Saturday, July 16, 2011

teman ke Masjid Besi

teman...
semakin kita berjalan, Allah akan sentiasa mengurniakan insan2 dalam hidup yg sesuai dgn perjalanan kita
ditakdirkan setiap hari ke tempat kerja menaiki ERL yg sama
saban pagi menuju kota dan kembali pulang bila tibanya senja

saat pertama kali bertegur sapa hinggalah ke masjid besi putrajaya bersama-sama
segalanya indah dengan izinNYA
alhamdulillah, syukurku kpd Allah swt
dikurniakan teman yg sering membuatkan aku teringat padaNYA
semakin kerap ke masjid besi putrajaya menunaikan yg fardhu

dari putrajaya sentral, pasti kesana utk menunaikan maghrib atau isha' sebelum masing2 pulang kerumah
bicara yg sentiasa tentang kehidupan dan nikmat pemberian dari yg ESA
kalimah bismillah sentiasa membasahi bibir setiap kali memulakan sesuatu
lagu2 nasyid dan kalimah2 Allah sering berkumandang diradio kereta
walau ada ketikanya lagu jiwang juga ke udara
tapi MAHA SUCI, MAHA PENCIPTA tidak pernah dilupa

bersamanya dadaku lapang
berbicara dengannya mindaku tenang
mendengar nasihatnya, membuat ku hilang rasa bimbang
mungkin kerana sama2 matang..

semoga dpt kita meraih redha dan rahmat Allah dalam bersahabat
sentiasalah saling ingat mengingat
dikala ada diantara kita yg terlupa
andai antara kita ada leka
tegurlah, agar kembali sedar di alam yg nyata
agar tidak lupa pada MAHA SEGALANYA
dan agar kita sentiasa mengingatiNYA
mensyukuri setiap pemberianNYA

dan aku.. menyayangimu sahabat, kerana agama yg ada pd dirimu
dan aku.. menyenangimu, kerana bicaramu dan ketenangan yg ada padamu
aku mencintaimu teman, semata2 kerana Allah
cinta kerana Allah
takkan pernah ku mampu kehilanganmu
tapi andai itu takdirnya, mungkin satu masa nanti aku pasti redha melepaskan kau pergi semata2 keranaNYA
semoga silaturrahim ini akan sentiasa dirahmati selalu
dan dibawah lindunganNYA

setiap ukhwah yg terjalin, setiap silaturrahim yg dikurniakan olehNYA pasti ada rahmatnya

when Malay & Irish....








inilah dulu buat sementara waktu.. melambak sangat lagi gambar yg ada, taruk semua kat sini nanti alamatnya muntahlah tengok..


can still remember when i introduced him to my Italian friend... he is my soulmate, my everything, the one who i cant afford to lose to.

just like what i said to him last night, what should we do for our anniversary...

ours??? no no no..


what so coincidence.. we both were married on 8/8/08

memories will always there.. take it as it is because its meant to happen that way. destined to got married to learn what is marriage all about.

Sunday, June 19, 2011

kehidupan..

dalam kita melangkah, menjalani kehidupan.. ada ketikanya terasa lelah, ada waktunya seperti hampir rebah. langkah demi langkah tetap diteruskan walau pernah tersungkur, bangun kembali, merawat luka dan bangkit menjadi lebih kuat dan tabah. perjalanan masih jauh dihadapan, berkali terjatuh bukan bermakna apa yg didepan hanya tinggal kemudahan. banyak lagi liku2 yg menanti. iman lah yg menjadi bekalan untuk kita mengharungi kesukaran yg mendatang.

kerana kehidupan yg Allah pinjamkan ini tidak dijanjikan dgn kesenangan yg berpanjangan, ia ibarat sebuah pengajian untuk kita belajar mengenali PENCIPTA.

kesenangan itu hanya ada di akhirat, setiap musibah dan dugaan yg datang dalam perjalanan kehidupan kita di dunia, sabar dan tabahlah, redha menghadapi segalanya. bersyukur dgn setiap nikmat dan pemberian dariNYA. mudah2an ia akan menjadi bekalan kita di sana nanti, insha Allah.

Monday, June 6, 2011

cerita cuti me & soul mate

bila dia tiada, tetap ku bawa keretanya ke kelas ABIM tiap ahad. semoga Allah memberkati perjalanku menimba ilmuNya, dan memberkati kenderaan yg kunaiki juga. semoga rahmat dan hidayah Allah akan sentiasa bersamanya untuk dia lebih kuat dalam islam. insha Allah. Ya Allah, sesungguhnya Kau maha mendengar setiap doa hambaMu ini.

hari ni awal pagi dah ke KLIA menjemput dia. pastu dia mengadu sakit telinga, sepantas kilat kereta ku pandu ke clinic Gomez Cyberjaya. dari minggu lepas dah ku kasiktau suruh pergi clinic, degil kan. lepas je check and dapat ubat semua, terus pergi sarapan sebab nak kena makesure dia makan ubat. siap buat muka sebab kena telan semua ubat2 tu, banyak jugak.

siap sarapan, ke pasar borong equine beli barang2 memasak sebab ummi and adik2 ada kat rumah and esok insha Allah kami akan makan malam beramai2. so macam biasalah, beli ikan bawal emas kegemaran dia, ummi pun dah tau yg dia memang suka ikan bawal. balik sampai je rumah dapat sms dari Suzi my lovely friend, alhamdulillah dah dapat anak buah baru. ni yg best ni nak tengok baby, best best best.

seronok rasanya bila tengok adik2 and ummi happy, alhamdulillah. kegembiraan ni dapat dikongsi dgn soul mate, teman yg aku sendiri tak mampu untuk kehilangannya.
aku bersyukur dgn setiap kegembiraan dan setiap nikmat yg Allah kurniakan padaku.
alhamdulillah..

mujur hari ni Huawei cuti, boleh rest sebab tgh sgt low blood pressure. tapi tadi ada jugak orang Ericsson tu dapat cuti dari doctor, haisssshhhh.. dengki la tu tengok saya cuti hari ni kan.
but i still got calls from work, its ok, fine.. im working 24seven kan :)

Tuesday, May 31, 2011

Sakit itu penghapus dosa kecil

sakit dan dugaan itu datangnya dari Allah s.w.t, jika diterima dengan sabar dan redha, akan menghapuskan dosa dosa kecil.

maka, bagi mereka yang mensyukuri nikmatNya walaupun diberi kesakitan, insya Allah akan menerima ganjaranNya.

semoga kita sentiasa tergolong dalam golongan insan insan yang sabar, redha dan sentiasa bersyukur dengan pemberianNya. amin.