Sunday, December 26, 2010

SITE SURVEY

RENAISSANCE. this is my very 1st site survey, was on 2nd week assignment..

see, thas KLCC.. it can be seen anywhere..

macam dalam hati, dimana jua, setiap detik dan setiap saat, ia sentiasa dihati. insyaAllah sampai bila2.

Maafkan NANA

maafkan saya, memang benar saya janda.. tapi tak bermakna saya mudah didekati. buat masa ni saya taknak fikir pasal pasangan hidup, saya nak focus pada kerjaya dan keluarga. saya perlukan masa untuk diri sendiri, untuk saya muhasabah diri dan perbaiki apa jua kekurangan saya selama menjadi isteri agar saya dapat beri yg benar2 terbaik dimasa akan datang, insyaAllah andai ada jodoh. saya taknak gagal lagi, cukuplah kegagalan kali pertama. saya tahu saya mungkin melukai hati orang kerana menolak cinta mereka tapi saya harap penjelasan saya ini cukup buat mereka faham. saya taknak terburu2. berikan saya waktu untuk saya terus dekatkan diri dgn CINTA ALLAH.. sesungguhnya tiada cinta yg setanding dgn cintaNYA.

maafkan saya juga, walaupun pernah ditegah.. tapi ini impian saya. insyaAllah, lesen B full akan berada digenggaman. dan motor ini juga bakal saya miliki. insyaAllah. saya berjanji akan lebih berhati2 dijalanraya. kawan2 semua yg saya sayangi, doakan saya selamat dijalanraya. amin.. semoga Allah melindungi saya dunia dah akhirat. andai ditakdirkan saya mati, temukanlah diri ini dgn MU Ya Allah..

Friday, December 24, 2010

Pada Syurga Diwajahmu

Kejayaan Adik2

Alhamdulillah, kejayaan adik2lah penawar dalam hidupku..
disaat aku sedih merekalah yg mendakapku, disaat daku gembira merekalah yg turut sama ketawa dan tersenyum..
kejayaan Mumtazah mendapat 5A UPSR dan MUMTAZ SPRA benar2 memberi kegembiraan padaku disaat aku terlalu hiba menghadapi kemelut, dan kini.. kecemerlangan Mahirah mendapat 9A PMR membuatkan diri ini bertambah sedar bahawa Ummi dan adik2lah permata berharga dalam hidupku.
insyaAllah, selagi hayat ini masih ada, takkan sesekali kupersia2kan mereka. insyaAllah.

rezeki dan kejayaan yg ku ada kini kurniaan Allah juga sebenarnya milik mereka, dgn berkat doa dan semangat yg tanpa henti, aku disini. aku bersyukur padaMu Ya Allah. Alhamdulillah.

Friday, December 17, 2010

Hari ini lebih baik dari semalam.. Alhamdulillah

pagi meeting @ DiGi. Alhamdulillah the meeting went well and wasnt like the previous one. customer look ok and getting better. without Jeff and Hasri, i tried to lead the meeting as best as i can. the important most is how to convience and comfy the customer. ok, sounds better and i promise we gonna work harder on those issues discussed. insyaAllah.. with great effort from Hasri and Zarith, im sure that way of working will improved.

from meeting headed to my house, fetch Nabilah and Mahirah, drop them of @ iOi Mall Puchong as they need to watch the movie.

then, headed to office.. alone because it was lunch time, so i just had instant noodle, maggi in a cup.. to save up my time and finish up few issues.
Alhamdulillah, i manage to find the time for Zohor and Asar without distracting my working hours. its just about time management :)

6.45pm - left office for home as i have to pick up my sisters from iOi Mall.. unfortunately, due to bad traffic, i was home after 8pm. so qada' solat maghrib masa isya'..

Alhamdulillah, each day getting better and better. thank your Allah for all what u've done for me.

*cerita sampingan.
seorang perempuan keluar dari office untuk pulang ke rumah, tiba2 dipersimpangan keluar dari office, jalan terlalu sesak.. perempuan itu mengerutkan dahi sambil berbisik "eh, tak pernah jammed macam ni".. rupanya ada sebuah kereta Avanza milik pasangan india menghadapi masalah battery (i guess).
hari hujan renyai2, jalan pula semakin sesak.. memandangkan keretanya juga sama, Avanza, jadi perempuan itu memberhentikan kereta dan bertanya pada lelaki india itu andai mereka perlukan bantuan. lelaki itu memberitahu dia perlukan bantuan jump start kerana battery keretanya lemah..
lantas perempuan tadi terus membetulkan kedudukan kereta agar mudah bantuan diberikan dan Alhamdulillah, hanya 5 minit, kereta pasangan india itu dapat dihidupkan dan bergerak semula.
jalan yg sesak kembali reda. Alhamdulillah.
pasangan india tadi mengucapkan terima kasih dan perempuan itu membalas dgn senyuman sambil berkata "its ok, my pleasure"

bantu membantulah kita tanpa mengira bangsa dan agama kerana sesungguhnya kita semua adalah makhluk ciptaan Allah..

Monday, December 13, 2010

Sunday, December 12, 2010

My such a LONG weekend :)

aktivity AHAD - KLCC & SM Convent Bukit Nanas



Jumaat - Public Holiday


Sabtu - Wedding Suhaiza @ Dewan MBSA

Friday, December 10, 2010

indahnya melihat kanak2 membesar


Nur Kamaliah Husna dah pandai satu lagi benda baru.. bila ditanya "siapa Nur Kamaliah Husna angkat tangan?"
tengok la tu dia angkat tangan tak kiralah dia tengah buat apa.. she knows that she is the one we mentioned 'Nur Kamaliah Husna'.
how sweet sayang.. and now even bila dia dengar kita sembang2 she will capture any of word which she can catch then dia akan sebut perkataan tu.. kelakar tau suddenly dengar dia saying similar word yg kitorang sebutkan..
bila nampak ayam dia akan bersungguh2 sebut "kok kok kooookkk" banyak2 kali.
bila dia taknak something she would say "na nak, na nak" sambil goyang2kan tangan dia dgn isyarat 'tidak' atau 'taknak'..
bila dia nak something dari kita especially food, dia akan rela hati cium pipi kita both side.. seronok kan..
now ni pun rasa rindu sangat kat budak comel ni..
rindu..

dan dalam masa yg sama, diri ini terlalu rindukan anak-anak berdua tu.. sepasang anak2 yg sentiasa bertempat dihati ini.. mungkinkah dapat untukku menikmati bahagia memiliki mereka, menumpang kasih syg mereka, menyayangi dan menjaga mereka seperti anak2 sendiri..
Ya Allah, Kau berikanlah aku peluang menemui mereka, memeluk mereka, membelai mereka... walau mungkin cuma sementara.. Ya Allah.. sesungguhnya hanya Kau yg mengetahui apa yg kurasa kini.. hanya Kau Ya Allah..

Kehidupan Baru

Alhamdulillah..
benarlah sesungguhnya Allah takkan pernah memungkiri janjiNya..
setiap kesulitan pasti akan disusuli dengan kemudahan..
dan apabila Allah mengambil sesuatu dari kita, sebenarnya Allah nak gantikan dgn sesuatu yg jauh lebih baik.

Alhamdulillah.. bersyukur sangat2 dgn pekerjaan baru, kehidupan baru..
segala2nya hijrah bagiku..
bersyukur dengan jodoh baru??
mungkin belum masanya..

biarlah hanya jodoh dan takdir yg menentukan..
jodoh, ajal maut.. segalanya ketentuan Allah yg maha Esa.
aku pasrahkan segala2nya pada penciptaku.

andai ditakdirkan tiada jodohku didunia ini pun, aku redha..
kerana aku percaya ada yg ditentukan buatku dialam sana, pasangan hidup yg abadi.. insyaAllah..

Tuesday, December 7, 2010

Salam Maal Hijrah buat semua..


semoga hijrah kali ni memberi sinar baru buat kita semua, insyaAllah..



adik main rabbit, abg asyik dgn gf dia (pc).. nak masak apa untuk diorang, breakfast dah lewat.. lepas solat subuh tertidur pukul 9 baru terjaga, kelam kabut masak.. so ini jelah santapan pagi..


maybe nak ke UM tengok qilla bawak abg dgn adik... petang ni baru ande, ucu, paman, ira, bella bertolak dari pahang.. esok ummi, embah and adik2 datang.. Alhamdulillah..
seronoknya.. tak sabar.
nak masak apa ye untuk diorang, nak pergi equine la cari bahan2 masak and barang2 dapur..

Sunday, December 5, 2010

Bahagia itu tempatnya dihati...

Nur Qistina baru siap mandi and bersikat rambut.. wanginya kakak dah mandi, good girl syg ni..

pagi tadi layan keletah Nur Kamaliah Husna sarapan, terlalu membahagiakan rasanya.. keletahnya, senyumannya, gelak tawanya.. Ya Allah, segalanya membahagiakan bila melihat kanak2 membesar dan belajar sesuatu yg baru..

alangkah bahagianya jika aku mampu memilikinya sendiri..
aku redha Ya Allah, mungkin belum masanya untukku. sesungguhnya Engkau maha mengetahui apa yg terbaik untukku.
aku bersyukur masih berpeluang menumpang bahagia bersama anak insan lain..

CINTA Tiada Sebab

Friday, December 3, 2010

KLCC - Mid Valley

Alhamdulillah, ALLAH permudahkan segala urusan hari ni.

Location now - MPH Mid Valley membeli buku2 rujukan islam untuk buat bahan bacaan baru :)

Thursday, December 2, 2010

Peliharalah Hati

jika kita sedaya upaya menjaga hati insan lain dari terluka, insyaAllah ALLAH akan pelihara hati kita agar merasa nikmat bahagianya memelihara hati insan lain.
percayalah janji Allah.

jadi diri ini meluahkan apa yg terbuku dihati melalui masakan, selain solat..memasak mampu membungakan hati ini agar menjadi gembira.
Alhamdulillah, syukurku padaMu Ya Allah dgn nikmat perasaan yg pelbagai kurniaanMu ini