Friday, March 27, 2009

27 March

satu kehilangan yang takkan terisi, tak mampu berganti hingga akhirnya...







buat Abi yang takkan pernah luput dari ingatan,
Nana terlalu rindu akan saat2 kita masih bersama sekeluarga dulu
rindu untuk mendengar nasihat berguna dari Abi, rindukan suara Abi
masih segar dalam lipatan memori Nana, Abi akan setia menunggu di pintu hingga tertidur di sofa tiap kali Nana dalam perjalanan pulang waktu malam dari Cameron Highland mahupun dari UiTM...
seakan masih terasa pelukan Abi menyambut ketibaan Nana waktu itu..
segala yang Nana miliki kini sesungguhnya adalah milik Abi dan sesungguhnya,
jutaan terima kasih yang tidak terhingga di atas didikan dan bimbingan Abi selama ini sehingga Nana mampu jadi begini..
jasa yang takkan mampu Nana balas kerana membesarkan Nana
InsyaAllah, Nana akan sentiasa memperbaiki dan memajukan diri demi wasiat Abi, demi kehidupan Ummi dan masa depan adik2..
semangat Abi sentiasa bersama Nana
akan Nana pikul amanah ini sebaik2nya
semoga tenang dan dirahmati sentiasa rohmu disana
sesungguhnya Abi adalah seorang ayah, guru dan lelaki terbaik pernah Nana jumpa
sifat amanah, jujur dan bertanggungjawab mu itu akan sentiasa Nana amalkan dalam hidup Nana
Abi lah idola perjalanan hidup Nana
terlalu rindu untuk meraikannya bersama seperti dulu,
Selamat Hari Jadi Abi...
semoga kita berjumpa disana Abi... Amin...
Abi dalam kenangan
Al-Fatihah

No comments: