Thursday, March 22, 2012

Objektif Sebuah Kehidupan

SEKILAS ku renung langit,
Dada ku terasa sempit,
Bagaikan dihimpit..
Merasakan betapa sedikit..
Bila dibandingkan dgn OBJEKTIF aku dihidupkan dibumi ini..

Ya ALLAH, terlalu banyak yg KAU berikan,
Terlalu sedikit syukur kupanjatkan..

Cinta AGUNG


Apabila kita mencintai ALLAH,
hakikatnya kita akan memiliki segala-galanya.
Inilah cinta yang tidak akan pernah terpisah oleh ruang, jarak, masa, harta dan kematian.
*perjalanan musim yg lepas di New Zealand, indah ciptaan Allah. Subhanallah.

Pemilik Cintaku Selepas Allah & Rasulullah


Seramai mana pun yg terlihat,
Sekacak mana pun yg mendekat,
Cuma SATU yg ada dihati,
DAN takkan pernah mampu terbahagi..
PEMILIK CINTAKU SELEPAS ALLAH & RASULULLAH
Farhana Sairuji's FB on 29th FEB

Tuesday, March 20, 2012

Jalanilah PerancanganNYA

Mengertilah, Pertemuan itu ketentuan Allah.
Percayalah, Perasaan itu kurniaan Allah.
Redhalah, Jodoh itu rahsia Allah.

Setiap babak yang tertulis,
Setiap episod yang dilalui,
Segalanya telah pun dirancang indah oleh Allah

Monday, March 19, 2012

Pengertian IBADAH

Ibadah itu luas pengertiannya. Seluas lautan yang tak bertepi. Ibadah tidak terbatas pada sembahyang sunat berpuluh-puluh rakaat. Ia tidak terbatas pada puasa sunat seperti puasa. Pun tidak dikhususkan kepada membayar zakat, menunaikan haji dan sebagainya.

Ibadah adalah pengabdian diri kepada Allah. Dan antara bentuk pengabdian diri yang tidak ketara dan tidak perlu mengeluarkan tenaga ialah ingatan hati dan rintihan hati kepada Allah. Ia merupakan ibadah yang besar nilainya di sisi Allah. Mudah tetapi tidak ramai yang mampu melakukannya.

MENGINGATI ALLAH JUGA DIKIRIRA IBADAH kerana ia menandakan seorang hamba itu benar-benar berhati hamba. Hamba yang tak punya apa-apa. Yang sewaktu datang ke dunia, tak membawa walau seurat benang di tubuh. Justeru hati sentiasa ingat kepada Yang Maha Pencipta, sentiasa mengharap bantuan-Nya dan sentiasa bergantung kepadaNya. MengingatiNya menimbulkan rasa syukur atas segala nikmat kurniaanNya.

Renungilah sabda kekasihNya dalam sebuah hadis Qudsi yang bermaksud:
“Wahai anak Adam! Jika engkau ingat kepadaKu, Aku juga tetap ingat kepadamu. Dan jika engkau lupa kepadaKu, Aku masih ingat terus kepadamu. Apabila engkau taat kepadaKu, maka pergilah ke mana saja yang engkau suka, di tempat engkau mematuhiKu dan Aku mematuhimu, dan engkau mengikhlaskan kecintaanKu kepadamu, kemudian engkau memalingkan diri daripadaKu, sedang Aku tetap mengambil berat terhadapmu. Siapakah yang memberimu makan sewaktu engkau masih janin di dalam perut ibumu. Aku tetap menguruskan segala keperluanmu dengan baik, sehingga terlaksana semua takdirKu terhadapmu. Apabila Aku lahirkan engkau ke alam dunia, engkau lalu membuat maksiat. Bukan begini sewajarnya balasanmu terhadap siapa yang berbuat baik kepadamu”

Sunday, March 18, 2012

Save The DATE - 18th MARCH 2012


Aku hanya hambaMU yg lemah, Yg hanya mampu berserah, Kerana sesungguhnya ENGKAU yg MAHA Mengetahui, Setiap apa yg tersembunyi, KAU permudahkanlah Ya Allah

Sempurnakan Langkahku

Ku tahu masa itu kan tiba,
Saat ku kan tinggalkan dunia,
Ya Allah sempurnakan langkahku..
Saat hati berperang melawan bisikan syaitan,
Tika jiwa berjuang mempertahankan iman,
Betapa rahmatNYA melimpahkan kasih sayang,
Sbg bekalan meneruskan perjalanan..

Moga Allah sentiasa memegang hati kita,
Agar teguh melangkah demi kembali padaNYA. Amin..