Friday, December 30, 2011

Kisah Saidatina Fatimah

Gembira hatinya, gembiralah Rasulullah saw. Tertitis airmatanya, berdukalah baginda. Dialah satu-satunya puteri yg paling dikasihi oleh junjungan Rasul selepas kewafatan isterinya yg paling dicintai, Siti Khadijah. Itulah Siti Fatimah r.a wanita terkemuka di dunia dan penghuni syurga di akhirat.

Bersuamikan Saidina Ali bukanlah satu kebanggaan yg menjanjikan kekayaan harta. Ini adalah kerana Saidina Ali yg merupakn salah seorang daripada empat sahabat yg sangat rapat dgn Rasulullah saw, merupakan kalangan sahabat yg sangat miskn berbanding dgn yg lain.

Namun jauh disanubari Rasulullah saw, tersimpan perasaan kasih dan sayang yg sangat mendalam terhadapnya. Rasulullah saw pernah bersabda kpd Saidina Ali, "Fatimah lebih kucintai daripada engkau, namun dlm pandanganku engkau lebih mulia drpd dia" (Riwayat Abu Hurairah)

WANITA PILIHAN UNTUK LELAKI PILIHAN. Fatimah mewrisi akhlak ibunya Siti Khadijah. Tidak pernah membebani dan menyakiti suami dgn kata2 atau sikap. Sentiasa tersenyum menyambut kepulangan suami hingga hilang separuh masalah suaminya. Dengan mas kahwin hanya 400 dirham hasil jualan baju perang kpd Saidina Usman Ibnu Affan itulah dia memulakan penghidupan dgn wanita yg sangat dimuliakan Allah di dunia dan di akhirat.

Bukan Saidina Ali tidak mahu menyediakan seorang pembantu utk isterinya tetapi sememangnya belau tidak mampu berbuat demikian. Meskipun beliau cukup tahu isterinya saban hari bertungkus lumus menguruskan anak2, memasak, membasuh dan menggiling tepung, dan yg lebih memenatkan lagi bila terpaksa mengandar air berbatu-batu jauhnya sehingga kelihatan tanda dibahu kiri dan kanannya.

Suami mana yg tidak sayangkan isteri. Ada ketikanya bila Saidina Ali berada di rumah, beliau akan turut sama menyinsing lengan membantu Siti Fatimah menggiling tepung di dapur. "Terima kasih suamiku" bisik Fatimah pada suaminya. Usaha sekecil itu, di celah2 kesibukan sudah cukup berkesan dlm membelai perasaan seorang isteri.

Suatu hari, Rasulullah saw masuk ke rumah anaknya, didapati puterinya yg berpakaian kasar itu sedang mengisar biji2 gandum dalam linangan air mata. Fatimah segera mengesat air maanya tatkala menyedari kehadiran ayahanda kesayangannya itu.

Lalu ditanya oleh baginda, "Wahai buah hatiku, apakah yg engkau tangiskan itu? Semoga Allah menggembirakanmu."

Dalam nada sayu Fatimah berkata, "Wahai ayahanda, sesungguhnya anakmu ini terlalu penat kerana terpaksa mengisar gandum dan menguruskan segala urusan rumah seorang diri. Wahai ayahanda, kiranya tidak keberatan bolehkah ayahanda meminta suamiku menyediakan seorang pembantu untukku?"

Baginda tersenyum seraya bangun mendapatkan kisaran tepung itu. Dengan lafaz BISMILLAH, Baginda meletakkan segenggam gandum ke dalam kisaran itu. Dengan izin Allah, maka berpusinglah kisaran itu dgn sendirinya. Hati Fatimah sangat terhibur dan merasa sangat gembira dgn hadiah istimewa dari ayahandanya itu. Habis semua gandumnya dikisar dan batu kisar itu tidak akan berhenti selagi tidak ada arahan utk berhenti, sehinggalah Rasulullah saw menghentikannya.

Berkata Rasulullah saw dgn kata2 yg masyhur, "Wahai Fatimah, Gunung Uhud pernah ditawarkan kepadaku utk menjadi emas, namun ayahanda memilih utk keluarga kita kesenangan di akhirat" Jelas Baginda mahu mendidik puterinya bahawa kesusahan bukanlah penghalang utk menjadi solehah.

Ayahanda yg penyayang terus merenung puterinya dgn pandangan kasih sayang, "Puteriku, mahukah engkau ku ajarkan sesuatu yg lebih baik daripada apa yg kau pinta itu?"

"Tentu sekali ya Rasulullah" jawab Siti Fatimah kegirangan.

Rasululllah saw bersabda, "Jibril telah mengajarku beberapa kalimah. Setiap kali selesai sembahyang, hendaklah membaca 'Subhanllah', 'Alhamdulillah' dan 'Allahuakbar' sebanyak 30 kali"

Ternyata amalan itu telah memberi kesan kepada Siti Fatimah. Semua kerja rumah dapat dilaksanakan dgn mudah dan sempurna meskipun tanpa pembantu rumah. Itulah hadiah istimewa dari Allah buat hamba-hamba yg hatinya sentiasa mengingatiNYA.

Tuesday, December 27, 2011

Sunday, December 25, 2011

25th DEC 2011



Selamat Jadi Tunangan Orang buat housemate ku..

AND

Selamat Hari Ulangtahun Perkahwinan buat Ummi & Arwah Abi..

Wednesday, December 21, 2011

Bahagia itu milikNYA

sungguh.. setiap rasa,
suka, duka, gembira, bahagia..
segalanya adalah milikNYA
manusia hanya sebagai medium
terima kasih TUHAN atas bahagia yg KAU beri
negeri bawah bayu ternyata sentiasa dekat dihati
semoga sentiasa diberkati
Kota Kinabalu, aku pasti kembali lagi