pagi tadi aku hanya terjaga bila zarul memelukku dan menciumku sambil berkata 'syg, daddy pergi kerja dulu ya.. jangan sedih2, daddy sayang mummy'
Astaghfirullah, terlepas solat subuh aku dibuatnya.
letih sangat, pening kepala dek kerana terlalu banyak menangis.
aku sendiri tak pasti jam berapa aku sampai rumah malam tadi, entah pukul berapa zarul berjaya menjumpai aku kat cyberjaya.
malam tadi aku rasa bagaikan taknak balik rumah. masa solat maghrib dan isya' kat surau office, yang ada cuma aku dan kak liza. kak liza seakan tahu apa yang aku sedang alami ketika itu. dia memang memahami aku kerana dia juga pernah melalui perkara yang sama, dan kini dia adalah seorang ibu tunggal yang punya 2 orang anak, seorang yang sangat kuat.
kak liza menasihati aku supaya aku kuat semangat untuk hadapi semua ini. dugaan alam perkahwinan yang sebenarnya menguji kekuatan kasih sayang kita.
tapi aku punya pendapat yang berlainan, biarlah aku mengalah. mungkin ini yang terbaik demi kebahagiaan bersama. aku amat bersyukur dengan jangkamasa 5 bulan bergelar isteri zarul yang sah, 10 bulan menjadi tunangnya dan mengenali zarul sejak aku berumur 9 tahun.
mengenali dan hidup bersama zarul adalah sesuatu yang terbaik pernah terjadi dalam hidupku.
mungkin sampai disini sahaja.
entah sejak bila zarul ada nombor kak liza aku pun tak tahu, zarul sms kak liza untuk bertanyakan samada aku ada dirumahnya. sedangkan waktu itu aku, kak liza dan yanti masih di office. panggilan dan sms dari zarul bertalu2 tapi aku biarkan begitu sahaja.
agak lewat juga, kami beredar dengan kata2 semangat dan nasihat dari kak liza dan yanti. pagi ni pula, terbaca comment nasihat dari tina. terima kasih yang tak terhingga buat semua.
Ya Allah, sesungguhnya aku bersyukur kerana Kau kurniakan aku insan2 yang begitu baik untuk sentiasa berada disampingku. terima kasih Ya Allah.
aku tak terus pulang ke rumah, kereta ku pandu tanpa arah tujuan. seperti hati dan perasaan ku malam tadi. lama aku duduk menikmati keindahan malam kat jambatan putrajaya. mengenang sebuah kenangan, menghayati kenyataan demi sebuah harapan untuk hari2 mendatang.
ingin aku terus pulang ke kampung halaman tapi aku tak mahu ummi dan mak tahu tentang semua ni.
ketika aku sampai kat cyberjaya untuk kembali ke office, zarul berjaya menemuiku.
dia merayu agar aku pulang ke rumah, memujuk aku tanpa henti agar aku tidak meninggalkannya.
aku tersedar, aku adalah isterinya dan tempatku adalah disisi suamiku.
sampai kat rumah, aku terus tidur tak sedarkan diri. dari siang aku tak menjamah satu makanan pun. rasa bagaikan nak pengsan.
celik mata je tadi, aku menangis tak berhenti. aku nekad, biarlah aku mengalah. aku akan cuba cari peluang untuk bekerja luar dari malaysia. bina kehidupan yang baru disana, insyaAllah.
aku mengemas rumah, basuh baju, cuci bilik mandi untuk hilangkan rasa kesedihan.
lepas solat zohor, sedikit ketenangan dapat aku rasai..
dan kini aku sedang menuliskan rasa hati dengan harapan sedikit beban duka akan berkurangan.
panggilan dan sms dari zarul kubiarkan begitu sahaja.
pening kepala tapi tak terasa lapar, nantilah aku masak bila zarul dah nak balik....
buat tina, kak liza dan yanti.. setinggi penghargaan atas kehadiran kalian semua. terima kasih atas segala kata2 semangat. Allah sahaja yang mampu membalasnya.
Saturday, January 3, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment