Wednesday, February 25, 2009

Baru Kutahu Bagaimana Perasaan Itu

suatu ketika dulu, aku sering tertanya mengapa tiap kali suamiku menyatakan betapa dia terlalu sayangkan aku, setiap kali itulah bergenang airmatanya...
dan kini, baru kutahu apakah perasaan itu..
tiap kali mengucup dahi suamiku ketika tidur, tiap kali menyatakan bahawa aku juga amat menyayanginya, airmataku juga dengan mudahnya menitis kepipi..
ya, kini ku sedar, aku teramat menyayanginya... menyintainya..
aku takkan mampu hidup tanpanya..

kesyukuran yang tidak terhingga kerana telah ditakdirkan untuk hidup bersama dengan seorang lelaki bernama Muhammad Zahrullail.
suami bukanlah hanya teman tidur, tetapi teman ke syurga..

baru kutahu bagaimana perasaan itu...

No comments: