teman...
semakin kita berjalan, Allah akan sentiasa mengurniakan insan2 dalam hidup yg sesuai dgn perjalanan kita
ditakdirkan setiap hari ke tempat kerja menaiki ERL yg sama
saban pagi menuju kota dan kembali pulang bila tibanya senja
saat pertama kali bertegur sapa hinggalah ke masjid besi putrajaya bersama-sama
segalanya indah dengan izinNYA
alhamdulillah, syukurku kpd Allah swt
dikurniakan teman yg sering membuatkan aku teringat padaNYA
semakin kerap ke masjid besi putrajaya menunaikan yg fardhu
dari putrajaya sentral, pasti kesana utk menunaikan maghrib atau isha' sebelum masing2 pulang kerumah
bicara yg sentiasa tentang kehidupan dan nikmat pemberian dari yg ESA
kalimah bismillah sentiasa membasahi bibir setiap kali memulakan sesuatu
lagu2 nasyid dan kalimah2 Allah sering berkumandang diradio kereta
walau ada ketikanya lagu jiwang juga ke udara
tapi MAHA SUCI, MAHA PENCIPTA tidak pernah dilupa
bersamanya dadaku lapang
berbicara dengannya mindaku tenang
mendengar nasihatnya, membuat ku hilang rasa bimbang
mungkin kerana sama2 matang..
semoga dpt kita meraih redha dan rahmat Allah dalam bersahabat
sentiasalah saling ingat mengingat
dikala ada diantara kita yg terlupa
andai antara kita ada leka
tegurlah, agar kembali sedar di alam yg nyata
agar tidak lupa pada MAHA SEGALANYA
dan agar kita sentiasa mengingatiNYA
mensyukuri setiap pemberianNYA
dan aku.. menyayangimu sahabat, kerana agama yg ada pd dirimu
dan aku.. menyenangimu, kerana bicaramu dan ketenangan yg ada padamu
aku mencintaimu teman, semata2 kerana Allah
cinta kerana Allah
takkan pernah ku mampu kehilanganmu
tapi andai itu takdirnya, mungkin satu masa nanti aku pasti redha melepaskan kau pergi semata2 keranaNYA
semoga silaturrahim ini akan sentiasa dirahmati selalu
dan dibawah lindunganNYA
setiap ukhwah yg terjalin, setiap silaturrahim yg dikurniakan olehNYA pasti ada rahmatnya
Saturday, July 16, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
sahabat bagai penceria dan peneman di kala kita berpaut bergantung pada Allah... namun ternyata manusia tidak selamanya seronok dan suka...ada masa sedih dan duka menerpa, mereka yang berpaut bergantung pada Allah akan sentiasa bahagia di kala suka dan duka... beringat 5 perkara sebelum 5 perkara...itu pesanan terindah :)
terima kasih bro.. setiap kebahagiaan, suka dan duka itu datangnya dari Allah swt. manusia adalah sebagai perantara. semoga kita akan sentiasa berada dalam syariatNYA.
Post a Comment