hari ini aku bekerja seperti biasa...
im getting better tapi masih lagi bersedih...
kata2 yang umpama sebilah pedang, menusuk hati dan meninggalkan luka yang amat dalam..
zarul tak henti2 memujuk dan memberi kata2 semangat..
zarul membawaku pulang ke kampung pada hari sabtu, membawaku ke tempat2 yang pernah menjadi kenangan antara kami sewaktu bercinta dulu..
menceritakan kembali padaku, setiap kenangan yang terjadi setiap kali melalui tempat2 yang menyimpan memori..
bercerita padaku, ingat tak dulu daddy pernah jumpa mummy kat sini masa mummy hantar and tunggu adik2 mengaji.. waktu itu kami melalui rumah cikgu mengaji adik aku..
Ya Allah, kenangan yang kecil dan secebis itu masih dia ingat..
kenapa hati ini terlalu degil, kenapa aku terlalu tegas dengan keputusanku..??
sedangkan suamiku melayanku dengan sebegitu istimewa, membawaku ke pantai2 tempat kami bertemu dulu, ke restoran2 yang pernah kami makan bersama..
berdosakah aku kerana menyuarakan permintaan yang suamiku tak suka...
sehinggakan dibilik tidur kami di rumah ummi aku, aku tak berhenti meminta suamiku memenuhi permintaanku..
malam itu, zarul menidurkan aku yang keletihan dan pening kepala kerana terlalu banyak menangis. entah pukul berapa aku tersedar, zarul masih belum tidur.. dia menangis.
Ya Allah, aku dah buat dia sedih..
abang, maafkan mummy sayang...
Monday, January 5, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment