dalam kehidupan berumahtangga, perkongsian adalah sesuatu yg dituntut selain dari sikap toleransi. terutama pada pasangan yg kedua2nya berkerjaya dan mempunyai pendapatan masing2, saling bantu membantu dalam hal kewangan demi menguruskan rumahtangga.
ada juga para isteri yg berpendapatan jauh lebih tinggi dari suami, dan dengan kelebihan itulah isteri membantu meringankan beban suami dengan ikhlas hati kerana kasih sayang dan cintanya yg mendalam terhadap suami.
setiap bulan bila tiba suami menerima gaji, saya pasti ramai yg akan memindahkan sebahagian gaji suami kedalam akaun isteri dengan niat menjaga penggunaan wang dgn sebaiknya serta menguruskan hal2 pembayaran kerana kebanyakan suami akan menyerahkan perkara2 sebegini kepada isteri. dan disitu jugalah kelebihan seorang wanita, cekap dalam menguruskan hal2 kewangan rumahtangga.
ada ketikanya suami sendiri tidak tahu, bil api, bil air, bil astro, pembayaran rumah, kereta, ptptn dan sebagainya. segala2nya diserahkan kepada isteri.
betapa indahnya peranan seorang isteri itu bila dihargai, direnungkan kembali.
saya ucapkan tahniah buat para2 isteri, teruskan perjuangan suci anda terhadap suami demi menuju ke jalan Allah.
niatkanlah dgn ikhlas, lakukan kerana Allah.
andai ditakdirkan satu masa nanti, panas tidak sampai ke petang, hujan ditengah jalan. isteri dituduh menghabiskan duit suami, mengikis duit suami. redha dan sabarlah menerima tuduhan2 itu. anggap ia sebagai ujian Allah yg terlalu sayangkan hambaNya, berdoa dan berserahlah kepada Allah kerana Allah itu maha mengetahui apa yg sebenarnya terjadi.
sesungguhnya, bila hati meruntun sedih dan rasa tidak dihargai, ingatlah wahai wanita.. anda adalah insan istimewa ciptaan Allah. berusahalah selagi bernafas untuk menjadi wanita solehah sbg calon penghuni syurga.
wallahua'lam.
Saturday, May 21, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment