Wednesday, January 21, 2009

Dinner + Lunch

Dinner @ Subang Corporate Centre






CNY Lunch @ Cyberview Lodge



hubby texted

my schedule was so tight for past few days and also for tomorrow. meeting+dinner appoinment+lunch appointment..
and today, my hubby texted..
mummy, rindu sgt2.. balik awal ye hari ni
hmmm... i just occured, me too dear. missing u so much.
ahaks, tekadkan diri. hari ni nak balik awal so that boleh spend time lama sikit dengan buah hati yang makin manja tu ;p

Monday, January 19, 2009

Trip of Love to Cameron Highland


Sometimes the snow comes down in June,
Sometimes the sun goes round the moon,
I see the passion in your eyes,
Sometimes its all a big surprise....

to my lovely hubby yang pandai sangat ambik hati and pujuk i, thanks a lot for his effort and courtesy of taking leave and brought me to Cameron Highlands my favourite place where ive been for 6 months before.

thanks for the precious moment that given to me, appreciate each of them a lot...
mummy sayang daddy always and forever......

Thursday, January 15, 2009

Turquoise Car

friend of mine met with an accident, yanti.. pity her. no car right now, patah kaki dia.
early morning when i reached office, kak liza came to my workstation. OMG, tak perasan pun miss called dari akak. checked my phone, yes, got miss called from her in my list. suami kesayanganku punya kerja la ni, my phone bunyi je mesti dia yang tengok dulu but then he didnt tell me pulak tu. this is emergency la my dear... put aside cemburu2 tu.

terus call yanti to ask whether she is ok or not. Alhamdulillah yanti and ijun ok. i must fetch her, urusan report kat police station almost done, kesian yanti nak balik naik apa. sempat log in maybank2u dulu before i left office sebab yanti out of credit, easy to make calls if anything kalau ada reload top-up.

sampai sana je, yanti and ijun duduk kat depan police station tu dengan few plastic bag of kerepek2 mak yanti, ramai yang order so banyaklah stock.
Ya Allah, kesiannyala kawan aku sorang ni. sabar banyak2 ye yanti. ini dugaan Allah.
follow up with the adjuster and workshop very closely, insyaAllah cepatlah siap buah hati tu.

Wednesday, January 14, 2009

Doa Isteri

Ya Allah, aku lemah tanpa petunjukMu, aku buta tanpa bimbinganMu, aku cacat tanpa hidayahMu dan aku hina tanpa rahmatMu…
Berilah aku petunjuk yang sebenar-benarnya….

Ya Allah, Kau ampunilah dosa yang telah aku perbuat, Kau limpahkanlah kesabaran yang tiada terbatas, Kau berikanlah aku kekuatan mental, Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan, Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista, Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan…

Ya Allah, sekiranya kekasihku ini lelaki pilihanMu di Arash, berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya. Sekiranya kekasihku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku ke titianMu, kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya. Sekiranya kekasihku ini adalah bidadara untukku di JannahMu, limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya. Sekiranya dia adalah yang terbaik untukkku di duniaMu, peliharalah tingkah lakuku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya. Sekiranya dia adalah jodoh yang dirahmati olehMu, berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala karenah dan ragamnya.

Tetapi…..Ya Allah, sekiranya kekasihku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang, kau tunjukkan aku jalan terbaik untuk mengharungi segala dugaanMu. Sekiranya kekasihku tergoda dengan keindahan duniaMu, limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya. Sekiranya kekasihku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan, kurniakanlah aku kekuatanMu untuk aku memperbetulkan keadaannya. Sekiranya kekasihku menyintai kesesatan, kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena. Ya Allah kau berikanlah kesihatan dan kesejahteraan pada lelaki yang aku cintai ini, semoga dia sentiasa dalam lindunganMu.

Ya Allah, kau yang Maha mengetahui apa yang terbaik untukku. Kau juga yang Maha mengampuni segala kesilapan dan keterlanjuranku. Kau panjangkanlah jodoh kami dan makbulkanlah impianku untuk menjadi isterinya yang sah. Sekiranya aku tersilap membuat keputusan, bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai.

Ya Allah..Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai kekasih dan isteri, kau hukumlah aku di dunia tetapi bukan di akhiratMu. Sekiranya aku ingkar dan derhaka pada kekasihku, berilah aku petunjuk kearah rahmatMu…..

Ya Allah…… bimbinglah aku.

Tuesday, January 13, 2009

Tuesday - 12.05pm

baru habis MiP meeting kat DiGi.
sekarang ni aku seorang diri kat Ali's corner, having lunch walaupun sebenarnya aku memang tak lapar, tak rasa teringin nak makan pun. tapi tadi aku rasa pitam, mungkin tak makan lagi.

hari ni im not in good mood, nak bercakap pun rasa malas. bila diorang say hi, bercakap and gelak2 dengan aku tadi aku pun berlagak seperti biasa, tapi dalam hati siapa yang tahu.
that why im here now, alone and not joining them for lunch.

later, 2pm ada Core meeting pulak. rasa macam nak balik je tapi tugas tetap tugas.
i wont involve emotional and personal problem in my career.

aku sendiri tak tahu dimana silapnya, punya suami yang sangat penyayang tapi aku masih bersedih begini. mungkinkah aku sukar untuk melupakan luka hatiku. yes, i just forgive and not to forget. im not purposely doing that, just the matter of hard to forget.

aku dah nekad, untuk pergi jauh dari sini buat seketika. yes, Tina is right. Sometimes, love must be apart. mungkin berjauhan akan membuatkan keadaan kembali reda. aku hanya nak pulihkan keadaan.
masalah baru yang melandaku ini, menambahkan kelukaan and merumitkan keadaan. adakah aku terlalu sensitif atau sememangnya situasi ini tidak boleh lagi diterima akal. aku tetap bersabar dan akan bersabar sampai bila2, oleh itu, aku perlu mengalah dan mengundurkan diri.
mungkin sikap abg juga perlu berubah, untuk membuat mak faham dan terima kenyataan bahawa anak lelakinya itu kini telah pun berkahwin dan punya tanggungjawab serta kehidupan sendiri.
kenapa dulu perlu memujuk2ku untuk terus hidup dan berkahwin dengan abg diwaktu aku ingin memutuskan hubungan dengan abg. kan lebih baik jika perkahwinan ini tidak berlaku dan abg dapat menumpukan sepenuh perhatian terhadap mak.

aku punya tanggungjawab sendiri, tanggungjawab yang besar. aku ketiadaan Abi. adik2ku masih lagi bersekolah semuanya. siapa lagi yang perlu mereka harapkan memandang Ummiku tidak bekerja, hanya bergantung hidup dengan pencen arwah abi sebagai guru besar, duit hasil kebun dan duit tempahan membuat kek dan sambal pecal.

tiap kali aku kenangkan balik, airmataku takkan berhenti mengalir. aku sudah tidak punya masa lagi untuk Ummi and adik2. masa banyak terluang untuk mak. ada ketikanya bila aku pulang rumah ummi, sms2 mak membuatkan aku rasa bersalah.
kan bagus andai tiap kali balik kampung, aku boleh balik rumah ummi and abg balik rumah mak.

saudara mara dah mula merajuk sebab sejak aku kahwin, aku dah tak pernah lagi melawat mereka walaupun dihari raya samada raya Aidilfitri mahupun raya Aidiladha.
adakah silap aku kerana sedih tentang hal ini. adakah aku berdosa kerana punya perasaan sebegini terhadap mak.
aku sayang mak and abah, tak pernah terlintas untuk membeza2kan antara mak and ummi. tapi sampai bila aku perlu pendamkan semua ini sendiri.

saat ini aku sangat2 rindukan abah tapi hati sangat tawar nak pulang ke kampung hanya disebabkan perasaan rajukku ini terhadap mak. walaupun abah adalah mertua tapi abah faham aku. disaat aku sakit dan tak berapa sihat, abah faham bahawa aku tak larat nak bawa mak berjalan ke sana ke mari. tapi larangan abah tak pernah diendahkan. apapun, terima kasih yang tak terhingga buat abah kerana memahami.

mungkin aku perlukan masa untuk mengembalikan perasaan asalku.
sikap abg juga perlu berubah, demi masa depan rumahtangga ini.

Ya Allah ya tuhanku, Kau berikanlah aku kekuatan dan kesabaran yang tinggi untuk aku melalui semua ini.
buat mak abah, nana doakan moga mak abah sentiasa sihat dan sejahtera.
buat ummi dan adik2, ampunkan nana dari hujung rambut hingga hujung kaki. ummi dan adik2lah harta nana paling berharga dalam dunia ni. nana takkan pernah lupa tanggungjawab nana dan nana akan sentiasa cuba untuk beri yang terbaik.
Ya Allah, Kau permudahkanlah segalanya.

Sunday, January 11, 2009

Sunday & what was yesterday

11.1.2009
Happy Birthday Nabilah.. dah makin tua adik Kak Nana ni. Hope u getting wiser and better.


Yesterday woke up quite late coz after subuh and abg went office, sambung jadi sleeping beauty.
sedar2 dah pukul 9.30am. MasyaAllah, kelam kabut basuh baju, kemas rumah sikit2 and mop lantai.

then, prepare lunch coz guests nak datang by 12. they reached my house about half an hour jugaklah baru lunch ready. sorry ladiessss..

menu; udang sambal petai, ikan bawal masak sambal, telur masak kicap kari, tumis kacang buncis+pedal, ulam kacang botol, timun and sambal tempoyak.
seronok tengok kawan2 berselera makan.

Sis Liza, Yan and her sister Ijun. 1st time met Ijun, rajin dia duduk kat dapur interview i itu and ini. like my sister, saiz pun lebih kurang sama. sambil sembang2 tu she said.. betulla kak yan cakap, kalau jumpa kak nana ni, baru 1st time jumpa pun dah rasa comfortable..

aahhhaaa... why ye? because im friendly of talkative? ahaks, i becok kot.. ;p

while they were on the way, kak liza sempat text me to makesure that my camera battery is enough for them. tak lain tak bukan, nak sawan bergambarlah tu.
seeee...

after solat, Tina texted. she is in E// office. ala, if she let me know earlier boleh join makan sama2. must be fun kan, the more the merrier..
............................

And today, alone. Hubby is working.
dia ajak keluar, malas betul nak keluar... aku pujuk dia but via sms la. says, will prepare special dinner tonight. tak menjadi, dia paksa jugak keluar rumah dengan alasan aku tak keluar rumah sejak Jumaat lepas office hour. bukan mati pun kalau stay kat rumah je.

abg drive thru kan prosperity burger, terkenyang betul. maghrib tu ajak pergi pasar malam, benci betul. malassssssssss. pandai betul dia pancing, balik kerja tu aku macam biasa, urut and picit2 badan abg. then dia cakap nak upah and belanja bakso. wooooww, best best. favourite.
so end up, keluar jugak pergi pasar malam.

wedding Mawi and Ekin 1001 malam memang best. unfortunately to me, the organizer was not well prepare. more than once minus one silap. Event Management mana tu? embarassing. those guests bukannya ketua2 kampung, they are SOMEBODY. with that mistake, even small, maybe something wrong with the PA system or minus one..thats unacceptable.
3 weeks preparation should be enough to make it run very2 smoothly.