RENAISSANCE. this is my very 1st site survey, was on 2nd week assignment..
see, thas KLCC.. it can be seen anywhere..
macam dalam hati, dimana jua, setiap detik dan setiap saat, ia sentiasa dihati. insyaAllah sampai bila2.
ENDEAVORS FOR TREMENDOUS LIFE
RENAISSANCE. this is my very 1st site survey, was on 2nd week assignment..
see, thas KLCC.. it can be seen anywhere..
macam dalam hati, dimana jua, setiap detik dan setiap saat, ia sentiasa dihati. insyaAllah sampai bila2.
aku redha sebab Allah itu maha mengetahui..
cuma diri ini terlalu kesal, tiada satu pun penjelasan yg diminta dariku, hanya mendengar dari sebelah pihak dan akhirnya aku disalahkan bulat2. remuknya hatiku kerana niat menjaga maruah suami akhirnya memakan diri sendiri.
dalam rumahtangga memang suami isteri tak lari dari buat kesilapan, masing2 ada salah dan silap sendiri.. suami dan isteri itu sendiri yg lebih faham kelebihan dan kekurangan pasangan masing2, dan yg tahu perkara sebenar hanyalah aku, dia dan ALLAH. memang selama ni kami nampak terlalu bahagia, bagiku menyembunyikan masalah rumahtangga kami adalah tanggungjawab aku sebagai isteri. selagi aku mampu, aku cuba pertahankan tapi apakan dia, ini ketentuan jodoh kami.. berakhir sudah, bertahan hanya setakat ini.. Ya Allah, aku redha atas semua ni Ya Allah..
aku pasrah Ya Allah..
ujian ini kujadikan sesuatu untuk aku sentiasa muhasabah diri, memperbaiki setiap kelemahan dan kekurangan yg ku ada.. Alhamdulillah Ya Allah, aku tetap bersyukur padaMu atas dugaan ini yg membuatkan aku lebih dekat denganMu. maafkan kealpaanku yg selama ini kurang melebihkan masku untukMu.. kau berikanlah aku petunjuk dan hidayahMu agar aku terus menuju kejalanMu, Ya Allah..