Ya Allah,
saat ini bercucuran airmata
masih lagi berada di office
mujur ramai yang sudah pulang..
Ya Allah,
aku perlu kekuatanMu Ya Allah
mengapa aku dihukum sebegini
berdosakah aku kerana mengahwini Zarul
salahkah aku menjadi wanita pilihan Zarul
aku tak pernah minta semua ini Ya Allah
aku dibenci, aku dihina hanya kerana mengahwini Zarul
mengapa perlu aku lalui semua ini
akukah yang bersalah kerana menerima cinta Zarul
sedangkan aku tak pernah menagih kasihnya
salahkah aku dicintainya
Ya Tuhan
sesungguhnya aku memohon hanya padaMu
berikan aku kekuatan dan kesabaran untuk menempuhi semua ini
ada ketikanya aku terlalu menyesal mengahwini Zarul
seharusnya aku tidak perlu mengahwini sesiapa
apa yang aku perlukan hanya keluargaku
menumpukan sepenuh perhatian pada mereka
tapi ini adalah takdirku
Zarul adalah lelaki yang setia menantiku sejak dahulu lagi
aku menerimanya atas keikhlasannya terhadapku
salahkah aku
mengapa aku perlu menerima tohmahan yang sebegitu perit untuk diterima
hanya kerana aku cuba menjelaskan perkara sebenar dengan sebaik mungkin
aku dihina sebegitu rupa
aku bukan mendapatkan suamiku dengan menggunakan cara2 yang kotor
aku berani bersumpah dengan nama Allah
Ya Allah
aku benar2 tidak berniat untuk merampas Zarul dari sesiapa
dan kini, aku bagaikan tidak mampu lagi untuk terima semua ini
aku merelakan kepergian Zarul
wahai suamiku, pilihlah wanita yang pernah menyayangi dan menyukaimu suatu ketika dulu
isterimu ini merelakan
pergilah abang, andai itu yang mereka mahukan
andai itu bisa memulihkan keadaan
aku redha, aku pasrah
mungkin wanita itu, isteri untuk suamiku...
Friday, January 2, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
my gurl, kalau ada pun wanita lain mengaku zarul milik dia, kata adik I ni rampas zarul dari dia..and kutuk u mcm2..she's totally wrong!! And dia BERDOSA ganggu u. Remember, skrg u r zarul's WIFE..bukan kekasih tanpa ikatan sah..i bukan provok u tapi perkahwinan ni milik u..pertahankan sbb u pilihan zarul, bukan perempuan lain. Handle with care..I know u r a smart woman. Ganbatte!!
Post a Comment