tetapi hari semalam yang ku lalui..
kesakitan yang ku rasai semalam ku ambil secara positif sebagai kurniaan Allah untuk aku lebih menghargai kesihatan.........................................
dan lebih menyedari kasih sayang suamiku.
seawal jam 4 pagi, suamiku yang bersengkang mata dari jam 12 malam menjaga aku telah bersusah payah memimpin aku untuk membawaku ke clinic terdekat due to my bad condition.
the whole day dia melayanku dengan penuh sabar.
memasak bubur untukku, menyuapkanku, memimpinku ke bilik air,
tangan tak henti memicit kepala dan badanku yang sakit2.
tak henti2 juga mengusap2 perutku yang kurang sihat.
juga sentiasa mengucup dahi dan pipiku sambil mengucapkan kata2 semangat dan ungkapan2 sayang..
sentiasa berada disisi memelukku erat menghangatkan diriku yang kedinginan dan ada ketikanya menggigil kesejukan.
- jutaan terima kasih buat suamiku.. Muhamad Zahrullail Ahmad Yunus
malam tadi family in law datang melawatku. mak, abah, angah and kak ana. si kenit2 3 orang tu pun datang sekali. masuk2 rumah terus panggil 'aunty nana! aunty nana! aunty nana cakit ye'
abg and yang lain2 cakap aku dah macam rupa orang baru lepas bersalin. berstokin, bersanggul tinggi, berkoyok kat kepala, jalan perlahan2. lepas makan malam, duduk bersantai ramai2 sambil menonton tv. aku duduk kat sofa sambil abg memeluk dan memicit kepalaku yang agak pening, tiba2 abg berbisik.... 'syg, baby nangis dalam bilik'. aku sedar abg sekadar bergurau dengan kata2 itu, tapi senyuman dan pandangan yang abg berikan waktu itu sangat memberi erti.
abg, mengertilah.. isterimu ini juga amat menginginkan cahaya mata tapi seperti yang abang sarankan hari tu. kita perlu tunggu waktu yang sesuai. saat ini kerjaya tidak mengizinkan kami untuk menimang cahaya mata. kami taknak baby sedih kerana punya mummy and daddy yang tidak punya waktu yang banyak untuknya.
apapun, aku rasa sangat berterima kasih atas keprihatinan suamiku. Alhamdulillah, hari ni i feel better than yesterday. dah boleh buat sarapan bihun goreng udang rasa tomyam untuk mak abah mertua yang tidur sini malam tadi walaupun aku masak perlahan2 sebab masih sakit. lunch tadi aku masak simple je, telur goreng masak kicap, udang petai masak merah dengan ayam goreng. ada ulam sikit dalam fridge so buatlah sambal tempoyak. abah makan sampai 3 pinggan, mak yang tengah tak lalu makan tu pun makan sampai 2 pinggan.
abg, mummy tunggu abg balik petang ni. tadi abg sms 'rindu' and lunch time he just called to say 'i miss u and i love u'.. abg, i miss u too. cant wait to see u.
No comments:
Post a Comment