ibadah itu luas pengertiannya. seluas lautan yg tak bertepi. ibadah tidak terbatas pd solat sunat berpuluh rakaat. ia tidak terbatas pd puasa sunat, pun tidak dikhususkan kpd membayar zakat, menunaikan haji dan sebagainya.
ibadah adalah pengabdian diri kpd Allah. antara bentuk pengabdian diri yg tidak ketara dan tidak perlu mengeluarkan tenaga ialah ingatan hati dan rintihan hati kepada Allah. ia merupakan ibadah yg besar nilainya di sisi Allah. mudah tetapi tidak ramai yg mampu melakukannya.
mengingati Allah dikira ibadah kerana ia menandakan seseorang hamba itu benar-benar berhati hamba. hamba yg tak punya apa-apa. yg sewaktu datang ke dunia, tak membawa walau seurat benang di tubuh. justeru hati sentiasa ingat kpd Yang Maha Pencipta, sentiasa mengharap bantuanNya dan sentiasa bergantung kepadaNya. mengingatiNya menimbulkan rasa syukur atas segala nikmat kurniaanNya.
renungilah sabda kekasihNya dalam sebuah hadith Qudsi yg bermaksud;
"Wahai anak Adam! Jika engkau ingat kepadaKu, Aku juga tetap ingat kepadamu. Dan jika engkau lupa kepadaKu, Aku masih ingat terus kepadamu. Apabila engkau taat kapadaKu, maka pergilah ke mana saja yg engkau suka, di tempat engkau mematuhiKu dan Aku mematuhimu, dan engkau mengikhlaskan kecintaanKu kepadamu, kemudian engkau memalingkan diri daripadaKu, sedang Aku tetap mengambil berat terhadapmu. Siapakah yg memberimu makan sewaktu engkau masih janin di dalam perut ibumu. Aku tetap menguruskan segala keperluanmu dgn baik, sehingga terlaksana semua takdirKu terhadapmu. Apabila aku lahirkan engkau ke alam dunia, engkau lalu membuat maksiat. Bukan begini sewajarnya balasanmu terhadap siapa yg berbuat baik kepadamu."
Saturday, May 28, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment