Friday, November 26, 2010

Dgn Izin ALLAH

siang tadi secara tak sengaja.. ketika aku, ummi and wak ngali ke rumah wak sanep nak jemput ruzita untuk menguruskan surat perjanjian kereta sewa.. sambil menziarah wak sanep dan isteri yg baru pulang dari tanah suci makkah.. bekas mak mertua dan wak ton juga datang untuk menziarah. mak kelihatan janggal, tapi Alhamdulillah, walau hatiku menjeruk rasa, aku tetap melayan seperti biasa.. seperti mak masih lagi mak mertua ku dulu..
berkat kekuatan yg Allah kurniakan, harap janganlah kusimpan dalam hati jarum yg patah..

jahat jangan dibalas jahat, teringat status kak ct hajar (ct saleh) dalam FB dia, terima kasih sangat2 atas statusnya itu yg dapat kujadikan panduan dalam hidup seharian..

kekuatan ini juga ku pelajari dari ummi, ditinggal suami yg sebegitu pun aku sedih dan derita, inikan lagi ummi, pasti lebih hebat yg dilalui.. kehilangan suami yg terlalu baik dan berpisah mati... pasti jauh lebih sedih sebenarnya.. tapi ummi tabah dan kuat menerima takdir Allah..

insyaAllah, aku akan belajar untuk jadi setabah ummi ku.. insyaAllah

6 comments:

Anonymous said...

Pelik bila terlalu banyak coretan di sini bercakap tentang Allah, tentang sabar, padahal diri itu lupa satu ketika yang tidak lama dulu dia juga sesat, ketika masih bergelar isteri. Kelakar juga.

Unknown said...

setuju sangat!!!!!

Diary Kayangan said...

ASTAGHFIRULLAHALAZIM.. sesungguhnya biarlah hanya ALLAH yg maha mengetahui, dan apa yg sebenarnya berlaku dalam rumahtangga kami biarlah terus nana simpan sebagai rahsia aib perkahwinan kami. kerana itulah, dalam islam tidak menggalakkan pihak luar mencampuri masalah rumahtangga orang lain. terima kasih atas kata2 hinaan itu. sesungguhnya hanya Allah yg berhak menilai. wallahua'lam.

su'e said...

salam to Never & Dahlatunana..

kalau Nabi ampunkan umatnye, apetah lagi kite manusia biase. manusia mane yang tak pernah lupe dan sesat? nobody's perfect. don't blame others' mistakes. kite taktau ape orang lain buat melainkan Allah yang nampak segale2nye. biarlah Allah yang menghukum atas dosa pahala sesiape2 pun di dunia ni. perihal cerita rumahtangga yang kite dengar, perlu la diambil iktibar.

kalau betul la Never & Dahlatunana umat Islam yang berpegang teguh pada agama Islam tu sendiri, anda patut rase bersyukur ke hadrat Ilahi kerana ade orang yang insaf dan bertaubat atas kesilapan2nye. sile ingat ye, Allah paling berhak atas segale2nye di dunia ni. kite patut bersyukur.

wallahu'alam..

bimbing diri ini said...
This comment has been removed by the author.
Emma Dalyna said...

As-Salam,

Tak ada manusia yg sempurna, setiap insan tak pernah lari dari kesilapan. Dan kita jgn terus menghukum tanpa mengetahui kebenaran.Bukan kita yg melalui hidup itu, kita hanya dengar percakapan org lain saja. Hanya org yg melaluinya yang sebenar-benarnya tahu. Dan hanya Allah yang tahu. Never & Dahlatunana..adakah anda berdua terlalu sempurna?

Petikan dari sebuah artikel :

Dalam alHadits
diterangkan:
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَال : إِيَّاكُمْ
وَالظَّنَّ فَإِنَّ الظَّنَّ أَكْذَبُ الْحَدِيْث . [ رواه البخاري ومسلم ].
Artinya: “Diriwayatkan dari Abu Hurairah ra., bahwa Rasulullah saw
bersabda: Hindarilah olehmu berprasangka (yang tidak baik), sesungguhnya
prasangka itu sedustadusta
berita.” [HR. alBukhari
dan Muslim].

Demikian pula Islam melarang mencurigai orang lain bersikap atau berperilaku
yang tidak baik, atau berburuk sangka terhadap orang lain. Dalam alQur’an
disebutkan:
يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْم . [الحجرات
.[ 12 :( 49)
Artinya: “Hai orangorang
yang beriman, jauhilah kebanyakan dari
prasangka, sesungguhnya sebagian prasangka itu adalah dosa.” [QS. alHujurat
(49):
12].

Wallahualam..semoga menjadi iktibar.

Wassalam.