Ya Allah, aku lemah tanpa petunjukMu, aku buta tanpa bimbinganMu, aku cacat tanpa hidayahMu dan aku hina tanpa rahmatMu…
Berilah aku petunjuk yang sebenar-benarnya….
Ya Allah, Kau ampunilah dosa yang telah aku perbuat, Kau limpahkanlah kesabaran yang tiada terbatas, Kau berikanlah aku kekuatan mental, Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan, Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista, Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan…
Ya Allah, sekiranya kekasihku ini lelaki pilihanMu di Arash, berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya. Sekiranya kekasihku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku ke titianMu, kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya. Sekiranya kekasihku ini adalah bidadara untukku di JannahMu, limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya. Sekiranya dia adalah yang terbaik untukkku di duniaMu, peliharalah tingkah lakuku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya. Sekiranya dia adalah jodoh yang dirahmati olehMu, berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala karenah dan ragamnya.
Tetapi…..Ya Allah, sekiranya kekasihku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang, kau tunjukkan aku jalan terbaik untuk mengharungi segala dugaanMu. Sekiranya kekasihku tergoda dengan keindahan duniaMu, limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya. Sekiranya kekasihku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan, kurniakanlah aku kekuatanMu untuk aku memperbetulkan keadaannya. Sekiranya kekasihku menyintai kesesatan, kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena. Ya Allah kau berikanlah kesihatan dan kesejahteraan pada lelaki yang aku cintai ini, semoga dia sentiasa dalam lindunganMu.
Ya Allah, kau yang Maha mengetahui apa yang terbaik untukku. Kau juga yang Maha mengampuni segala kesilapan dan keterlanjuranku. Kau panjangkanlah jodoh kami dan makbulkanlah impianku untuk menjadi isterinya yang sah. Sekiranya aku tersilap membuat keputusan, bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai.
Ya Allah..Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai kekasih dan isteri, kau hukumlah aku di dunia tetapi bukan di akhiratMu. Sekiranya aku ingkar dan derhaka pada kekasihku, berilah aku petunjuk kearah rahmatMu…..
Ya Allah…… bimbinglah aku.
Wednesday, January 14, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment