Thursday, February 19, 2009

Serabut

hari yang serabut..
banyak benda..
meeting tadi pun rasa takde mood je.. urrkk, Edwin perasaan pulak tu aku serabut hari ni.

malam tadi tak sedar pukul berapa hubby aku tu terjatuh dari katil. sedar2 pukul 4pagi badan dia panas sangat. Ya Allah, aku terus gerakkan dia tanya to makesure whether he is ok or not. dia bagitau yang dia jatuh dari katil, badan sakit2 and pening kepala. aku terus picit kepala and peluk dia kuat2. kesiannya abg, dahlah jatuh, wife tidur mati pulak tu. usap2 and urut2 sikit badan dia. this morning breakfast pun dia tak larat. i prepared simple one, wholemeal bread bakar sandwich with cheeze and telur goreng, dia makan sikit je telur tu sikit pun dia tak jamah, dia kata tak sedap badan and nak muntah.
today, keep calling him. suruh cuti taknak, nak kerja jugak. tapi dia cakap nak balik awal. aku pun not really in good mood. kejap2 lagi nak baliklah..
rasa bersalah sangat sebab tak sedar masa hubby jatuh katil :(
im truly sorry sayang..

Wednesday, February 18, 2009

Buat Renungan Seorang Teman

perasaan nak menulis ni datang setelah mendengar sebuah luahan.. so reached home, decided not to cook and tonight will be having dinner outside. called Vicchuda already and ordered some menu, now im waiting for my husband.
tomorrow i wont be in Cyber, going for meeting @ DiGi thats why im writing this now so that she may read it tomorrow morning.

sepanjang perjalanan dari office tadi aku bertemankan airmata teringatkan luahan hatinya dan terkenangkan kisah aku dan suamiku dulu.

sahabatku, angaplah ini sebagai dugaan, cabaran menuju ambang perkahwinan. aku faham bagaimana perasaannya sebab aku pernah melaluinya dulu. jangan difikirkan sangat ye. andai dialah insan yang sering kau perlukan disaat dan ketika sedih, benarlah dia insan yang bakal sentiasa kau perlukan sepanjang hidup yang mendatang.
dulu, sehari sebelum hari pernikahan dengan zarul, seharian aku berkurung dan menangis dalam bilik. aku tertanya2 dan tak pasti benarkah keputusan yang aku ambil untuk mengahwininya... tapi pernikahan itu kuturutkan juga. dan kini, alhamdulillah babe, aku rasa bersyukur sangat jadi isteri kepada seorang suami yang sangat baik dan penyayang. memahami dan sentiasa bersama dalam segala hal.
dan aku yakin kau jua bakal menempuhi kebahagiaan sendiri. dalam hidup ini, bila kita sedih dan diwaktu itu kita sangat perlukan dia, yakinlah memang dialah yang ditakdirkan tuhan untuk hidup bersama dengan kita, dialah lelaki yang diciptakan tuhan untuk sentiasa berada disamping kita disaat gembira dan duka. itu bermakna lelaki itu mampu meredakan kedukaan yang kita alami.
dulu, andai aku sedih, aku akan cari zarul sebab aku rasa hanya dia yang mampu.. dan perasaan berbelah bagi waktu nak kahwin dengan dia dulu aku tolak tepi bila aku mengenangkan kemampuan dia meredakan kesedihan aku.
hari ni aku terlalu bahagia babe, bersuamikan zarul.
begitu jugak aku nak kau yakin babe dengan semua ni. insyaAllah semuanya akan berjalan lancar, yakinlah dan sentiasalah mohon kekuatan dari Allah. Allah itu maha mengetahui dan maha penyayang.
ini mungkin hanya menguji kekuatan cinta dan kasih sayang kita babe. sabar banyak2 ye, aku doakan moga kau tabah hadapi semua ni. take care.

Saturday, February 14, 2009

Yesterday...


Lunch with Bunny @ Penang House Assam Laksa. big portion, burrppp.. kenyang.
Bunny sangat pandai mengambil gambar sendiri, centre je gambar tu. then she said, aku kan dah lama berkecimpung dalam bidang ni.. hak hak, terkekek2 aku dengar dia cakap macam tu..
Shopping menghabiskan duit (Valentine Present for my husband) and kembar baju T-Shirt MSS..

Today, hubby is working.. so bolehlah masak nasi ayam dengan aman tanpa gangguan. kekkekkkeke..

Friday, February 13, 2009

Goodbye To U My Trusted Friend



MUTIARA BUAT ISTERI SOLEHAH

MUTIARA BUAT ISTERI SOLEHAH

”Sesungguhnya apabila seorang suami menatap isterinya dan isterinya membalas pandang (dengan penuh cinta dan kasih), maka Allah menatap mereka dengan pandangan kasih mesra dan jika suami membelai tangan isterinya, maka dosa mereka jatuh berguguran disela-sela jari tangan mereka.” ( Hadith riwayat maisaroh Ali daripada Abu said Al-Hudri)

”Jika seorang isteri itu telah menunaikan solat lima waktu dan berpuasa pada bulan ramadhan dan menjaga kemaluannya daripada yang haram serta taat kepada suaminya, maka dipersilakanlah masuk ke sy urga dari pintu mana sahaja kamu suka.” (Hadith Riwayat Ahmad dan Thabrani)

”Tidak dihalalkan bagi seorang isteri yang beriman kepada Allah untuk mengizinkan seseorang masuk ke rumah suaminya. Padahal suaminya tidak senang.” (Hadith riwayat Hakim)

”hak suami terhadap isterinya adalah isteri tidak menghalangi permintaan suaminya sekalipun semasa berada di atas punggung unta tidak berpuasa walaupun sehari kecuali dengan izinnya, kecuali puasa wajib. Jika dia tetap berbuat demikian, dia berdosa dan tidak diterima puasanya. Dia tidak boleh memberi, maka pahalanya terhadap suaminya dan dosanya untuk dirinya sendiri. Dia tidak boleh keluar dari rumahnya kecuali dengan izin suaminya. Jika dia berbuat demikian, maka Allah akan melakntanya dan para malaikat memarahinya kembali dan bertaubat, sekalipun suaminya itu adalah orang yang alim.” (Hadith riwayat Abu Daud Ath-Thayalisi daripada Abdullah Umar)

”sesungguhnya setiap isteri yang meninggal dunia yang diredhai oleh suaminya, maka dia akan masuk syurga.” (hadith riwayat Tirmizi dan Ibnu Majah)

”Tidak sempurna dan lengkap seseorang mukmin kemudian daripada taqwa kepada Allah itu yang terlebih baik daripada isteri yang solehah. Apabila dipandang menyukakan hati, apabila disuruh ia taat. Dan apabila tiada suaminya ia memelihara maruah diri (kehormatannya) dan harta suaminya.” (maksud hadith)

”seseorang perempuan tidak menunaikan hak Allah Taala sehingga ia telah menunaikan semua hak suaminya. Jikalau dikehendaki oleh suaminya sekalipun di atas timbunan duri tidak mencegahkan dirinya.” (Maksud hadith)

”Dunia ini perbendaharaan, dan sebaik-sebaik perbendaharaan itu ialah isteri yang salihah.” (Maksud hadith).

Thursday, February 12, 2009

as of today, Thursday

yes, tomorrow is Friday.. which means NO WORK on the following day.

tadi CORE Meeting @ DiGi, had lunch with Tina. best betul, lady's talk! about life, about future, about marriage.. about her MKB, hee heee..

guess who is in town?? yesterday and today, sitting @ hotdesk (workstation can be anywhere).. suddenly someone came and do this..
peace!!
nasib baik tak melatah.. bila masa mamat ni sampai malaysia pun i dont know.
yes, my big brado is here.. hey dude, u owe me lunch! ahaks :)

Wednesday, February 11, 2009

Weekend + TGV + Borneo Rainforest




Wednesday, as usual. banyak pulak workload hari ni, had my lunch here at my workstation in front of this pc and doing work. my friend bought for me.

my weekend+thaipusam public holiday was very good. me and hubby went to Sunway Pyramid and watched Underworld on Saturday. Sunday we both went to Alamanda, at night were joined Bunny and her hubby to be... where to...? ahaks, Borneo Rainforest. dah lama tak layan live band.