Tuesday, December 7, 2010

Salam Maal Hijrah buat semua..


semoga hijrah kali ni memberi sinar baru buat kita semua, insyaAllah..



adik main rabbit, abg asyik dgn gf dia (pc).. nak masak apa untuk diorang, breakfast dah lewat.. lepas solat subuh tertidur pukul 9 baru terjaga, kelam kabut masak.. so ini jelah santapan pagi..


maybe nak ke UM tengok qilla bawak abg dgn adik... petang ni baru ande, ucu, paman, ira, bella bertolak dari pahang.. esok ummi, embah and adik2 datang.. Alhamdulillah..
seronoknya.. tak sabar.
nak masak apa ye untuk diorang, nak pergi equine la cari bahan2 masak and barang2 dapur..

Sunday, December 5, 2010

Bahagia itu tempatnya dihati...

Nur Qistina baru siap mandi and bersikat rambut.. wanginya kakak dah mandi, good girl syg ni..

pagi tadi layan keletah Nur Kamaliah Husna sarapan, terlalu membahagiakan rasanya.. keletahnya, senyumannya, gelak tawanya.. Ya Allah, segalanya membahagiakan bila melihat kanak2 membesar dan belajar sesuatu yg baru..

alangkah bahagianya jika aku mampu memilikinya sendiri..
aku redha Ya Allah, mungkin belum masanya untukku. sesungguhnya Engkau maha mengetahui apa yg terbaik untukku.
aku bersyukur masih berpeluang menumpang bahagia bersama anak insan lain..

CINTA Tiada Sebab

Friday, December 3, 2010

KLCC - Mid Valley

Alhamdulillah, ALLAH permudahkan segala urusan hari ni.

Location now - MPH Mid Valley membeli buku2 rujukan islam untuk buat bahan bacaan baru :)

Thursday, December 2, 2010

Peliharalah Hati

jika kita sedaya upaya menjaga hati insan lain dari terluka, insyaAllah ALLAH akan pelihara hati kita agar merasa nikmat bahagianya memelihara hati insan lain.
percayalah janji Allah.

jadi diri ini meluahkan apa yg terbuku dihati melalui masakan, selain solat..memasak mampu membungakan hati ini agar menjadi gembira.
Alhamdulillah, syukurku padaMu Ya Allah dgn nikmat perasaan yg pelbagai kurniaanMu ini

Friday, November 26, 2010

Dgn Izin ALLAH

siang tadi secara tak sengaja.. ketika aku, ummi and wak ngali ke rumah wak sanep nak jemput ruzita untuk menguruskan surat perjanjian kereta sewa.. sambil menziarah wak sanep dan isteri yg baru pulang dari tanah suci makkah.. bekas mak mertua dan wak ton juga datang untuk menziarah. mak kelihatan janggal, tapi Alhamdulillah, walau hatiku menjeruk rasa, aku tetap melayan seperti biasa.. seperti mak masih lagi mak mertua ku dulu..
berkat kekuatan yg Allah kurniakan, harap janganlah kusimpan dalam hati jarum yg patah..

jahat jangan dibalas jahat, teringat status kak ct hajar (ct saleh) dalam FB dia, terima kasih sangat2 atas statusnya itu yg dapat kujadikan panduan dalam hidup seharian..

kekuatan ini juga ku pelajari dari ummi, ditinggal suami yg sebegitu pun aku sedih dan derita, inikan lagi ummi, pasti lebih hebat yg dilalui.. kehilangan suami yg terlalu baik dan berpisah mati... pasti jauh lebih sedih sebenarnya.. tapi ummi tabah dan kuat menerima takdir Allah..

insyaAllah, aku akan belajar untuk jadi setabah ummi ku.. insyaAllah

sabarlah wahai hati..

FARHANA,
carilah ketenangan sebaik mungkin, sabar dgn segala yg berlaku.. redha dgn takdir ALLAH.
ini semua ujian dariNya, Farhana.
teguhkan hatimu, muhasabah dirimu..
perbaiki setiap kekurangan dan kesilapan pada dirimu..
jaga peribadimu, tingkah lakumu, kata2mu, auratmu agar terus menjadi muslimah sejati seperti yg kau impikan..

sabar adalah yg paling penting perlu kau lakukan..
biarpun kau telah kehilangan pekerjaanmu, kau kehilangan satu persatu teman2mu, kau kehilangan saudara maramu..
redha kan dugaan itu..
ALLAH sedang mengujimu.
selama ni kamu lalai melebihkan masa untukNya, dan ALLAH memberimu segala ujian ini untuk kau tidak terus leka.
jangan sesekali kau lakukan perkara yg sama seperti bekas suamimu..
biarkan dia terus menerus memburuk2kan mu, terus menerus menjatuhkan mu..
redhalah kamu untuk terus menjaga aib rumahtangga mu.. niatkan kerana Allah..
Allah itu maha mengetahui apa yg sebenarnya...
apa yg penting, muhasabah diri..
setiap manusia punya kesilapan tersendiri..
perbaiki agar tidak diulangi lagi..
Farhana, kamu seorang yg kuat sebenarnya.. dan kerana itulah Allah memberi ujian sehebat ini buatmu
carilah hikmah disebaliknya, percaya pada ketentuan Allah
janganlah kamu meratapinya, menyesalinya..
bersyukur dgn segala dugaan yg diturunkan oleh Allah buatmu
insyaAllah, akan ada kehidupan baru yg lebih baik menantimu..
insyaAllah
insyaAllah
insyaAllah

...........................................................................................................................................................
aku sebenarnya hanya manusia biasa yg punya kelemahan dan kesilapan sendiri. ada ketikanya aku hanyut dibuai perasaan kecewa, ada waktunya aku marah dgn apa yg terjadi, ada saatnya aku terfikir untuk membuka pekung didada demi memberitahu perkara sebenar...

astaghfirullahalazim...
astaghfirullahalazim...
dgn segera aku beristighfar, memohon pada Allah agar aku terus diberikan kesabaran.
biarpun hati terlalu sedih kehilangan kerja yg selama ini penting buatku, kehilangan teman2 yg selama ini berharga buatku, kehilangan saudara mara dan keluarga yg selama ini bermakna buatku..
andaikan satu hari nanti aku telah dibuang oleh semua orang, aku tinggal keseorangan, aku juga perlu terus sabar, kerana aku perlu yakin bahawa aku ada ALLAH..

dan sesungguhnya di alam kubur nanti juga, kita tetap akan keseorangan, tanpa ditemani sesiapa..
kata2 kat atas tu lah yg selalu ku bisikkan pada diri sendiri untuk aku terus kuatkan semangat ku..
niatkanlah masalah rumahtangga yg kusimpan selama ni kerana Allah
agar ia terus tersimpan rapi untuk tidak mengaibkan mana2 pihak..
janganlah aku hukum bekas suami ku itu atas segala perbuatannya, sesungguhnya hanya Allah yg berhak..
hanya Allah yg berhak...

hanya yg mampu kulakukan, ku doakan bekas suami ku itu mendapat petunjuk dan hidayah dari Allah agar dia sedar akan apa yg dia sedang lakukan..
insyaAllah..
amin ya rabbal alamin...