Ya Allah, indahnya perasaan itu..
terasa nikmat bersujud di masjid dan dipancari matahari pagi aidiladha. subhanallah..
indahnya apa yg kurasa saat itu hanya Allah saje yg mengetahui
airmataku mengalir deras tak tertahan, sedih atas segala yg terjadi bercampur dgn rasa syukurku padaNya..
walaupun hiba terasa, di masjid itulah aku dinikahinya satu ketika dulu..
dan dimasjid itu jualah arwah datukku menghembuskan nafas terakhir ketika sedang membaca khutbah jumaat.
dan itulah masjid dimana jenazah arwah abi kesayanganku disembahyangkan..
tapi aku tetap bersyukur dgn nikmat dan dugaan yg Allah beri padaku
usia yg dipanjangkan hingga aku dapat merasai kesyahduan aidiladha pada tahun ini
walaupun aidiladha kali ini kurang bermakna buat aku dan keluarga, kehilangan sebilangan saudara mara yg menjauhkan diri dan menghukum aku hanya dgn mempercayai cerita dan fitnah dari pihak bekas suamiku
tapi Alhamdulillah, hubungan aku, ummi dan adik2 bertambah erat
masyaAllah, betapa besarnya hikmah Allah swt..
salam aidiladha buat semua umat islam..
selamat hari raya qurban.. dan istilah qurban bagiku kali ini adalah qurban kasih..
keperitan yg harus kutelan jua.. tapi akan ku cuba untuk terus tabah mengharunginya, insyaAllah
insyaAllah..
Thursday, November 18, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
salam aidiladha nana....
Nana,
I just read your previous entries. Tergamam sekejap with musibah yang menimpa you. Semoga Allah berikan u n family kekuatan, ketabahan and peace untuk mengharungi dugaan yang sangat hebat ini.
Take care ok!
zella - thanks dear. salam aidiladha too, sorry dah terlepas dah aidiladha nya, lambat reply..
kak meen - terima kasih akak, nana hargai doa and kata2 semangat akak. Alhamdulillah, nana bersyukur masih ada yg sudi bagi kata2 perangsang sedangkan ahli keluarga sendiri menjauhkan diri. Ya Allah, terima kasih banyak. insyaAllah nana akan kuatkan semangat untuk mulakan hidup baru. take care too sis..
Post a Comment