Friday, November 26, 2010

sabarlah wahai hati..

FARHANA,
carilah ketenangan sebaik mungkin, sabar dgn segala yg berlaku.. redha dgn takdir ALLAH.
ini semua ujian dariNya, Farhana.
teguhkan hatimu, muhasabah dirimu..
perbaiki setiap kekurangan dan kesilapan pada dirimu..
jaga peribadimu, tingkah lakumu, kata2mu, auratmu agar terus menjadi muslimah sejati seperti yg kau impikan..

sabar adalah yg paling penting perlu kau lakukan..
biarpun kau telah kehilangan pekerjaanmu, kau kehilangan satu persatu teman2mu, kau kehilangan saudara maramu..
redha kan dugaan itu..
ALLAH sedang mengujimu.
selama ni kamu lalai melebihkan masa untukNya, dan ALLAH memberimu segala ujian ini untuk kau tidak terus leka.
jangan sesekali kau lakukan perkara yg sama seperti bekas suamimu..
biarkan dia terus menerus memburuk2kan mu, terus menerus menjatuhkan mu..
redhalah kamu untuk terus menjaga aib rumahtangga mu.. niatkan kerana Allah..
Allah itu maha mengetahui apa yg sebenarnya...
apa yg penting, muhasabah diri..
setiap manusia punya kesilapan tersendiri..
perbaiki agar tidak diulangi lagi..
Farhana, kamu seorang yg kuat sebenarnya.. dan kerana itulah Allah memberi ujian sehebat ini buatmu
carilah hikmah disebaliknya, percaya pada ketentuan Allah
janganlah kamu meratapinya, menyesalinya..
bersyukur dgn segala dugaan yg diturunkan oleh Allah buatmu
insyaAllah, akan ada kehidupan baru yg lebih baik menantimu..
insyaAllah
insyaAllah
insyaAllah

...........................................................................................................................................................
aku sebenarnya hanya manusia biasa yg punya kelemahan dan kesilapan sendiri. ada ketikanya aku hanyut dibuai perasaan kecewa, ada waktunya aku marah dgn apa yg terjadi, ada saatnya aku terfikir untuk membuka pekung didada demi memberitahu perkara sebenar...

astaghfirullahalazim...
astaghfirullahalazim...
dgn segera aku beristighfar, memohon pada Allah agar aku terus diberikan kesabaran.
biarpun hati terlalu sedih kehilangan kerja yg selama ini penting buatku, kehilangan teman2 yg selama ini berharga buatku, kehilangan saudara mara dan keluarga yg selama ini bermakna buatku..
andaikan satu hari nanti aku telah dibuang oleh semua orang, aku tinggal keseorangan, aku juga perlu terus sabar, kerana aku perlu yakin bahawa aku ada ALLAH..

dan sesungguhnya di alam kubur nanti juga, kita tetap akan keseorangan, tanpa ditemani sesiapa..
kata2 kat atas tu lah yg selalu ku bisikkan pada diri sendiri untuk aku terus kuatkan semangat ku..
niatkanlah masalah rumahtangga yg kusimpan selama ni kerana Allah
agar ia terus tersimpan rapi untuk tidak mengaibkan mana2 pihak..
janganlah aku hukum bekas suami ku itu atas segala perbuatannya, sesungguhnya hanya Allah yg berhak..
hanya Allah yg berhak...

hanya yg mampu kulakukan, ku doakan bekas suami ku itu mendapat petunjuk dan hidayah dari Allah agar dia sedar akan apa yg dia sedang lakukan..
insyaAllah..
amin ya rabbal alamin...

2 comments:

Unknown said...

Muntah darah. Penuh lakonan. Isteri curang.

Diary Kayangan said...

Ya ALLAH.. banyakkan beristighfar, ingat Allah. tak baik berkata begitu. nana redha apa juga orang ramai nak berkata, biarlah, nana tak mampu untuk menutup mulut semua orang, apa yg penting Allah maha mengetahui. siapapun jua anda, nana tak punya hak untuk marah, bukan hak manusia untuk menghukum manusia. sedarlah akan balasan Allah..