Saturday, August 8, 2009

As of 08.08.09

Since 08.08.08 until now, time flies and today, its already a year we've been attached each other as husband and wife..

Alhamdulillah, genaplah setahun kehidupan kami sebagai suami isteri. Sempena ulangtahun yang pertama ni, syukur kepada Allah swt kerana dengan izinNya jodoh kami bertahan hingga ke saat ini dan semoga ianya akan terus kekal hingga akhir hayat.

Buat keluarga, saudara dan teman-teman, doakan ikatan silaturrahim kita berpanjangan dan semoga dimurahkan rezeki serta sentiasa dibawah lindungan Allah swt.

Salam bahagia dari kami - Zahrul & Nana
(copy and paste from sms my husband to all family and friends)


Buat suamiku, lelaki yang tercipta untukku di dunia mahupun di syurga (mudah-mudahan)
Menyintaimu ibarat nadiku, menyayangimu ibarat nafasku, menghormatimu ibarat sendiku, mentaatimu ibarat ibadahku, dan membahagiakanmu ibarat hidupku.....

'ikatan cinta ini, biarlah abadi... dah sentiasa diberkati..'

Amin yarabbal alamin....

Friday, August 7, 2009

Hard Rock Cafe, Makati - Philippines

i have to decide which one i need to buy due to 'kos lepas'... i wish to have black, pink and white but of course so i must pick the best..



3 above are the nicest... but pink, i cant.. due to the image at the back..



is it sexy for v-neck design? tak kot.....

Tazkirah Jumaat




Thursday, August 6, 2009

MEMPERBAIKI MUTU PERKHIDMATAN ADALAH SATU USAHA YANG BERTERUSAN



Bismillahirrahmanirrahim..

MEMPERBAIKI MUTU PERKHIDMATAN ADALAH SATU USAHA YANG BERTERUSAN

terasa macam buat karangan bahasa malaysia satu ketika dahulu zaman persekolahan. ini mungkin cara yang terbaik untuk mengelakkan salah faham akan isi yang disampaikan.

- Tiada Manusia Yang Sempurna.
ada sesetengah manusia yang sentiasa menggunakan fakta tersebut sebagai alasan menutupi kesalahan yang telah dilakukan. ya, manusia takkan lepas lari dari lakukan kesilapan tapi kesilapan yang berulang2 kali wajarkah kita kaitkan dengan fakta tiada manusia yang sempurna. bukankah kita hidup perlu belajar dari kesilapan, dan dari kesilapan itu kita perlu lakukan yang lebih baik supaya sentiasa menjadi yang terbaik dari sebelumnya.

ada juga segelintir manusia yang gemar menuding jari kearah orang lain sedangkan diri sendiri telah pun diamanahkan untuk melakukan sesuatu tugasan. saya tidak pun terlintas untuk menyalahkan mana-mana pihak dan kebetulan bila ditanya dengan sesuatu soalan, saya terfikir2 apa yang perlu saya ketengahkan demi mengelak kejadian berulang. saya protes hujah dan jawapan pembaca ruangan tragedi yang saya ceritakan kerana kelihatan seolah2 menyalahkan orang ramai dan menyatakan orang ramai tidak menghulurkan bantuan. saya yakin masih ramai lagi masyarakat kita yang prihatin.

saya teringat satu kejadian yang berlaku di kampung saya beberapa bulan sebelum ini, satu rumah telah terbakar bahagian dapurnya. ketika itu saya dan suami dalam perjalanan pulang ke rumah bersama nenek saya. tiba2 kami terlihat kepulan asap hitam, saya dan suami dengan segera memberhentikan kereta dan segera berlari ke arah rumah berkenaan. saya sempat berpesan agar nenek mengunci pintu kereta dari dalam sebagai langkah keselamatan. ketika itu bomba masih belum tiba, saya berlari ke arah seorang perempuan tua yang masih lagi duduk di tangga rumah dan memimpinnya beredar dari tempat kejadian. saya mencari2 jika masih ada mangsa terperangkap, tidak terlintas untuk saya menyelamatkan harta benda, apa yang penting adalah nyawa. ada wanita mengandung yang masih lagi disitu, menyelamatkan nyawanya adalah yang utama memandangkan api semakin marak membuatkan badan saya terasa sangat panas dek kerana bahang api.

dalam masa yang sama orang ramai mula menghampiri bila menyedari kejadian itu. suami saya dan beberapa lagi pemuda yang lain membantu mengalihkan beberapa motorsikal dan basikal yang berada di bawah rumah. beberapa orang lagi cuba menyelamatkan tv dan perabot kayu jati. saya menjerit pada suami saya agar mengalihkan kereta tuan rumah yang berada dihalaman rumah kerana risau api menyambar kereta itu lalu meletup. sempat suami kepada wanita mengandung tadi (tuan rumah) menyambar kunci kereta lalu kereta itu akhirnya berjaya ditolak agak jauh dari rumah berkenaan.

api semakin marah dan letupan terjadi satu persatu akibat dari tong2 gas yang berada didalam rumah itu barangkali. ramai yang bertungkus lumus menyelamatkan keadaan dari menjadi lebih teruk sementara menanti pihak bomba tiba. ramai juga yang berhenti di tepi2 jalan untuk menyaksikan, mungkin kerana takut mereka sendiri disambar api atau mungkin juga mereka lihat sudah ramai bilangan yang membantu.
ketika bomba sampai seluruh rumah telah dijilat api, kesesakan lalu lintas juga menyebabkan mereka tidak dapat tiba di tempat kejadian dengan lebih awal.

tidakkah anda terfikir orang ramai juga punya perasaan dan sikap keprihatinan? apakah agaknya yang terjadi sekiranya orang ramai tidak membantu dan hanya menanti pihak bomba sampai.?

saya faham akan keadaan air dari paip bomba yang agak mengambil masa untuk menyembur laju dan dengan itu apabila ditanya, saya terfikir untuk menyuarakan tentang alternatif lain sementara menunggu air menyembur deras. bagi saya kereta jauh lebih kecil saiznya jika dibandingkan dengan sebuah rumah yang besar dan saya juga faham setiap kebakaran ada cara tersendiri yang lebih berkesan. bukanlah maksud saya untuk memadam api dengan bertong2 pemadam api atau berhelai2 guni/gebar tapi maksud alternative yang dimaksudkan adalah sesuatu yang boleh digunakan sebelum paip air berfungsi sepenuhnya. jadi sekurang2nya ada tindakan awal yang diambil untuk selamatkan keadaan sebelum air menyembur dengan deras. mungkin tidak banyak kuantiti yang akan digunakan.
saya bukan pihak yang arif tentang itu jadi perlulah saya bertanya pada orang yang saya ingat lebih arif tentang itu.

dan saya tidak setuju dengan tindakan menyalahkan orang ramai yang hanya lalu lalang sedangkan dengan kebetulan mereka lalu disitu dan tidak tahu pun samada masih ada mangsa didalam kereta tersebut atau tidak. mereka yang memandu juga sudah pastinya berwaspada melintasi kawasan itu kerana menyedari kenderaan mereka mempunyai potensi yang tinggi untuk meletup jika api itu marak ditiup angin lalu menyambar keadaan mereka ataupun kereta tersebut meletup lalu mengakibatkan kereta2 yang berdekatan menerima nasib yang sama. saya dan rakan memandu kereta dari arah yang bertentangan dan terasa sangat kesal kerana tidak tahu bahawa ada mangsa terperangkap didalam kereta itu, sekiranya kami tahu InsyaAllah kami bantu apa yang termampu. apa yang terlintas difikiran saya adalah untuk memecahkan cermin tingkap menggunakan besi stereng lock untuk melancarkan peredaran udara yang baik sebagai bantuan mangsa bernafas dan kawan saya dino pasti akan menyungkil pintu kereta itu (betul ke penggunaan menyungkil tu?).

tapi itu semua telah berlalu dan kami sangat kesal dengan kejadian itu kerana kami sangka mangsa telah pun dikeluarkan memandangkan pihak bomba telah pun berada ditempat kejadian. mungkin itu takdir yang sudah tertulis di Luh Mahfudz, ketentuan ajalnya mungkin tertakdir disitu.
ramai juga yang menyuarakan mengapa bomba tidak memeriksa samada mangsa masih didalam kereta ataupun tidak kerana mereka telah pun berdiri berdekatan kereta itu dan telahpun sedia berada disana, tapi mereka juga akur, mungkin sudah itu ajalnya.

tapi yang saya tak faham sekarang ni, kenapa pembaca yang tidak diundang ni seolah2 menegaskan kesalahan orang ramai yang lalu lintas kat situ kerana tidak memberitahu bahawa ada mangsa terperangkap dalam kereta tu. sungguh saya tak faham! tentulah pemandu2 yang lalu lalang disitu tidak tahu mangsa masih didalam sebab kami ingat dah dikeluarkan sebab kami lihat pihak bomba telah pun berada disitu. lagipun kami dan mereka2 tu bukannya ada ditempat kejadian ketika ianya berlaku.

macamlah situasi suami yang marahkan isteri kerana membasuh seluar si suami dan memasukkan seluar kotor itu ke dalam mesin basuh tanpa memeriksa duit2 yang berada di poket seluar mengakibatkan duit2 tu rosak/koyak/hancur akibat pusingan dan proses pembasuhan. biasanya suami akan marah si isteri seperti ini
"kenapa awak tak periksa poket seluar sebelum basuh?? habis duit2 saya hancur"
atas kelalaian, duit yang berharga tadi pun musnah.. nak buat macam mana, dah takde rezeki.

cuba bandingkan dengan kejadian mangsa yang rentung terbakar dalam kereta tu.. kalau duit yang musnah itu berharga apatah lagi nyawa manusia kan. tapi orang ramai menerima dan berkata
"yelah, nak buat macam mana, mungkin bomba tu tak perasan ada orang dalam tu, yelah dah ajal, nak buat macam mana.. kesian.."

orang ramai punya perasaan dan tidak menyalahkan pihak bomba. saya cuma menyuarakan apa yang saya rasa dan pendapat yang sepatutnya sebab 'tukang comment' bertanya.. tapi masalahnya orang tu sendiri pulak macam tak ada perasaan.
menyalahkan orang ramai yang tidak memberitahu pihak bomba bahawa ada mangsa terperangkap dalam kereta.
owh, sungguh tidak saya sangka jawapan itu.
pada awal jawapannya saya gembira membaca, yes i do agree. memang setiap kebakaran tidak boleh dipadam dengan cara yang sama.
tapi lama2 jawapan itu jawapan yang tidak sepatutnya dan jawapan yang bagi saya menjatuhkan imej pihak bomba.
kalau sekalipun mereka mengaku ianya terjadi disebabkan kelalaian mereka, kami pasti akan berkata.. (seperti yang suami saya sendiri perkatakan)

"takpelah, perkara dah terjadi. mungkin waktu itu pihak bomba sendiri panik dan tidak tahu mangsa masih berada didalam kereta. anggap sahajalah ini takdir dan mungkin ajalnya telah sampai.. sekurang2nya kami berterima kasih pada bomba kerana akhirnya api itu berjaya dipadamkan"

"kita boleh ambil ini sebagai ikhtibar dan jadikan ia satu pengajaran untuk memperbaiki mutu perkhidmatan di masa2 akan datang"

tapi ayat diatas hanya akan terucap pada mereka2 yang rasional, bukan pada pembaca yang meninggalkan comment mengikut perasaan.
sekian, terima kasih.

Tuesday, August 4, 2009

Tudung



not feeling well today actually and hubby asked me to just working remotely from home, but he know me better than anyone else.. 'stubborn wife'. here im around in the office but i think i need to go home early.
tahap kemalasan and tak larat nak iron tudung this morning so i just grabbed this ironless tudung. bought from kak june, thanks kak june.
so, as requested sis.. as attached, my pictures with 'tudung tak payah gosok'. senang je nak pakai tudung ni tapi bila i pakai tengokla rupa saya, seperti emak emak ye......

Thursday, July 30, 2009

RNC re-parenting DLD

the discussion will be held in DiGi Lot 10 Cyprus Level 4.
what time?
stated in the appointment schedule - my calendar outlook : Thursday, July 30, 2009 4:30 PM-5:30 PM
my Godness, i believe my mind wont be there, its already home..

Tragedi

Wednesday, 29th July.
that was about 8.30am (how early?) after i fetched kak liza, we both saw cars that just (i guess) met with an accident in the opposite road. saw Dino was standing there and we stopped to ask how was that. hopefully its under control. OMG. how sad to see that car was burning. we thought there was nobody inside that car due to we havent see people around and those 'bomba' doesnt look like trying to get anyone inside out or helping people in that car. so, we assumed there's no one. to avoid 'road stuck' i've right away continued driving to office. it has happened just near to Ericsson office, so id better make a move before jam become worse.
reached office about an hour, damn! received this email..
From: Sattiya Maya Krishnan Sent: Wednesday, July 29, 2009 11:52 AMSubject: FW: FW: My friend accident- Nurzihanie @ Cyberjaya
From: Varthan, Santhi Sent: Wednesday, 29 July 2009 10:51 AMTo: Sunni-Kutty, Mary; Chandrasegaran, Shoba; K. Selvaratnam, PunithavathySubject: FW: My friend accident- Nurzihanie
From: K. Selvaratnam, Punithavathy Sent: Wednesday, 29 July 2009 10:55 AMSubject: FW: My friend accident- Nurzihanie
So sad…may she rest in peace…
From: Varthan, Santhi Sent: Wednesday, 29 July 2009 10:51 AMTo: Sunni-Kutty, Mary; Chandrasegaran, Shoba; K. Selvaratnam, PunithavathySubject: FW: My friend accident- Nurzihanie

Hi Gals,

Pls be very very careful using the Lim Kok Wing Road.

From: HolidayCity - Sutha [mailto:
sutha@holidaycity.com] Sent: Wednesday, 29 July 2009 10:35 AMTo: Varthan, SanthiSubject: My friend accident- Nurzihanie

Hai Akka,

Today morning, my friend accident near by maybank...............i just come from the spot. she burn ready, she try to come out but failed. she from kajang, she have a baby 8months .

She wearing orange colour t-shirt. very preety n not sombong at all............
...............................................................................

Hi All,

As we all heard, Nurzihanie passed away this morning due to car accident. I would be collecting donation for her to be given to her family. Your contribution is very much appreciated.

To muslim, Al-Fatihah…

Thanks,
Azian
and i did forwarded above email to Dino and kak liza,
ths is the one that we saw this morning.. pity her.. we thought no one inside kan.. :(
so sad, what if we informed there's a lady in that car ... :(

i would get besi stereng lock kat boot belakang and try to pecahkan tingkap kereta tu
or i would do something else, cari pemadam api ke rather than bomba yang hanya bergantung air yang tak kuat tu
i believed she was unconscious
so nobody see her body yang terjatuh ke bawah
but i do feel regret, she have a 8 months baby who is really need her still
Ya Allah....

And its reminds me to arwah abg Johairy...
that was Friday morning when we was told about an accident happened. we right away to abg Jo's parents house for his funeral. we were shocked, pretty shocked.
he was our Project Process & Tools Support Department, Services Division passed away on 10th Jul in the morning in a road accident. he joined Ericsson in 1996, and he contributed greatly in the areas of project administration. he was 34 years old and he is survived by his wife, Norazila Kamarudin and three children, Amalin Nabila, Ammar Arif and Adib Akmal at the age of 7, 6 and 5 respectively. Our sincere thoughts and prayers are with them and may they all be granted the strength and perseverance to go through this difficult time.
looking at his kids reminds me to my sisters.. yes, they were still small when my father left us. seem goes to this time, to abg Jo's kids.
Ya Allah Ya Tuhanku, berikanlah kekuatan pada isteri arwah untuk meneruskan hidup ini demi membesarkan anak2 yatim itu..
called my Ummi and we both cried, we experienced the same thing before and i know how does it feel.
abg Jo was very nice and kind person, teringat2 setiap kata2 nasihatnya and terkenang2 bendi yang dia selalu bagi, the ladyfinger really nice, rangup and not really berlendir. masak tumis tambah serbuk kari sikit memang sedap. tanaman yang arwah tanam dan usahakan sendiri, keihklasannya terserap dan menjadikan bendi tu sangat sedap.


above are pictures of the land and pondok yang dia usahakan sendiri. how could we forget the way abg Jo telling us about the kebun, memang dia excited sangat about that.
balik dari office dia akan kesana after rest a while at home and sometimes early morning after performed subuh pray arwah akan ke kebun dulu petik bendi or kacang panjang for us then baru bersiap ke office.
we gonna miss all that.
Al-fatihah.
semoga roh mereka dicucuri rahmat.