baru habis MiP meeting kat DiGi.
sekarang ni aku seorang diri kat Ali's corner, having lunch walaupun sebenarnya aku memang tak lapar, tak rasa teringin nak makan pun. tapi tadi aku rasa pitam, mungkin tak makan lagi.
hari ni im not in good mood, nak bercakap pun rasa malas. bila diorang say hi, bercakap and gelak2 dengan aku tadi aku pun berlagak seperti biasa, tapi dalam hati siapa yang tahu.
that why im here now, alone and not joining them for lunch.
later, 2pm ada Core meeting pulak. rasa macam nak balik je tapi tugas tetap tugas.
i wont involve emotional and personal problem in my career.
aku sendiri tak tahu dimana silapnya, punya suami yang sangat penyayang tapi aku masih bersedih begini. mungkinkah aku sukar untuk melupakan luka hatiku. yes, i just forgive and not to forget. im not purposely doing that, just the matter of hard to forget.
aku dah nekad, untuk pergi jauh dari sini buat seketika. yes, Tina is right. Sometimes, love must be apart. mungkin berjauhan akan membuatkan keadaan kembali reda. aku hanya nak pulihkan keadaan.
masalah baru yang melandaku ini, menambahkan kelukaan and merumitkan keadaan. adakah aku terlalu sensitif atau sememangnya situasi ini tidak boleh lagi diterima akal. aku tetap bersabar dan akan bersabar sampai bila2, oleh itu, aku perlu mengalah dan mengundurkan diri.
mungkin sikap abg juga perlu berubah, untuk membuat mak faham dan terima kenyataan bahawa anak lelakinya itu kini telah pun berkahwin dan punya tanggungjawab serta kehidupan sendiri.
kenapa dulu perlu memujuk2ku untuk terus hidup dan berkahwin dengan abg diwaktu aku ingin memutuskan hubungan dengan abg. kan lebih baik jika perkahwinan ini tidak berlaku dan abg dapat menumpukan sepenuh perhatian terhadap mak.
aku punya tanggungjawab sendiri, tanggungjawab yang besar. aku ketiadaan Abi. adik2ku masih lagi bersekolah semuanya. siapa lagi yang perlu mereka harapkan memandang Ummiku tidak bekerja, hanya bergantung hidup dengan pencen arwah abi sebagai guru besar, duit hasil kebun dan duit tempahan membuat kek dan sambal pecal.
tiap kali aku kenangkan balik, airmataku takkan berhenti mengalir. aku sudah tidak punya masa lagi untuk Ummi and adik2. masa banyak terluang untuk mak. ada ketikanya bila aku pulang rumah ummi, sms2 mak membuatkan aku rasa bersalah.
kan bagus andai tiap kali balik kampung, aku boleh balik rumah ummi and abg balik rumah mak.
saudara mara dah mula merajuk sebab sejak aku kahwin, aku dah tak pernah lagi melawat mereka walaupun dihari raya samada raya Aidilfitri mahupun raya Aidiladha.
adakah silap aku kerana sedih tentang hal ini. adakah aku berdosa kerana punya perasaan sebegini terhadap mak.
aku sayang mak and abah, tak pernah terlintas untuk membeza2kan antara mak and ummi. tapi sampai bila aku perlu pendamkan semua ini sendiri.
saat ini aku sangat2 rindukan abah tapi hati sangat tawar nak pulang ke kampung hanya disebabkan perasaan rajukku ini terhadap mak. walaupun abah adalah mertua tapi abah faham aku. disaat aku sakit dan tak berapa sihat, abah faham bahawa aku tak larat nak bawa mak berjalan ke sana ke mari. tapi larangan abah tak pernah diendahkan. apapun, terima kasih yang tak terhingga buat abah kerana memahami.
mungkin aku perlukan masa untuk mengembalikan perasaan asalku.
sikap abg juga perlu berubah, demi masa depan rumahtangga ini.
Ya Allah ya tuhanku, Kau berikanlah aku kekuatan dan kesabaran yang tinggi untuk aku melalui semua ini.
buat mak abah, nana doakan moga mak abah sentiasa sihat dan sejahtera.
buat ummi dan adik2, ampunkan nana dari hujung rambut hingga hujung kaki. ummi dan adik2lah harta nana paling berharga dalam dunia ni. nana takkan pernah lupa tanggungjawab nana dan nana akan sentiasa cuba untuk beri yang terbaik.
Ya Allah, Kau permudahkanlah segalanya.
Tuesday, January 13, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment