aku redha sebab Allah itu maha mengetahui..
cuma diri ini terlalu kesal, tiada satu pun penjelasan yg diminta dariku, hanya mendengar dari sebelah pihak dan akhirnya aku disalahkan bulat2. remuknya hatiku kerana niat menjaga maruah suami akhirnya memakan diri sendiri.
dalam rumahtangga memang suami isteri tak lari dari buat kesilapan, masing2 ada salah dan silap sendiri.. suami dan isteri itu sendiri yg lebih faham kelebihan dan kekurangan pasangan masing2, dan yg tahu perkara sebenar hanyalah aku, dia dan ALLAH. memang selama ni kami nampak terlalu bahagia, bagiku menyembunyikan masalah rumahtangga kami adalah tanggungjawab aku sebagai isteri. selagi aku mampu, aku cuba pertahankan tapi apakan dia, ini ketentuan jodoh kami.. berakhir sudah, bertahan hanya setakat ini.. Ya Allah, aku redha atas semua ni Ya Allah..
aku pasrah Ya Allah..
ujian ini kujadikan sesuatu untuk aku sentiasa muhasabah diri, memperbaiki setiap kelemahan dan kekurangan yg ku ada.. Alhamdulillah Ya Allah, aku tetap bersyukur padaMu atas dugaan ini yg membuatkan aku lebih dekat denganMu. maafkan kealpaanku yg selama ini kurang melebihkan masku untukMu.. kau berikanlah aku petunjuk dan hidayahMu agar aku terus menuju kejalanMu, Ya Allah..
5 comments:
Salam Nana....
Sedih jugale aku baca kesah hidup nana....
Aku pasti ramai kenalan nana bersimpati atas ketentuan takdir ini, tapi tiada seorangpun yang merasai apa yang nana rasai.... semua orang boleh bercakap bersabarlah,kita yang merancang, ALLAH juga yang menentukan...Pun bagitu yang pasti apa yang menimpa diri nana ini akan tersimpan dalam lipatan sejarah hidup nana selama lamanya....Maafle aku hanya sekadar memberi pandangan sahaja.....
salam mibu bulan, terima kasih banyak2 atas kesudian membaca blog diarykayangan yg sebenarnya penuh kesepian.. terima kasih juga atas kata2 nasihat dan pandangan ikhlas itu, nana hargai sangat2. tiada lain pun yg dapat nana buat selain dari bersabar. nana perlu mencari kekuatan untuk bangun semula dan tabah memulakan hidup baru, insyaAllah..
Udah ler, berenti ler berlakon Nana. Dosa yang diri sendiri buat dengan lelaki lain masa masih dengan Zarul taknak cerita kat orang. Pandai betul dak Nana ni berlakon ek.
ASTAGHFIRULLAHALAZIM.. sesungguhnya biarlah hanya ALLAH yg maha mengetahui, dan apa yg sebenarnya berlaku dalam rumahtangga kami biarlah terus nana simpan sebagai rahsia aib perkahwinan kami. kerana itulah, dalam islam tidak menggalakkan pihak luar mencampuri masalah rumahtangga orang lain. terima kasih atas kata2 hinaan itu. sesungguhnya hanya Allah yg berhak menilai. wallahua'lam.
hampir setahun berlalu. Allah itu maha penyayang. lihatlah pada dirimu hari ini, dari kaca mata orang yang jauh, memihak kepada kamu kerana kejayaan kamu menjadi seseorang yang jauh lebih sempurna malah kelihatan lebih dekat dengan Rabbul'alamin. Maka Allah mendengar rintihan hati para hambaNya dan Dia begitu berhak memberikan segala rezeki dan hidayah pada sesiapa yang dikehendakiNya. Nampaknya, kamu pilihanNya. Syukur Alhamdulillah kepadaNya. Semoga kamu mempertahankan hidayah Allah sebaiknya dan menegakan agama Allah yang cukup harmoni dengan fitrah seorang manusia. Islam itu indah, Allah itu Penyayang, RasulNya Pencinta - Zul Notafikir.com
Post a Comment