Thursday, August 6, 2009
MEMPERBAIKI MUTU PERKHIDMATAN ADALAH SATU USAHA YANG BERTERUSAN
Bismillahirrahmanirrahim..
MEMPERBAIKI MUTU PERKHIDMATAN ADALAH SATU USAHA YANG BERTERUSAN
terasa macam buat karangan bahasa malaysia satu ketika dahulu zaman persekolahan. ini mungkin cara yang terbaik untuk mengelakkan salah faham akan isi yang disampaikan.
- Tiada Manusia Yang Sempurna.
ada sesetengah manusia yang sentiasa menggunakan fakta tersebut sebagai alasan menutupi kesalahan yang telah dilakukan. ya, manusia takkan lepas lari dari lakukan kesilapan tapi kesilapan yang berulang2 kali wajarkah kita kaitkan dengan fakta tiada manusia yang sempurna. bukankah kita hidup perlu belajar dari kesilapan, dan dari kesilapan itu kita perlu lakukan yang lebih baik supaya sentiasa menjadi yang terbaik dari sebelumnya.
ada juga segelintir manusia yang gemar menuding jari kearah orang lain sedangkan diri sendiri telah pun diamanahkan untuk melakukan sesuatu tugasan. saya tidak pun terlintas untuk menyalahkan mana-mana pihak dan kebetulan bila ditanya dengan sesuatu soalan, saya terfikir2 apa yang perlu saya ketengahkan demi mengelak kejadian berulang. saya protes hujah dan jawapan pembaca ruangan tragedi yang saya ceritakan kerana kelihatan seolah2 menyalahkan orang ramai dan menyatakan orang ramai tidak menghulurkan bantuan. saya yakin masih ramai lagi masyarakat kita yang prihatin.
saya teringat satu kejadian yang berlaku di kampung saya beberapa bulan sebelum ini, satu rumah telah terbakar bahagian dapurnya. ketika itu saya dan suami dalam perjalanan pulang ke rumah bersama nenek saya. tiba2 kami terlihat kepulan asap hitam, saya dan suami dengan segera memberhentikan kereta dan segera berlari ke arah rumah berkenaan. saya sempat berpesan agar nenek mengunci pintu kereta dari dalam sebagai langkah keselamatan. ketika itu bomba masih belum tiba, saya berlari ke arah seorang perempuan tua yang masih lagi duduk di tangga rumah dan memimpinnya beredar dari tempat kejadian. saya mencari2 jika masih ada mangsa terperangkap, tidak terlintas untuk saya menyelamatkan harta benda, apa yang penting adalah nyawa. ada wanita mengandung yang masih lagi disitu, menyelamatkan nyawanya adalah yang utama memandangkan api semakin marak membuatkan badan saya terasa sangat panas dek kerana bahang api.
dalam masa yang sama orang ramai mula menghampiri bila menyedari kejadian itu. suami saya dan beberapa lagi pemuda yang lain membantu mengalihkan beberapa motorsikal dan basikal yang berada di bawah rumah. beberapa orang lagi cuba menyelamatkan tv dan perabot kayu jati. saya menjerit pada suami saya agar mengalihkan kereta tuan rumah yang berada dihalaman rumah kerana risau api menyambar kereta itu lalu meletup. sempat suami kepada wanita mengandung tadi (tuan rumah) menyambar kunci kereta lalu kereta itu akhirnya berjaya ditolak agak jauh dari rumah berkenaan.
api semakin marah dan letupan terjadi satu persatu akibat dari tong2 gas yang berada didalam rumah itu barangkali. ramai yang bertungkus lumus menyelamatkan keadaan dari menjadi lebih teruk sementara menanti pihak bomba tiba. ramai juga yang berhenti di tepi2 jalan untuk menyaksikan, mungkin kerana takut mereka sendiri disambar api atau mungkin juga mereka lihat sudah ramai bilangan yang membantu.
ketika bomba sampai seluruh rumah telah dijilat api, kesesakan lalu lintas juga menyebabkan mereka tidak dapat tiba di tempat kejadian dengan lebih awal.
tidakkah anda terfikir orang ramai juga punya perasaan dan sikap keprihatinan? apakah agaknya yang terjadi sekiranya orang ramai tidak membantu dan hanya menanti pihak bomba sampai.?
saya faham akan keadaan air dari paip bomba yang agak mengambil masa untuk menyembur laju dan dengan itu apabila ditanya, saya terfikir untuk menyuarakan tentang alternatif lain sementara menunggu air menyembur deras. bagi saya kereta jauh lebih kecil saiznya jika dibandingkan dengan sebuah rumah yang besar dan saya juga faham setiap kebakaran ada cara tersendiri yang lebih berkesan. bukanlah maksud saya untuk memadam api dengan bertong2 pemadam api atau berhelai2 guni/gebar tapi maksud alternative yang dimaksudkan adalah sesuatu yang boleh digunakan sebelum paip air berfungsi sepenuhnya. jadi sekurang2nya ada tindakan awal yang diambil untuk selamatkan keadaan sebelum air menyembur dengan deras. mungkin tidak banyak kuantiti yang akan digunakan.
saya bukan pihak yang arif tentang itu jadi perlulah saya bertanya pada orang yang saya ingat lebih arif tentang itu.
dan saya tidak setuju dengan tindakan menyalahkan orang ramai yang hanya lalu lalang sedangkan dengan kebetulan mereka lalu disitu dan tidak tahu pun samada masih ada mangsa didalam kereta tersebut atau tidak. mereka yang memandu juga sudah pastinya berwaspada melintasi kawasan itu kerana menyedari kenderaan mereka mempunyai potensi yang tinggi untuk meletup jika api itu marak ditiup angin lalu menyambar keadaan mereka ataupun kereta tersebut meletup lalu mengakibatkan kereta2 yang berdekatan menerima nasib yang sama. saya dan rakan memandu kereta dari arah yang bertentangan dan terasa sangat kesal kerana tidak tahu bahawa ada mangsa terperangkap didalam kereta itu, sekiranya kami tahu InsyaAllah kami bantu apa yang termampu. apa yang terlintas difikiran saya adalah untuk memecahkan cermin tingkap menggunakan besi stereng lock untuk melancarkan peredaran udara yang baik sebagai bantuan mangsa bernafas dan kawan saya dino pasti akan menyungkil pintu kereta itu (betul ke penggunaan menyungkil tu?).
tapi itu semua telah berlalu dan kami sangat kesal dengan kejadian itu kerana kami sangka mangsa telah pun dikeluarkan memandangkan pihak bomba telah pun berada ditempat kejadian. mungkin itu takdir yang sudah tertulis di Luh Mahfudz, ketentuan ajalnya mungkin tertakdir disitu.
ramai juga yang menyuarakan mengapa bomba tidak memeriksa samada mangsa masih didalam kereta ataupun tidak kerana mereka telah pun berdiri berdekatan kereta itu dan telahpun sedia berada disana, tapi mereka juga akur, mungkin sudah itu ajalnya.
tapi yang saya tak faham sekarang ni, kenapa pembaca yang tidak diundang ni seolah2 menegaskan kesalahan orang ramai yang lalu lintas kat situ kerana tidak memberitahu bahawa ada mangsa terperangkap dalam kereta tu. sungguh saya tak faham! tentulah pemandu2 yang lalu lalang disitu tidak tahu mangsa masih didalam sebab kami ingat dah dikeluarkan sebab kami lihat pihak bomba telah pun berada disitu. lagipun kami dan mereka2 tu bukannya ada ditempat kejadian ketika ianya berlaku.
macamlah situasi suami yang marahkan isteri kerana membasuh seluar si suami dan memasukkan seluar kotor itu ke dalam mesin basuh tanpa memeriksa duit2 yang berada di poket seluar mengakibatkan duit2 tu rosak/koyak/hancur akibat pusingan dan proses pembasuhan. biasanya suami akan marah si isteri seperti ini
"kenapa awak tak periksa poket seluar sebelum basuh?? habis duit2 saya hancur"
atas kelalaian, duit yang berharga tadi pun musnah.. nak buat macam mana, dah takde rezeki.
cuba bandingkan dengan kejadian mangsa yang rentung terbakar dalam kereta tu.. kalau duit yang musnah itu berharga apatah lagi nyawa manusia kan. tapi orang ramai menerima dan berkata
"yelah, nak buat macam mana, mungkin bomba tu tak perasan ada orang dalam tu, yelah dah ajal, nak buat macam mana.. kesian.."
orang ramai punya perasaan dan tidak menyalahkan pihak bomba. saya cuma menyuarakan apa yang saya rasa dan pendapat yang sepatutnya sebab 'tukang comment' bertanya.. tapi masalahnya orang tu sendiri pulak macam tak ada perasaan.
menyalahkan orang ramai yang tidak memberitahu pihak bomba bahawa ada mangsa terperangkap dalam kereta.
owh, sungguh tidak saya sangka jawapan itu.
pada awal jawapannya saya gembira membaca, yes i do agree. memang setiap kebakaran tidak boleh dipadam dengan cara yang sama.
tapi lama2 jawapan itu jawapan yang tidak sepatutnya dan jawapan yang bagi saya menjatuhkan imej pihak bomba.
kalau sekalipun mereka mengaku ianya terjadi disebabkan kelalaian mereka, kami pasti akan berkata.. (seperti yang suami saya sendiri perkatakan)
"takpelah, perkara dah terjadi. mungkin waktu itu pihak bomba sendiri panik dan tidak tahu mangsa masih berada didalam kereta. anggap sahajalah ini takdir dan mungkin ajalnya telah sampai.. sekurang2nya kami berterima kasih pada bomba kerana akhirnya api itu berjaya dipadamkan"
"kita boleh ambil ini sebagai ikhtibar dan jadikan ia satu pengajaran untuk memperbaiki mutu perkhidmatan di masa2 akan datang"
tapi ayat diatas hanya akan terucap pada mereka2 yang rasional, bukan pada pembaca yang meninggalkan comment mengikut perasaan.
sekian, terima kasih.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment