Monday, August 2, 2010

Amanah Allah

ramaikah yg mengerti betapa berat dan besarnya tanggungjawab sebagai ibu bapa.. bukan sekadar melahirkan, tapi mendidik adalah sesuatu yg mencabar. mempunyai anak bukanlah hanya untuk suka2, seronok2, dan bukan juga tradisi yg menjadi ikutan. sah sahaja hubungan sebagai suami isteri, semua orang mengharapkan berita gembira tentang kehamilan, kehadiran ahli baru. kita perlu mengubah cara pemikiran kita sejajar dgn peredaran masa. jangan terlalu ikutkan tradisi orang2 tua, kalau boleh kahwin je terus ada anak, barulah orang kata subur. tapi sayangnya, ramai yg tidak menitikberatkan hal ini dari pelbagai sudut.

aku dan suami hampir 2 tahun berkahwin, memang hakikatnya sangat pedih untuk mendengar pertanyaan dan menerima desakan terutamanya dari keluarga mertua. everybody just like expecting newborn from us and its been 2 years. tapi akhirnya lama kelamaan aku lali dgn semua itu, biarlah orang nak cakap apa, biarkan mereka terus mendesak. to have our own kids is definitely decision where no turning back and no regret. kekuatan dari segi mental dan fizikal sangat perlu. mampukah aku membesarkan dan mendidik anak2ku nanti dgn cara yg sepatutnya.

anak2 zaman ini tidak seharusnya disamakan dgn anak2 zaman dulu.. yes, exactly. the environment and exposion is so much different and way to approach them as well. aku tak mahu dilabel hanya tau buat anak tapi tak tau nak jaga. tidak, aku tak mahu.. itu adalah amanah Allah yg perlu kita laksanakan sebaiknya. semalaman hatiku gundah memikirkan perkara ini, tiada daya pun untuk aku tersenyum mengenangkan betapa beratnya tanggungjawab yg perlu dipikul. tambahan lagi dengan kualiti kekeluargaan dan perhubungan yg perlu dititikberatkan jua.. keharmonian keluarga memainkan peranan penting dan penyumbang utama pada tumbesaran pemikiran anak2. hidup dalam keluarga yg tidak bahagia akan merosakkan jiwa dan masa depan anak2. pemikiran dan pelajaran akan terganggu. jika kita leka dan lalai memberi didikan dan kasih sayang yg sepatutnya, keadaan akan jadi lebih parah. jika anak2 tidak diperhatikan secukupnya, mereka juga akan terpesong akidah dan akademiknya terutama bagi ibu-bapa yg bekerja.

Ya Allah, sesungguhnya aku masih belum mampu memikul itu semua. fahamlah dunia dan berilah aku masa, insyaAllah waktunya akan tiba jua dimana kekuatan itu menjadi milikku dan ketikanya aku bersedia untuk menerima insan baru dalam hidupku.. aku sangat berterima kasih pada ummi dan arwah abi ku.. kalau tak kerana garang, nasihat, marah, kasih sayang dan perhatian yg aku terima selama ni..entah jadi apalah aku ni agaknya.. kecemerlangan adik2 juga buat aku menarik nafas lega dan mampu berbangga dgn hasil didikan yg betul. dan merakalah yg bakal jadi kekuatanku untuk mendidik dan membesarkan anak2 sendiri satu hari nanti, insyaAllah.. memanjakan anak tak salah, tapi biarlah berpada dan bertempat agar ianya tidak merosakkan..


2 hari bersama Afrina Damia hujung minggu semalam.

2 comments:

sHi Ma said...

salam...

sbr ye puan, situasi puan sama mcm akak shima, dia dah nk masuk 5tahun kawin, tp still ALLAH xbg rezeki anak... apa pun semua DIA yg thu.. kena belum dikurniakan rezeki tu pada puan... sabar dan terus menanti...

kalau lum kawin, sibuk tnya bila nak kawin, dh kawin sibuk lak tnya bila nak ada anak.. pelik pelik...

Diary Kayangan said...

ahahahhaa.. thanks dear.. memang setuju sangat2 tu, dulu masa belum kahwin, sibuk orang tanya bila nak kawin.. bila dah kawin sibuk tanya bila nak ada anak, nanti dah ada anak nanti orang tanyalah pulak bila nak tambah.. kita hidup ni kan dear memang susah untuk memuaskan hati semua orang, sob sob.. sama2lah kita sabar ye.. huhu. dulu2 sedih and terguris jugak hati ni, tapi lama2 macam dah biasa, buat2 tak dengar je so taklah sedih sangat..