Thursday, November 25, 2010
24th NOV 2010
sesungguhnya aku telah gagal, aku gagal mempertahankan rumahtangga ku..
Ya Allah, berikanlah aku kekuatan untuk ku mulakan hidup baru, untuk ku terus melangkah meneruskan kehidupan.
aku redha dia terus menerus memburuk2kan aku kesana kemari, teguhkan imanku untuk ku terus menjaga aibnya Ya Allah.
sesungguhnya aku percaya, bila kita redha menjaga aib manusia didunia, InsyaAllah aib kita akan dilindungi Allah di akhirat nanti..
InsyaAllah..
Alhamdulillah, dalam kesabaran aku temui ketenangan.. pada ayat2 suci Mu kutemui kekuatan..
Ya Allah, betapa besar hikmahMu Ya Allah atas dugaan yg Kau berikan ini..
tetapkanlah imanku untuk kuteruskan niat menjaga auratku Ya Allah, aku bukan hanya ingin menjadi muslimah yg berhijab tapi aku ingin menjadi muslimah yg sebenarnya muslimah.
Kau peliharalah tingkah lakuku Ya Allah, Kau jagalah setiap kata2 yg keluar dari mulutku Ya Allah, agar hijabku bukanlah sekadar sandiwara dunia..
insyaAllah..
Sunday, November 21, 2010
those to be deleted
but now, 1.45am.. still awake. deleting those pics of my ex husband in my FB photo album. Alhamdulillah, hari ni aku punya kekuatan untuk memadam semua gambar2nya walaupun ada ketikanya airmata bergenang.. tapi untuk apa lagi kusimpan, cintanya bukan lagi milikku..
aku redha Ya Allah, berikan aku kekuatan..
Thursday, November 18, 2010
Aidil Adha 2010
terasa nikmat bersujud di masjid dan dipancari matahari pagi aidiladha. subhanallah..
indahnya apa yg kurasa saat itu hanya Allah saje yg mengetahui
airmataku mengalir deras tak tertahan, sedih atas segala yg terjadi bercampur dgn rasa syukurku padaNya..
walaupun hiba terasa, di masjid itulah aku dinikahinya satu ketika dulu..
dan dimasjid itu jualah arwah datukku menghembuskan nafas terakhir ketika sedang membaca khutbah jumaat.
dan itulah masjid dimana jenazah arwah abi kesayanganku disembahyangkan..
tapi aku tetap bersyukur dgn nikmat dan dugaan yg Allah beri padaku
usia yg dipanjangkan hingga aku dapat merasai kesyahduan aidiladha pada tahun ini
walaupun aidiladha kali ini kurang bermakna buat aku dan keluarga, kehilangan sebilangan saudara mara yg menjauhkan diri dan menghukum aku hanya dgn mempercayai cerita dan fitnah dari pihak bekas suamiku
tapi Alhamdulillah, hubungan aku, ummi dan adik2 bertambah erat
masyaAllah, betapa besarnya hikmah Allah swt..
salam aidiladha buat semua umat islam..
selamat hari raya qurban.. dan istilah qurban bagiku kali ini adalah qurban kasih..
keperitan yg harus kutelan jua.. tapi akan ku cuba untuk terus tabah mengharunginya, insyaAllah
insyaAllah..
Tuesday, November 16, 2010
Sunday, November 14, 2010
auratku..
gambar2 seksi aku sebelum kahwin dicanang kesana kemari dan ditunjuk pada orang sana sini. Astaghfirullahalazim, betapa maruah aku bagaikan dipijak2 oleh suami sendiri yg aku terlalu sayang and sanjung selama ni.
aku mohon padaMu Ya Allah semoga terus diberikan kesabaran dan keteguhan untuk terus menjaga maruah dan aib suami. aku redha dia melakukan sedemikian, kerana Allah maha mengetahui akan kebenarannya dan DIA lah juga yg maha berhak memberikan hukuman.
inilah pengajaran dariNya agar aku sentiasa berhati2 menjaga aurat ku dimasa akan datang.. insyaAllah..
Saturday, November 13, 2010
Ujian Ini, AnugerahMU
aku redha sebab Allah itu maha mengetahui..
cuma diri ini terlalu kesal, tiada satu pun penjelasan yg diminta dariku, hanya mendengar dari sebelah pihak dan akhirnya aku disalahkan bulat2. remuknya hatiku kerana niat menjaga maruah suami akhirnya memakan diri sendiri.
dalam rumahtangga memang suami isteri tak lari dari buat kesilapan, masing2 ada salah dan silap sendiri.. suami dan isteri itu sendiri yg lebih faham kelebihan dan kekurangan pasangan masing2, dan yg tahu perkara sebenar hanyalah aku, dia dan ALLAH. memang selama ni kami nampak terlalu bahagia, bagiku menyembunyikan masalah rumahtangga kami adalah tanggungjawab aku sebagai isteri. selagi aku mampu, aku cuba pertahankan tapi apakan dia, ini ketentuan jodoh kami.. berakhir sudah, bertahan hanya setakat ini.. Ya Allah, aku redha atas semua ni Ya Allah..
aku pasrah Ya Allah..
ujian ini kujadikan sesuatu untuk aku sentiasa muhasabah diri, memperbaiki setiap kelemahan dan kekurangan yg ku ada.. Alhamdulillah Ya Allah, aku tetap bersyukur padaMu atas dugaan ini yg membuatkan aku lebih dekat denganMu. maafkan kealpaanku yg selama ini kurang melebihkan masku untukMu.. kau berikanlah aku petunjuk dan hidayahMu agar aku terus menuju kejalanMu, Ya Allah..
Wednesday, October 27, 2010
kekuatan dariMu kupohon
untuk aku terus kuat dan tabah untuk melalui saat getir ini Ya Allah..
untuk aku menghadapi dugaanMu Ya Allah..