merembes lagi tapi kali ini bukan kerana sedih, tapi kerana terharu, gembira.

abg, terima kasih atas semua ini.
dialah kekuatanku kini, dia jualah nadi cintaku.

sejak beberapa minggu yang lalu, setiap pagi bangun dari tidur.
aku menyedari suamiku mengucup wajahku berkali2, celik saja mataku dia pasti membisikkan ucapan SELAMAT PAGI CINTA kepadaku.
betapa indahnya permulaan hariku.

pagi ini, beberapa sms telah kuterima dari suamiku.
kata2 semangat, ucapan2 cinta dari suamiku.
abg, terima kasih sayang.

im going to DiGi this morning, MIP meeting so lepas tu boleh lunch dengan pakcik nakal ni.
hmm, few days dah tak jumpa Tina.
Farhana, wake up for today.
GOOD MORNING everybody.
SELAMAT PAGI DUNIA,
SELAMAT PAGI CINTA.

Monday, December 1, 2008

couldnt resist

ada ketikanya, kita tak mampu lari dari teringat sesuatu yang terjadi dalam hidup kita.
baru semalam melalui saat2 dan detik2 yang terlalu indah.
hari ini kita bertukar menjadi sedih hanya kerana sikap insan lain dan peristiwa lepas.
mengapa aku terlalu lemah untuk lalui dugaan ini.
sedangkan aku mampu menjadi insan yang tabah hadapi rintangan dan permainan hidup.
aku perlu bersyukur punya suami yang amat menyayangi aku.
kenapa perlu musnahkan semuanya hanya kerana mereka2 yang tidak menyenangi kebahagiaan ini.
kenapa aku perlu rasa bersalah kerana aku menjadi pilihan suamiku untuk hidup bersama.
kenapa aku perlu terfikir untuk mengalah, kenapa....???
kerana aku juga wanita, aku bukan wanita yang menjatuhkan maruahku untuk bersengketa sesama wanita hanya kerana seorang lelaki.
andai dari dulu aku tahu ada wanita lain yang menaruh harapan terhadap suamiku, aku pasti menghindari dari menerima cintanya kembali.
andai dapat aku kembalikan saat2 yang berlalu, akan aku pastikan aku tidak akan terima untuk menyambung kembali kasih yang pernah putus antara kami dulu.
aku menerima cinta sebagai pengalaman dan hiasan kehidupan.
cinta membuatkan kita matang.
cinta pertama sukar direalisasikan kerana cinta pertama hadir untuk kita merasai apa itu cinta, rindu, derita, sedih, kecewa yang mampu membuatkan kita mendapatkan cinta sejati.
tapi mengapa ada manusia yang mampu terima kenyataan tapi tak mahu menerimanya.
kenapa.......?
mengapa juga aku perlu membiarkan rumahtangga dan perasaanku dihantui kisah itu.
kenapa aku mesti terus menyalahkan diri sendiri kerana menjadi pilihan lelaki yang bernama Zahrullail itu.
Ya Allah,
Andai benar dia adalah suami yang kau tentukan untukku,
Andai dia adalah teman hidup yang kau ciptakan untukku,
Kau berikanlah aku kekuatan untuk terus hidup bersamanya,
Kau hindarilah perbuatan dan kata2ku dari melukai dan menyakiti hatinya.

Why should let them ruin my marriage.
Be strong Farhana.
.... I need to go home.

8.38pm
Ericsson (M) Cyberjaya Office