Monday, December 1, 2008

couldnt resist

ada ketikanya, kita tak mampu lari dari teringat sesuatu yang terjadi dalam hidup kita.
baru semalam melalui saat2 dan detik2 yang terlalu indah.
hari ini kita bertukar menjadi sedih hanya kerana sikap insan lain dan peristiwa lepas.
mengapa aku terlalu lemah untuk lalui dugaan ini.
sedangkan aku mampu menjadi insan yang tabah hadapi rintangan dan permainan hidup.
aku perlu bersyukur punya suami yang amat menyayangi aku.
kenapa perlu musnahkan semuanya hanya kerana mereka2 yang tidak menyenangi kebahagiaan ini.
kenapa aku perlu rasa bersalah kerana aku menjadi pilihan suamiku untuk hidup bersama.
kenapa aku perlu terfikir untuk mengalah, kenapa....???
kerana aku juga wanita, aku bukan wanita yang menjatuhkan maruahku untuk bersengketa sesama wanita hanya kerana seorang lelaki.
andai dari dulu aku tahu ada wanita lain yang menaruh harapan terhadap suamiku, aku pasti menghindari dari menerima cintanya kembali.
andai dapat aku kembalikan saat2 yang berlalu, akan aku pastikan aku tidak akan terima untuk menyambung kembali kasih yang pernah putus antara kami dulu.
aku menerima cinta sebagai pengalaman dan hiasan kehidupan.
cinta membuatkan kita matang.
cinta pertama sukar direalisasikan kerana cinta pertama hadir untuk kita merasai apa itu cinta, rindu, derita, sedih, kecewa yang mampu membuatkan kita mendapatkan cinta sejati.
tapi mengapa ada manusia yang mampu terima kenyataan tapi tak mahu menerimanya.
kenapa.......?
mengapa juga aku perlu membiarkan rumahtangga dan perasaanku dihantui kisah itu.
kenapa aku mesti terus menyalahkan diri sendiri kerana menjadi pilihan lelaki yang bernama Zahrullail itu.
Ya Allah,
Andai benar dia adalah suami yang kau tentukan untukku,
Andai dia adalah teman hidup yang kau ciptakan untukku,
Kau berikanlah aku kekuatan untuk terus hidup bersamanya,
Kau hindarilah perbuatan dan kata2ku dari melukai dan menyakiti hatinya.

Why should let them ruin my marriage.
Be strong Farhana.
.... I need to go home.

8.38pm
Ericsson (M) Cyberjaya Office

No comments: