Monday, December 29, 2008

Berhijrah

today is Maal Hijrah.
salam Maal Hijrah buat semua.

sebut pasal Hijrah, sangat kena dengan apa yang aku rasa buat masa ni.
lately ni, perasaan untuk berhijrah and bekerja di negara luar sangat membuak2.
dulu peluang ke Manila telah ku tolak kerana masa tu aku belum bersedia untuk bekerja di luar Malaysia. hati aku terlalu kuat untuk berada di Malaysia. banyak yang ada di Malaysia untuk aku tinggalkan walaupun hanya untuk sementara.

tapi kini aku betul2 bersedia untuk berhijrah.
keinginan terlalu meluap2 untuk bekerja di luar Malaysia.
time goes by, mungkin ini masa yang sesuai. mungkin aku akan mulakan dengan 6 month contract dulu, then lets see how...
aku ingin biarkan beberapa insan untuk hidup tanpa aku buat sementara waktu.
aku ingin insan itu belajar hidup berdikari tanpa aku disisi.

satu keputusan yang tekad, dan kini aku biarkan takdir dan masa untuk tentukan halaku.
Ya Allah, berikanlah aku kekuatan untuk hadapi semua ini.
hanya padaMu aku berserah.
Amin..

No comments: