Saturday, August 28, 2010

Invercagill & Bluff - Part 2

sis LG, please tell your other half that his country is great and awesome.. rasa macam nak implement camera kat mata i which means i dont have to sibuk2 tekan camera instead.. just click2 my eyes je because seems everywhere and each place nice to be captured..

cuba tengok Bluff kat bawah tu, masyaAllah.. kalau tengah masak kompom terpegun leka sampai geseng yg digoreng tu.. hehe :)












Wednesday, August 18, 2010

Invercagill

Its morning in Invercagill, and heading to Bluff..
jalan2 ke South Island New Zealand.. owh, such a thousand pics i took.. nice view, awesome!
this kelam kabut entry is actually speacial to Mrs Lemongrass because its her other half hometown.. if im not mistaken.. :)
many more to be downloaded, later once free will get it done. still sorting out those picssssss...



Thursday, August 12, 2010

I'm off to Melbourne, Sydney and New Zealand

I will definitely gonna miss this place, my workstation where i spent lot of my time and day even night time.

I'll be missing Ummi, adik2, family, friends and especially my tiaaakkk musyuk at home who is the other half. Spent a week with Aween, my other half and her hubby in Jakarta and Bandung at least released my homesick.. haha, homesick la sangat. its not that actually, the most sad is berpuasa di perantauan. menangislah dibuatnya time berbuka and sahur nanti. macammanalah my other half nak berbuka, bersahur.

during my absence terpaksalah dia buat sendiri semua. i wont be around to do all that, pakaikan stokin each morning, korekkan telinga, potongkan kuku tangan and kaki which i've done last night. i was told that he gonna keep until i get back before raya. panjanglah kuku tu macam pontianak tak pun pontiabang.. haha

I'm flying off on my mom's birthday, Happy Birthday Ummi. Semoga Ummi sihat and sentiasa dibawah lindunganNya. Nana doakan Ummi akan terus kuat and tabah, im here pray for u mom.. always..

Wednesday, August 4, 2010

its JAKARTA & Bandung

im off for few days.... away

Monday, August 2, 2010

New Zealand Working Visa

Alhamdulillah..
another step is DONE.
i can smile now, happy :) yeayyyy!!!

Amanah Allah

ramaikah yg mengerti betapa berat dan besarnya tanggungjawab sebagai ibu bapa.. bukan sekadar melahirkan, tapi mendidik adalah sesuatu yg mencabar. mempunyai anak bukanlah hanya untuk suka2, seronok2, dan bukan juga tradisi yg menjadi ikutan. sah sahaja hubungan sebagai suami isteri, semua orang mengharapkan berita gembira tentang kehamilan, kehadiran ahli baru. kita perlu mengubah cara pemikiran kita sejajar dgn peredaran masa. jangan terlalu ikutkan tradisi orang2 tua, kalau boleh kahwin je terus ada anak, barulah orang kata subur. tapi sayangnya, ramai yg tidak menitikberatkan hal ini dari pelbagai sudut.

aku dan suami hampir 2 tahun berkahwin, memang hakikatnya sangat pedih untuk mendengar pertanyaan dan menerima desakan terutamanya dari keluarga mertua. everybody just like expecting newborn from us and its been 2 years. tapi akhirnya lama kelamaan aku lali dgn semua itu, biarlah orang nak cakap apa, biarkan mereka terus mendesak. to have our own kids is definitely decision where no turning back and no regret. kekuatan dari segi mental dan fizikal sangat perlu. mampukah aku membesarkan dan mendidik anak2ku nanti dgn cara yg sepatutnya.

anak2 zaman ini tidak seharusnya disamakan dgn anak2 zaman dulu.. yes, exactly. the environment and exposion is so much different and way to approach them as well. aku tak mahu dilabel hanya tau buat anak tapi tak tau nak jaga. tidak, aku tak mahu.. itu adalah amanah Allah yg perlu kita laksanakan sebaiknya. semalaman hatiku gundah memikirkan perkara ini, tiada daya pun untuk aku tersenyum mengenangkan betapa beratnya tanggungjawab yg perlu dipikul. tambahan lagi dengan kualiti kekeluargaan dan perhubungan yg perlu dititikberatkan jua.. keharmonian keluarga memainkan peranan penting dan penyumbang utama pada tumbesaran pemikiran anak2. hidup dalam keluarga yg tidak bahagia akan merosakkan jiwa dan masa depan anak2. pemikiran dan pelajaran akan terganggu. jika kita leka dan lalai memberi didikan dan kasih sayang yg sepatutnya, keadaan akan jadi lebih parah. jika anak2 tidak diperhatikan secukupnya, mereka juga akan terpesong akidah dan akademiknya terutama bagi ibu-bapa yg bekerja.

Ya Allah, sesungguhnya aku masih belum mampu memikul itu semua. fahamlah dunia dan berilah aku masa, insyaAllah waktunya akan tiba jua dimana kekuatan itu menjadi milikku dan ketikanya aku bersedia untuk menerima insan baru dalam hidupku.. aku sangat berterima kasih pada ummi dan arwah abi ku.. kalau tak kerana garang, nasihat, marah, kasih sayang dan perhatian yg aku terima selama ni..entah jadi apalah aku ni agaknya.. kecemerlangan adik2 juga buat aku menarik nafas lega dan mampu berbangga dgn hasil didikan yg betul. dan merakalah yg bakal jadi kekuatanku untuk mendidik dan membesarkan anak2 sendiri satu hari nanti, insyaAllah.. memanjakan anak tak salah, tapi biarlah berpada dan bertempat agar ianya tidak merosakkan..


2 hari bersama Afrina Damia hujung minggu semalam.