Friday, December 30, 2011

Kisah Saidatina Fatimah

Gembira hatinya, gembiralah Rasulullah saw. Tertitis airmatanya, berdukalah baginda. Dialah satu-satunya puteri yg paling dikasihi oleh junjungan Rasul selepas kewafatan isterinya yg paling dicintai, Siti Khadijah. Itulah Siti Fatimah r.a wanita terkemuka di dunia dan penghuni syurga di akhirat.

Bersuamikan Saidina Ali bukanlah satu kebanggaan yg menjanjikan kekayaan harta. Ini adalah kerana Saidina Ali yg merupakn salah seorang daripada empat sahabat yg sangat rapat dgn Rasulullah saw, merupakan kalangan sahabat yg sangat miskn berbanding dgn yg lain.

Namun jauh disanubari Rasulullah saw, tersimpan perasaan kasih dan sayang yg sangat mendalam terhadapnya. Rasulullah saw pernah bersabda kpd Saidina Ali, "Fatimah lebih kucintai daripada engkau, namun dlm pandanganku engkau lebih mulia drpd dia" (Riwayat Abu Hurairah)

WANITA PILIHAN UNTUK LELAKI PILIHAN. Fatimah mewrisi akhlak ibunya Siti Khadijah. Tidak pernah membebani dan menyakiti suami dgn kata2 atau sikap. Sentiasa tersenyum menyambut kepulangan suami hingga hilang separuh masalah suaminya. Dengan mas kahwin hanya 400 dirham hasil jualan baju perang kpd Saidina Usman Ibnu Affan itulah dia memulakan penghidupan dgn wanita yg sangat dimuliakan Allah di dunia dan di akhirat.

Bukan Saidina Ali tidak mahu menyediakan seorang pembantu utk isterinya tetapi sememangnya belau tidak mampu berbuat demikian. Meskipun beliau cukup tahu isterinya saban hari bertungkus lumus menguruskan anak2, memasak, membasuh dan menggiling tepung, dan yg lebih memenatkan lagi bila terpaksa mengandar air berbatu-batu jauhnya sehingga kelihatan tanda dibahu kiri dan kanannya.

Suami mana yg tidak sayangkan isteri. Ada ketikanya bila Saidina Ali berada di rumah, beliau akan turut sama menyinsing lengan membantu Siti Fatimah menggiling tepung di dapur. "Terima kasih suamiku" bisik Fatimah pada suaminya. Usaha sekecil itu, di celah2 kesibukan sudah cukup berkesan dlm membelai perasaan seorang isteri.

Suatu hari, Rasulullah saw masuk ke rumah anaknya, didapati puterinya yg berpakaian kasar itu sedang mengisar biji2 gandum dalam linangan air mata. Fatimah segera mengesat air maanya tatkala menyedari kehadiran ayahanda kesayangannya itu.

Lalu ditanya oleh baginda, "Wahai buah hatiku, apakah yg engkau tangiskan itu? Semoga Allah menggembirakanmu."

Dalam nada sayu Fatimah berkata, "Wahai ayahanda, sesungguhnya anakmu ini terlalu penat kerana terpaksa mengisar gandum dan menguruskan segala urusan rumah seorang diri. Wahai ayahanda, kiranya tidak keberatan bolehkah ayahanda meminta suamiku menyediakan seorang pembantu untukku?"

Baginda tersenyum seraya bangun mendapatkan kisaran tepung itu. Dengan lafaz BISMILLAH, Baginda meletakkan segenggam gandum ke dalam kisaran itu. Dengan izin Allah, maka berpusinglah kisaran itu dgn sendirinya. Hati Fatimah sangat terhibur dan merasa sangat gembira dgn hadiah istimewa dari ayahandanya itu. Habis semua gandumnya dikisar dan batu kisar itu tidak akan berhenti selagi tidak ada arahan utk berhenti, sehinggalah Rasulullah saw menghentikannya.

Berkata Rasulullah saw dgn kata2 yg masyhur, "Wahai Fatimah, Gunung Uhud pernah ditawarkan kepadaku utk menjadi emas, namun ayahanda memilih utk keluarga kita kesenangan di akhirat" Jelas Baginda mahu mendidik puterinya bahawa kesusahan bukanlah penghalang utk menjadi solehah.

Ayahanda yg penyayang terus merenung puterinya dgn pandangan kasih sayang, "Puteriku, mahukah engkau ku ajarkan sesuatu yg lebih baik daripada apa yg kau pinta itu?"

"Tentu sekali ya Rasulullah" jawab Siti Fatimah kegirangan.

Rasululllah saw bersabda, "Jibril telah mengajarku beberapa kalimah. Setiap kali selesai sembahyang, hendaklah membaca 'Subhanllah', 'Alhamdulillah' dan 'Allahuakbar' sebanyak 30 kali"

Ternyata amalan itu telah memberi kesan kepada Siti Fatimah. Semua kerja rumah dapat dilaksanakan dgn mudah dan sempurna meskipun tanpa pembantu rumah. Itulah hadiah istimewa dari Allah buat hamba-hamba yg hatinya sentiasa mengingatiNYA.

Tuesday, December 27, 2011

Sunday, December 25, 2011

25th DEC 2011



Selamat Jadi Tunangan Orang buat housemate ku..

AND

Selamat Hari Ulangtahun Perkahwinan buat Ummi & Arwah Abi..

Wednesday, December 21, 2011

Bahagia itu milikNYA

sungguh.. setiap rasa,
suka, duka, gembira, bahagia..
segalanya adalah milikNYA
manusia hanya sebagai medium
terima kasih TUHAN atas bahagia yg KAU beri
negeri bawah bayu ternyata sentiasa dekat dihati
semoga sentiasa diberkati
Kota Kinabalu, aku pasti kembali lagi

Sunday, November 27, 2011

Hijrah Cinta

ku hijrahkan cintaku, hanya padaNYA.. Ya Rabbi
saat muhasabah cinta, merenung diri
betapa selama ni terlalu mencintai duniaNYA
terlupa akan akhiratNYA

Ya Allah
terlalu banyak dosa ku padaMU
membelakangiMU demi keseronokan sendiri
mengingkariMU demi kebahagiaan duniawi
sedangkan hanya padaMU wujudnya sesuatu yg abadi

Ya Rahman
tak terhitung dosa2ku terhadapMU
dosa atas kealpaanku menjaga auratku
dosa tidak menjaga batas pergaulan
dosa tidak menjaga hati & percakapan
dosa pada curiga & berburuk sangka
dosa atas segala2nya.. atas setiap syariatMU yg tidak kupatuhi

KAU lah pemilik nyawaku
setiap nafasku adalah milikMU
denyut nadiku adalah pemberianMU
degup jantungku adalah ihsanMU
hidup & matiku juga anugerahMU

kuserahkan segalanya hanya padaMU
ampunilah daku, bimbinglah daku
peganglah hati ku
agar daku sentiasa menjadi hambaMU yg sentiasa mengingati
mensyukuri

Alhamdulillah, terima kasih atas kesempatan ini

Saturday, November 19, 2011

Kemelut Harapan (ilham jauh malam)

aku yg menangis, aku yg tersedu..
sendiri.. tanpa ada siapa yg tahu..
tertetes.. satu demi satu..
tangisan kelu..

gurauan itu menghantuiku..

adakah cinta ini akhirnya gurauan,
kata-kata indah hanya tinggal igauan..
kemesraan mungkin cuma kenangan
segalanya bagai sekadar angan-angan

yg hadirnya bak sekilas bayangan..

mahu ku terlena bersama resah
kubawa duka kedalam tidurku
gundah.. gelisah..

ingin sekali saat aku terjaga
segalanya hanyalah mimpi
dan pada realiti
airmata itu, tiada lagi..
pergi..
jauh dari diri ini..
bersama parut luka dihati..

pastinya ku harapkan dirimu
masih utuh
berada disitu...
untukku..

biarkan harapan itu terus menjadi milikku
walaupun sering kemelut bertandang
kerna ku pasti
dihujungnya nanti
ada bahagia mengundang..

Antara Aku, Istiqlal dan Monas




lantas harus ada di Bandara Soekarno Hatta seawal pagi..

Thursday, November 10, 2011

tidak ditakdirkan

mungkin tidak ditakdirkan untuk kami berpisah..
biarpun berbeza adat, bangsa dan negara.. tapi kami tetap akrab spt dulu
walaupun cuba dijauhi sedaya upaya, kami tetap saling memerlukan antara satu sama lain
seteruk mana pun bertekak, sedahsyat mana pun merajuk..
mengabihkan beras je.. kesudahannya.. berbaik semula..
pandai memujuk ye, memang dasar mulut manis.. ngeh ngeh ngeh..
boleh blah la.. apa apa pun, taste aku tetap lelaki melayu & muslim, kalau boleh orang yg mukmin.. amin..
semua orang boleh menjadi muslim.. tapi persoalannya, mukminkah kita..
mukminkah daku..???
Ya Allah, seolah2 ku tak punya banyak waktu lg.. berusahalah sebaik mungkin demi bertemuNYA

Tuesday, November 1, 2011

1.11.11 - Almost Here



When I need You


You're almost here

I would change the world, If I had a chance


Oh won't you let me..


Treat me like a child


Throw your arms around me


Oh please protect me..

When I hold You


You're almost here

Monday, October 31, 2011

Suara Rindu


suatu yang indah ceritanya bermula semalam...

pabila bertemu pasti aku suarakan rindu...

Sunday, October 30, 2011

QALBU

"Ketahuilah dalam jasad anak Adam ada seketul daging, bila mana ia baik maka baikah keseluruhan jasadnya. Bilamana buruk, buruklah pada keseluruhan jasad tubuhnya. Itulah dinamakan kalbu/diri rohani atau HATI".

Ya Allah, KAU peliharalah hati kami semua agar ia tidak merosakkan.
Amin.

Tuesday, October 25, 2011

aku tak biasa

bila dah biasa bersama hari2, jumpa nampak muka hari2, tak cukup dgn jumpa..call, sms, ym hari2..
bila tiba waktunya untuk berpisah, Ya Allah.. Tuhan sajelah yg tau seksanya. seolah2 menghitung hari nak berpisah dgn omputih tu..

dialah yg aku ada saat aku memerlukan teman berbicara, saat aku sedih dia selalu ada untukku..
tapi tibalah masanya aku bawak haluan ku sendiri..
tiadalah lagi aku menjadi supirnya menghantar dia ke airport dan menjemputnya. tiadalah lagi aku menjadi bibik nya, menguruskan pakaiannya..

akan terbayang2 lah betapa berseleranya dia memakan masakan ku.. akan terkenang2 jualah kemesraan dia dgn ummi, nenek and adik2ku..
akan masih terasalah betapa dia memanjakan ku saat aku sakit, pasti terbayang2 dia membebel saat kedegilanku, takkan ku lupa cara dia mengadu pada ummi tentang aku.. manis sekali, rasa macam nak ku cubit2 je mulut dia tu, haizzzz..kuat mengadu sungguh ye..

dialah kekasih, teman, kawan, abang, pelindungku.. suami...?? belum lagi.. buat masa ni kami selesa begitu tapi tak bermakna menolak ketentuan jodoh, andai memang dia jodoh yg Allah tentukan inshaAllah aku terima seikhlasnya.. memohon kekuatan dariNYA utk terus bersama2nya agar dia terus kuat dalam islam..

mungkin dia marah, membebel2.. tapi aku tahu ini kebaikan utk bersama.
moga aku diberi kekuatan utk meninggalkan dia demi DIA..
kebersamaan itu mungkin mengundang dosa, mungkin juga mengundang fitnah.. aku sayang Allah, sayang sangat2.. tak sanggup lagi rasanya utk membelakangi syariatNYA..

dia baik, tapi dia belum cukup faham.. menjadi kawan yg baik tak perlu bersentuhan, tak perlu berpelukan, tak perlu tak perlu.. tak perlu jua merenung mataku dalam2.. tidak, tak perlu. aku akan terus jadi serba salah bila terus bersamanya. utk kutolak dia, dia adalah teman terbaik bagiku... tapi utk menerimanya, bermakna aku membelakangi Allah..
dan aku membuat keputusan utk memilih Allah..

semakin hari ku tekadkan keputusan ini, semakin dia mendekatiku, semakin menjadi terlalu baik padaku.. terasa semakin sukar utk ku terus memilih jalan ini..

Ya Allah, Kau berilah daku kekuatan Ya Allah..
dan Kau berikanlah hidayah padanya sentiasa, kuatkanlah dia dalam islam.. Kau jagalah hatinya Ya Allah agar dia tidak kembali ke agama asalnya..
Kau berilah sebaik2 petunjuk padanya, hanya padaMu lah daku berserah kerana Kau adalah sebaik2 penjaga bagi setiap hambaMu.

pasti diri ini rasa sunyi tanpa usikan darinya.. banyak dia buat ku tersenyum, tertawa.. menangis pun ada jugak..
arguement dgn dia adalah yg paling indah..hehehe..
apapun, aku nak kena mintak semua gambar2 aku yg dia tangkap and dia simpan dlm iphone dia tu.. pastu pesan kat dia, jangan jual..

Ya Allah, Kau lapangkanlah dadaku ini dengan keputusan yg ku lakukan.. amin..

Wednesday, October 5, 2011

Mulanya di sini...



SETELAH MATAHARI.....
SETELAH LANGIT....
SESUATU YG PALING CERAH ADALAH HARAPAN....
DAN MUNGKINKAH AKU MASIH MENGHARAP.....



John Neary @ Danish, Aween, Suzie, Faizal, Faryad... terima kasih kerana selalu ada utk diri ini.. thanks to Achik too, even u are in Sydney but we are just too close to each other. distance doesnt matter.. i love u guys..

Ummi, u dont know what is actually happening... but seems u understand. sms2 dan kata2 Ummi sangat keramat, berharga buat diri ini..

my Gogo, Georges.. u are always 'just in time'..

alhamdulillah, i thanks Allah..
mereka hadir saat ku memerlukan.. walau kesakitan ini, hanya daku yg mengerti

Tangis yg tak terlihat...



Senyum yg terukir..
Tawa yg terlerai..
Tangis yg tak terlihat..
Dan sesungguhnya, hanya ALLAH yg tahu diri ini sedang bertarung..
Ya Allah, KAU berilah kekuatan padaku..
Hanya padaMU daku memohon..

Thursday, September 29, 2011

assignment in Dubai

bila dapat berita yg peluang to be assigned to Dubai is KIV...
kecewa.. sedikit kecewa.. bukan sedikit sebenarnya, kecewa banyak..
kenapa kecewa, tidak bersyukurkah bekerja dan punya kerjaya di Malaysia..
sebab mengapa kecewa tu, biarlah hanya aku dan Allah sahaja yg tahu..

janganlah ditangisi apa yg bukan milik kita..
kerana mungkin Allah sedang merancang yg lebih baik buat kita..

saat ini Allah mengambil cahaya matahari yg DIA beri,
sukarnya rasa diri ini utk menerima, kehilangan sinar yg indah..
segalanya seakan gelap..
bersabarlah..
kerana mungkin Allah ingin memberikan pelangi satu hari nanti..
akan tiba waktunya tanpa kita jangka..

segala ini ada sebab tersendiri.. tapi tiada siapa yg mengetahui..
hanya DIA..

Monday, September 26, 2011

ignoring...

"xxx : hi
him : hi

bla bla bla..

him : i should be ignoring u rite
xxx : nope
him : why, its your word..
xxx : yes i did asked u to ignore me but i didnt want u to ignore me.."

hmmm... sounds like that, but maybe not exactly as i cant captured accurately what he showed to me..
but i was wondering... what kind of game was that...
stop complaining to me...
if she knows where is her position in your life, she shouldnt feel jealous about us.
and who is she to feel that way...?

malas nak dengar dah, u sendiri kena comprehend dia betul2 to avoid that stupid jealousy.. she is not even your girlfriend to feel so.

pls respect me, my word.. just like what i did to my Italian friend..
he got no right to ask me remove u from my life as i knew u before i knew him
and even u are much more closer to me than him..
why should i put u aside and keep my Italian friend...?
decided not to listen to him.. simple..
as i respect u are 'somebody' in my life
and i respect even whoever is your friend
u are dont belongs to me, and INDEED u are belongs to ALLAH..
not belongs to everybody..

so now, its fair.. u pun tak boleh nak halang i dari kawan dgn sesiapa.
i taknak dengar lagi u complaint or 'kondem' about any of my friend especially lelaki
who are u to stop me be friend with them

now ni, u duduk la cokoh kat depan i ni.. i nak jadi batu
wont be speaking to u..
what...? lapar...? nak makan kat mana...?
pergi makan sendiri..
hahaha..

ok ok ok.. tak payah buat muka seposen tu.. jom kita makan..

Friday, September 23, 2011

mat salih sesat loyar buruk!!



di satu hari @ office;

me : hello sir, may i speak to Mr. John Near please

him : yes, speaking.

me : is it convenience for u to talk?

him : yeah, sure. what can i help u Miss Farhana..

me : hey B, how can u recognize me.. i was about to 'kacau' u.

him : of course i know its u.. because your voice sounds like a mouse.. tikus tikus..! haha

me : sighhhhh.. (buat muka bengang.. takpe2, ada lorry ada bas). nothing, i just wana ask u what u want to 'makan' today.. what about 'telur kari kicap'? the last time i made for u was before u went back to Ireland rite..

him : yeaahhh, boleh boleh.. sedap sedap.. yummy... terima kasih, Farhana

me : ok, great. bye.. assalamualaikum

him : wa'alaikumussalam Farhana

(hati menggerutu. since dia ajak balik kg sbb rindu nak makan curry Ummi kan.. siap kau.. aku suruh Ummi masakkan curry tikus.. hahaha)

......................................................................

*gambar tu telah diambil masa makan hari tu, dgn buat muka camtu dia cakap "owh, this is my first roti canai since i got back from Ireland... slurrrpppp!"

owh, please.. stop giving excuses okeh. alasan nak makan banyak. dia bagi i dua cebis je roti canai tu, baru nak mintak lagi dah licin..


kalau masak kari ke, telur itik masak lemak ke, masak selon ke.. memang kompom makan sampai 3 pinggan. pastu cakap.. "owh, Farhana & Ummi always makes me gemuk.."


kadang2 dia memang menyakitkan hati, nak2 sbb sama2 degil.

............tapi dialah yg selalu ada bila kdg2 aku sedih, bila aku nangis, bila aku demam tak larat nak makan dia jugaklah yg selalu bawakkan bubur mcD and paksa makan ubat.

............pastu dia jugaklah yg rajin pura2 cakap kat telefon konon2 cakap dgn Ummi mengadu pasal aku kalau aku degil taknak dgr cakap dia.. haizzzz.. tak boleh jadi ni, tak boleh biar dia jadik spy Ummi.. masak den dibueknyo.. huhu..

Tuesday, September 20, 2011

keHIJAUan

warna HIJAU itu akan sentiasa mengingatkanku padamu..
teman,
ALLAH telah mengurniakanmu padaku utk aku tidak lagi sendiri mengunjungi rumahNYA..

disaat jiwaku goyah, kau jualah yg sentiasa mengingatkan ku agar teguh percaya pada ketentuanNYA..
qada' dan qadar itu WAJIB dipercayai, bukan hanya harus atau sunat.. tetapi wajib
andai tidak kita lakukan, berdosa besar hukumnya..

setiap sesuatu yg berlaku juga ada sebab dan hikmahnya..
yg kita sendiri tak tahu..
hanya DIA yg maha mengetahui..

ku doakan kau akan sentiasa berbahagia menghadapi hari2 yg menanti dihadapan..
walau jauh beribu batu..
silaturrahim ini takkan pernah berkurangan nilainya..
hanya mungkin, jarak yg memisahkan..
tapi bukan sebuah ingatan..

ERL, Putrajaya
Masid Besi, Putrajaya
2011

rindu AFRINA

suka sangat tgk gambar Afrina yg ni, dia senyum and pandang camera.. masa ni dia nak lagi dgn orang.. now ni, hanya boleh dipandang okeh.. tak boleh dipegang.. haizzzz... geget nanti taulah.. :)

Sunday, August 28, 2011

Aidilfitri

Selamat Hari Raya,
Maaf Zahir & Batin....

Thursday, August 25, 2011

Faryad, Farhanah, Farhana







sessi berbuka.. tapi ada satu lagi Farhana tercicir.. Cikgu Farhana. we'll make it some other time, insha Allah.

Sunday, August 21, 2011

Outstation for Work


I feel so pampered... and it's from Vietnam



16/8/2011

Selamat Pengantin Baru buat Zarul Yunus dan isteri. Semoga kekal bahagia dan diberkati Allah swt. Alhamdulillah, semoga bulan Ramadhan yg barakah ini membawa 1000 rahmat dalam menjadi saksi pernikahan dan penyatuan 2 insan, 2 hati dan 2 janji.. amin.

*Buat Zarul, jadikanlah kegagalan lepas sbg pengajaran utk menjadi suami dan ketua keluarga yg lebih baik buat perkahwinan kali ini. Isteri itu adalah amanah Allah buatmu, jgn kau abaikan tanggungjawab mu dan jgn kau abaikan isterimu, krn ia bakal dipersoalkan diakhirat nanti. Dan jgn pula kau lalai dgn tanggungjawabmu sbg seorang anak, tanggungjawab terhadap keluarga. Mohonlah bantuan Allah agar kau mampu seimbangkan keduanya.

BTW, Selamat Berbahagia dlm melayari bahtera rumahtangga. Ameen.. :)

Monday, August 8, 2011

8/8/2011

....tarikh yg pernah menjadi sejarah dalam hidup ku, dan kini hanya tinggal kenangan yg pastinya tidak perlu ku kenang2. dan tiada apa juga yg perlu kusesali krn semua itu adlh takdir. kesakitan, keperitan yg kualami sejak tarikh itu telah Allah ambil agar tidak lebih menyakiti.. alhamdulillah.

apa yg perlu, muhasabah diri dan perbaiki mana yg perlu. aku percaya, dia jg akan ketemu dgn kehidupan baru bersama penggantiku. dan aku...? inshaAllah. bila tiba waktunya diizinkan Allah, akan terbukalah hatiku menerima cinta baru, menerima insan baru.. cuma kapan waktunya, tidak ku tahu. wallahua'lam. kubiarkan dulu insan2 itu sbg teman, rakan, kawan dan sahabat.

bukan niat utk membuat mereka menanti tp aku tidak mahu terlalu gopoh dlm memilih pasangan, tidak mahu pisang berbuah dua kali. apa pun jua pasangan ku nanti, inshaAllah akan kuterima dgn ikhlas hati, redha dan bersyukur atas pemberianNYA.. cuma mohon dijauhkan dari yg baran dan yg tergamak menyakiti, memudaratkanku.. amin..

Ya Rabbi, Kau lah yg maha mengasihani hambaMU yg hina ini, perkenankanlah doaku. aku yakin Kau takkan membiarkan hambaMU menderita selamanya. berikanlah aku petunjuk agar dpt ku membuat pilihan dgn sebaiknya, Kau bukakanlah pintu hatiku bila sampai waktunya.

Tadarus..

Thursday, August 4, 2011

Kiwi, New Zealand


remember how great last ramadhan, craving for Kiwi fruit seems almost every buka puasa and sahur time. 1kg only NZD1.99 and the fruits were so fresh.. mashaAllah.. sedap
so memang makan buah kiwi sampai macam nak muntah..

and this year ramadhan.. someone gave this and said.. "we can't go to NZ, so i bring this NZ to u.."
owh, how sweet.. rasa macam nak menitik airmata pun ada.
"it's ok, save the money to Ireland ok. meet mom and dad, and brothers too.. it's been 2 years already, they must be missing u very much and im sure u are too."
and he smile at me..

senyuman itulah yg sentiasa membuatkan kesabaranku yg ada ketikanya tercabar, ada waktunya hati meruntun sayu, teriak hati meronta2 agar dilepaskan..terbayar..

Ya Allah, sesungguhnya Kau lah maha mengetahui, maha mengasihani.. kesabaran dan kekuatan ini adalah milikmu abadi, telah Kau pinjamkan padaku.. i thanks Allah, alhamdulillah. semoga hidayahMu akan sentiasa berada dihatinya dan semoga aku sentiasa Kau beri kekuatan dlm meniti perjalanan membimbingnya kejalanMu Ya Allah..

i was told about the sms, took my iPhone and retrieve mentioned sms.
"to New Zealand via Sydney for transit.. may visit Circular Quay, Opera House. just get train from Sydney airport to get there"
no reply from him but i know it's been notified. now im sure that it's been bothered.
yes, i would like to take him there.. the place of my past, and where the scenery best ever.
inshaAllah..

for the time being tak boleh, next time ok lepas balik dr Dublin. family 1st ok.
sometimes i wonder, how would i be.. without him, one fine day..?
menerimanya adalah kerana Allah, amanah dariNYA, menyayanginya keranaMU.. dan perlu ku akur andai satu hari nanti, aku perlu melepaskannya keranaMU.
aku percaya setiap yg berlaku ada hikmahnya, kerana Engkau Maha Mengetahui, dan dariMU jualah ku mohon kekuatan utk menghadapi segala kemungkinan.. amin..

Tuesday, August 2, 2011

Monday, August 1, 2011

1 Ramadhan

Selamat Berpuasa buat semua..
Semoga Ramadhan kali ini memberi seribu satu keinsafan, keberkatan dan kenikmatan dalam beribadah kerana Allah swt.
Insha Allah..

Friday, July 29, 2011

loghat & dialog

peristiwa 1;

satu hari kami pergi shopping barang2 dapur, groceries and house stuff.. shopping2 makan2 then balik..
sampai je kat pagar rumah, dgn penuh confident nya memberhentikan kereta dan berkata dgn semangatnya..

"masak!"
muka aku tiba2 jd muka pelik.. seems so shocked then i said "what...?? we had our food just now while shopping those stuff..."

lalu dia berkata "eh... masuk!"
lagi bertambah2 berkerut dahi aku

then dgn muka confuse nya dan muka tahan malu, dia pun sebut "keluarrrrrr!!!"

uk'aloohhh... suruh i keluar kereta dulu rupanya before park the car. adoiyaiii..


peritstiwa 2;

di satu hari menjemputnya dari airport, all the way home tu we all sembanglah macam2 spt biasa, dua2 kawan baik merpati 2 sejoli ni mmg mulut bertih jagung. tiba2 timbul issue pasal women's behaviour..

dgn penuh jayanya dia pun berkata..
"cantik2, wexy2 (awek+sexy), lucu... suddenly cigarette...
op op op.. nooooo... red card..!"

so kesimpulannya, dia tak suka perempuan merokok.. demam bola punya pasal la tu, siap buat bunyi siul macam wisel before sebut "red card!!!" dgn penuh bergayanya..


situasi 3;

while driving from dinner, suddenly ada orang tu duduk sambil goyang2 kekanan kekiri membuatkan aku rasa rimas..
so aku pun bertanya.. "hey, what's wrong with u.. so annoying.."

dgn muka selambanya dia pun jawab..
"gatal!! semok on my bontok.."

macam nak termuntah darah and terputus urat kentut gelak rasanya.. dah bunyi cam kelantanese speaking je.. *semut on my bontot..
aduh, sapelah mat salih sesat ni.. cakap pun suka2 hati je.. tepuk dahi aku dibuatnya..

The Increment

alhamdulillah.. 20%

sesungguhnya rezeki itu adalah milikMu Ya Allah

ALHAMDULILLAH

Saturday, July 16, 2011

teman ke Masjid Besi

teman...
semakin kita berjalan, Allah akan sentiasa mengurniakan insan2 dalam hidup yg sesuai dgn perjalanan kita
ditakdirkan setiap hari ke tempat kerja menaiki ERL yg sama
saban pagi menuju kota dan kembali pulang bila tibanya senja

saat pertama kali bertegur sapa hinggalah ke masjid besi putrajaya bersama-sama
segalanya indah dengan izinNYA
alhamdulillah, syukurku kpd Allah swt
dikurniakan teman yg sering membuatkan aku teringat padaNYA
semakin kerap ke masjid besi putrajaya menunaikan yg fardhu

dari putrajaya sentral, pasti kesana utk menunaikan maghrib atau isha' sebelum masing2 pulang kerumah
bicara yg sentiasa tentang kehidupan dan nikmat pemberian dari yg ESA
kalimah bismillah sentiasa membasahi bibir setiap kali memulakan sesuatu
lagu2 nasyid dan kalimah2 Allah sering berkumandang diradio kereta
walau ada ketikanya lagu jiwang juga ke udara
tapi MAHA SUCI, MAHA PENCIPTA tidak pernah dilupa

bersamanya dadaku lapang
berbicara dengannya mindaku tenang
mendengar nasihatnya, membuat ku hilang rasa bimbang
mungkin kerana sama2 matang..

semoga dpt kita meraih redha dan rahmat Allah dalam bersahabat
sentiasalah saling ingat mengingat
dikala ada diantara kita yg terlupa
andai antara kita ada leka
tegurlah, agar kembali sedar di alam yg nyata
agar tidak lupa pada MAHA SEGALANYA
dan agar kita sentiasa mengingatiNYA
mensyukuri setiap pemberianNYA

dan aku.. menyayangimu sahabat, kerana agama yg ada pd dirimu
dan aku.. menyenangimu, kerana bicaramu dan ketenangan yg ada padamu
aku mencintaimu teman, semata2 kerana Allah
cinta kerana Allah
takkan pernah ku mampu kehilanganmu
tapi andai itu takdirnya, mungkin satu masa nanti aku pasti redha melepaskan kau pergi semata2 keranaNYA
semoga silaturrahim ini akan sentiasa dirahmati selalu
dan dibawah lindunganNYA

setiap ukhwah yg terjalin, setiap silaturrahim yg dikurniakan olehNYA pasti ada rahmatnya

when Malay & Irish....








inilah dulu buat sementara waktu.. melambak sangat lagi gambar yg ada, taruk semua kat sini nanti alamatnya muntahlah tengok..


can still remember when i introduced him to my Italian friend... he is my soulmate, my everything, the one who i cant afford to lose to.

just like what i said to him last night, what should we do for our anniversary...

ours??? no no no..


what so coincidence.. we both were married on 8/8/08

memories will always there.. take it as it is because its meant to happen that way. destined to got married to learn what is marriage all about.