Wednesday, March 14, 2012

Solat Sunat DHUHA Memurahkan Rezeki

Assalamualaikum pembaca yg tersayang yg dirahmati Allah,

Solat sunat Dhuha ini dikerjakan pada ketika sedang naik matahari (anggaran 8.00 pagi hingga 11.00 pagi).
Solat sunat Dhuha ini dilakukan sebanyak 2 rakaat. boleh juga dilakukan sebanyak 4, 6, 8 sehingga 12 rakaat dan setiap dua rakaat satu salam dan boleh juga setiap 4 rakaat satu salam.

Cara melakukan solat Dhuha:
a) Bacaan niat solat sunat Dhuha Ertinya: "sahaja aku solat sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Taala".
b) Bacaan rakaat pertama surah Al-Fatihah dan As-Syam
c) Bacaan surah rakaat kedua surah Al-Fatihah dan Ad-Dhuha
d) Setelah selesai salam, lalu membaca doa

maksudnya;
"Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikannya adalah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu. Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu, limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh."

Kelebihan: Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud:
"Barangsiapa yang melakukan solat Dhuha membaca rakaat pertama surah Al-Fatihah dan ayat Kursi 10 kali, dan pada rakaat kedua surah Al-Fatihah dan Al-Ikhlas 10 kali, nescaya ia mendapat kerelaan Allah Yang Maha Besar." (HR. Anas B Malik).

"Barangsiapa yang mengerjakan solat Dhuha dengan terus menerus, akan diampuni dosanya oleh Allah, sekalipun dosa itu seluas lautan." (HR Tirmizi)

"Rasullullah S.A.W bersabda: setiap pagi masing-masing persendian/ruas tulang daripada kamu sedekah, dan setiap bertasbih sedekah dan setiap tahmid (ucapan Alhamdulillah) itu sedekah, dan setiap ucapan takbir itu sedekah, dan menyeru dalam kebaikan sedekah, dan melarang dari perbuatan jahat itu sedekah, dan sebagai ganti semua itu, cukuplah dengan mengerjakan solat Dhuha dua rakaat." (HR Ahmad, Muslim dan Daud)

Rujukan : koleksi 100 solat-solat sunat oleh Al-Fadhil Al-Ustaz Hj. Ahmad B. Hj. Ibrahim. terbitan Al-Hidayah Publisher

Friday, March 9, 2012

Menara TM

Currently @ Menara Rebung for presentation of Technical Proposal.. Tiba2 terfikir~~ best kot keje TM..

Monday, March 5, 2012

PERJALANAN HIDUP SATU AMANAH

Sesungguhnya hidup adalah tanggungjawab yg setiap detiknya akan dipersoalkan disana nanti..
Hidup takkan pernah lari dari diuji..
Dalam saat berdosa pun kita akan diuji utk menggugurkan dosa2 kita..
Malah dlm saat beriman ujian diturunkan utk meningkatkan darjat kita..
Hati yg beriman akan sentiasa tenang menerima apa jua ujian & dugaan..
Moga Allah sentiasa beri kekuatan serta ketabahan.

Kehambaan

Jgn kau biarkan senyuman menghiasi bibirmu mengenangkan amal2mu,
Basahkanlah pipimu dgn airmata mengenangkan dosa2 yg di perbuat,
Mengenangkan amal & tanggungjawab yg sering terlewat,
Anggaplah diri kita sentiasa berdosa sekalipun kita tak nampak dosa kita AGAR kita kekal berhati HAMBA..

Sunday, March 4, 2012

Penaku Terhenti

Malam dingin, Duduk di buaian,
Disapa angin, Ku amati sebuah kehidupan..

Thursday, February 16, 2012

Sunday, January 1, 2012

01.01.2012

Tahun telah berganti
DAN semoga kita semakin dekat dgn Allah,
dekat juga dgn orang2 yg dekat dgn Allah,
dan dekat kepada segala sesuatu yg mendekatkan kpd Allah..
Ameen..