Last night reached home by 8pm, hubby dah pesan tak payah buat masak lemak macam yang dia request sebab dia tau wife dia ni balik lambat and penat. Dia suruh masak simple2 so i just prepared mee goreng basah udang, favourite dia tu..
Then, my junior texted to let me know yang they are coming to my house. Aiseymen, nak jamu apa ni? Dah planned nak masak something simple. Sis, if u let me know i may prepare something special for u, bukan selalu pun datang rumah i kan.
So i masak mee tu more portion and buat pecal, nasib baik ada taugeh, kangkung and timun, tinggal prepare kuahnya.
Lepas guest balik, cepat2 kemas2 and basuh pinggan sebab hubby kata dia dah mengantuk sangat. I tidurkan dia...tapi lepas my hubby dah diulit mimpi, aku tak boleh tidur sampai pukul 4.30am.
I've been thinkin so many thing, ku tenung wajah suamiku, sedih sangat rasanya bila teringat kisah we all bercinta masa remaja2 dulu. Waktu tu aku not yet ready for that kind of commitment, aku telah putuskan hubungan dengan suamiku dulu walaupun masa tu aku tau dia memang sayangkan aku. Tapi aku rasa masa tu aku terlalu muda untuk itu semua, cinta monyet yang aku rasa hanya akan menyusahkan hidup aku.
Sekali lagi we all bercinta masa sama2 dah masuk "U" tapi disebabkan masa tu aku buat sambilan 'part time job' so masa amat berharga buat aku. Buat kedua kalinya aku tinggalkan Zarul, aku tak sangka masa tu rupanya dia teramat sedih.
Maafkan diriku suamiku, tapi ketika itu aku rasa aku tak punya banyak masa untuk itu semua..
Apa yang penting waktu itu buatku, EARNING MONEY. Macam2 kerja aku buat masa belajar dulu, Personal Asst. (Const. Comp), PR (Butik baju & kain provider), Singer (Live Band), Host (Chillis grill & bar) cuci pinggan kat cafe pun pernah masa tu.
Penat rasa badan tapi aku puas dengan pulangan yang aku dapat.
Walaupun my parent berkemampuan tapi aku lebih selesa hidup dengan duit sendiri.
Memandangkan im the eldest, adik bawahku seramai 5 orang so i think its better i stand on my own.
Tapi, pendirianku itu membuatkan insan yang menjadi suamiku kini menderita and kecewa.
Benarlah kata pepatah, andai jodoh tak kemana.
Saban tahun menjelang raya walaupun kami bukan lagi sepasang kekasih, dia tetap setia bertandang ke rumahku.
Tiap minggu atau paling tidak sebulan dua kali dia pasti menelefonku bertanya khabar..
Akhirnya pada syawal 2006, selepas kepergian arwah 'abi' ku yang tersayang, dia menyatakan keseriusannya untuk mengambil aku sebagai permaisuri hidupnya..
Aku terkedu, dia masih setia mengharapkan aku.
Dia banyak memberi semangat dan dorongan setelah aku kehilangan 'lelaki' dalam hidupku iaitu 'abi' terbaikku.
Dia mengerti betapa besar tanggungjawabku terhadap keluarga.
Kini, dialah 'lelaki' ulung dalam hidupku.
Ya Allah, Kau peliharalah diriku dan perbuatanku dari menyakiti hatinya.
Amin...
No comments:
Post a Comment