malam tadi, aku pulang agak lewat.
suamiku menanti aku dengan penuh sabar.
aku cuba untuk tersenyum tapi fikiran dan kesedihan menguasai diri, wajahku sedikit sugul malam tadi.
suamiku terlalu memahamiku, memang itulah kebiasaanku bila teringatkan kembali sesuatu yang pernah berlaku dulu.
abg rasa bersalah atas apa yang berlaku.
Ya Allah, aku perlu kuat untuk melupai semua ini.
aku tidak mahu perasaan dan emosi ini menghambarkan rumahtangga aku.
sedangkan aku punya suami yang amat menyayangi aku.
aku mampu hadapi semua ini, aku perlu lupakan apa yang pernah berlaku demi mengekalkan kebahagiaan rumahtangga aku.
malam tadi aku mampu tersenyum, aku menangis tapi tangisan itu adalah tangisan gembira.
terharu akan kebahagiaan ini.
saat aku melintasi meja, aku perasan seolah2 ada sekeping kad tapi kerana kepalaku yang agak pening aku terus melabuhkan punggung disofa.
lantas suamiku merapatiku, memelukku erat, satu ciuman singgah kedahiku.
sekeping kad dihulurkan kepadaku.
perlahan2 kad itu kubuka, kubaca dengan penuh syahdu.
airmataku merembes lagi tapi kali ini bukan kerana sedih, tapi kerana terharu, gembira.
abg, terima kasih atas semua ini.
dialah kekuatanku kini, dia jualah nadi cintaku.
sejak beberapa minggu yang lalu, setiap pagi bangun dari tidur.
aku menyedari suamiku mengucup wajahku berkali2, celik saja mataku dia pasti membisikkan ucapan SELAMAT PAGI CINTA kepadaku.
betapa indahnya permulaan hariku.
pagi ini, beberapa sms telah kuterima dari suamiku.
kata2 semangat, ucapan2 cinta dari suamiku.
abg, terima kasih sayang.
im going to DiGi this morning, MIP meeting so lepas tu boleh lunch dengan pakcik nakal ni.
hmm, few days dah tak jumpa Tina.
Farhana, wake up for today.
GOOD MORNING everybody.
SELAMAT PAGI DUNIA,
SELAMAT PAGI CINTA.
Tuesday, December 2, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment